Itu Baru KUIN, Kalau Pegang KPT Macam mana?

Maka, juak2 ini pun mulalah berdemonstrasi di depan tuan2 mereka. Baru mereka tahu, tuan mereka lebih zalim dari “musuh azali” mereka. Tetapi, tidak hairan, jikalau ini pun dibenarkan sebab kem2 yang wujud dalam PAS itu sendiri, kerana kalau ditanya, tiada beza antara BN ataupun PAS yang memerintah Kedah, cuma tukar baju saja.

Jikalau pegang KUIN pun dah zalim, kalau pegang KPT, penulis pun tidak pasti:

Kemelut Kuin kian meruncing

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 27 Julai – Kemelut pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang berada di bawah kerajaan Pas Kedah semakin meruncing apabila lebih 300 pelajarnya di sini mengadakan perhimpunan aman hari ini.

Perhimpunan itu bagi menuntut pengurusan kolej menggugurkan tindakan tatatertib terhadap enam penuntutnya yang terlibat dalam demonstrasi menentang pengambilalihan bangunan tahfiz di sini baru-baru ini.

Perhimpunan selama lebih sejam itu turut menuntut pentadbiran Kuin yang diketuai Rektornya, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman agar lebih menghormati hak dan kebebasan bersuara pelajar serta prihatin menyelesaikan kebajikan pelajar.

Para peserta perhimpunan itu berkumpul di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar Kuin pada pukul 2 petang sebelum berarak kira-kira 100 meter ke pejabat rektor bagi menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan.

Mereka melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan tuntutan tersebut sebelum bersurai meninggalkan kampus.

Sekumpulan 15 pelajar yang mewakili pertubuhan mahasiswa nasional turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan pelajar Kuin itu.

Mereka terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP) dan Aksi Mahasiswa Peduli.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab. Razak berkata, satu memorandum turut disediakan untuk diserahkan kepada pentadbiran Kuin berhubung masalah yang dihadapi oleh rakan mereka di kolej universiti itu.

Katanya, Memorandum Selamatkan Idealisme Mahasiswa itu ditandatangani oleh 2,005 mahasiswa dari Lembah Klang yang antara lain membantah tindakan Kuin mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam penuntut Kuin.

“Ini sebagai langkah terakhir di peringkat mahasiswa dalam menuntut pertimbangan budi bicara rektor Kuin sebelum langkah seterusnya diambil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Ahmad Syukri turut kesal kerana kerajaan Pas Kedah seolah-olah lepas tangan sedangkan masalah berkenaan boleh dipermudahkan secara rundingan.

Katanya, tindakan tatatertib yang dikenakan kepada enam pelajar terbabit tidak wajar dan seolah-olah menunjukkan kesalahan dilakukan mereka amat berat sedangkan demonstrasi yang dilakukan hanya untuk menyuarakan pandangan mahasiswa.

 

One Response to “Itu Baru KUIN, Kalau Pegang KPT Macam mana?”

  1. […] hasut-menghasut dihentikan apatah lagi jikalau membabitkan periuk nasi seseorang. Baru-baru ini, KUIN menyaksikan pelajar-pelajarnya digantung dan seorang timbalan dekan dipaksa berundur dari […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: