Syabas DAP! Cina Kembali Majoriti di Penang!

Tahun 2010, Jabatan Statistik Malaysia mengeluarkan statistik terbaru taburan penduduk di Pulau Pinang. Tahun lepas, perangkaan terbaru menunjukkan bahawa kaum Cina kembali menjadi majoriti di negeri tersebut.

42.9% dari penduduk Pulau Pinang adalah kaum Cina iaitu seramai 670,400 orang berbanding 639,136 orang Melayu tahun lepas. Pada tahun 2009,  jumlah penduduk berbangsa Melayu adalah 654,300 orang dengan perbezaan 0.1% .

Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata bahawa bertambahnya orang Cina di Penang adalah kerana peluang pekerjaan yang banyak dan menyebabkan orang Cina dari negeri lain berhijrah ke negeri tersebut dan orang Melayu pula berpindah ke negeri lain.

Di sini, kita dapat melihat bahawa perkara ini disambut baik oleh parti-parti berbangsa Cina. Alangkah baiknya jikalau parti-parti Islam di negara kita mempunyai sifat seperti itu.

Harus diingat bahawa Pulau Pinang adalah negeri Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

 

 

One Response to “Syabas DAP! Cina Kembali Majoriti di Penang!”

  1. Helang Merah Says:

    Dalam keadaan sedemikian pun, orang Melayu/Islam masih mahu bercakaran sesama sendiri. Apakah perlu disedarkan kepada umat Melayu bahawa mereka sedang di’hancur’ sedikit demi sedikit secara tersusun, senyap dan terarah ; maka baru mereka mahu memikir semula pertalian yang harus diikat semula ??? Masih mahu bercakaran sesama sendiri lagi ? Dalam ilmu peperangan, mengenali siapa sebenarnya MUSUH kita adalah perkara yang amat diutamakan oleh mana-mana panglima perang. Diikuti dengan kajian logistik mereka, pelan atau strategi serangan dalam susunan masa dan detik ; semua ini akan memberi gambaran barometer bahaya atau sebaliknya. Itu yang dimaksud dengan ‘ know who your real enemies are’ !!! Tidak kurang penting juga ialah, kenali kekuatan tentera sendiri. Ketahui tahap jati diri tentera sendiri, tahap keperwiraan, tahap kesetiaan ; selain daripada itu ukur persediaan dari segi logistik dan persenjataan. Banyaklah persediaan, baik dari segi peralatan maupun dari kekuataan iman dan jati diri serta semangat kepahlawanan. Fahamilah wahai sahabat, perpaduan dan kesatuan yang kukuh dan jitu adalah pra-syarat penting ke arah kejayaan. Mana mungkin mencapai kejayaan jika ‘Tentera Darat’, ‘Tentera Laut ‘dan ‘Tentera Udara ‘tidak sehaluan ???????? Faham , fahamlah !!!!!! Jangan kerana sombong dan ego kepartian serta kerakusan dan ketamakan kuasa , meletak kita ke tahap rendah dan hina kerana sanggup mengkhianati agama, bangsa dan tanahair sendiri !!!
    Dalam medan perang, pembelot dikena hukuman mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: