Kenapa PAS Menyerang Bukit Kepong?

Jamaah PAS adalah satu jamaah yang kalau ada kesalahan dibuat, maka susah bagi mereka untuk meminta maaf. Tatkala kesalahan dibuat atau sudah dibuat dan terbuat, maka bersilatlah seluruh pimpinan, ahli, penulis serta bloggers untuk mempertahankan kesalahan parti mereka. Dan ahli serta pimpinan mereka akan menjadis eperti burung unta yang menyorokkan kepala mereka di dalam tanah. Kononnya, tiada masalah di sekeliling, tetapi sebenarnya masalah besar sedang menunggu di hadapan wajah mereka.

Di Harakah dan Malaysiakini, pimpinan PAS sedang mempertahankan kenyataan Mat Sabu bahawa yang hero adalah komunis-komunis Bukit Kepong dan yang pengkhianat adalah polis-polis Bukit Kepong. Mujahid Yusof Rawa seorang ahli jamaah Alami di Mesir yang diangkat menjadi pimpinan PAS kerana dia anak mursyidul Am dan Yang Dipertua Agong PAS berkata:

“Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.

“Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis,” soalnya.Harakahdaily

Begitu juga tiba-tiba pimpinan PAS terutamanya calon yang kalah kerusi Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, cuba membuat penaakulan mantik pula, menghalalkan perbuatan Mat Sabu:

“Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?

“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.Malaysiakini

Walaupun telah terang bahawa Mat Sabu sendiri telah buat-buat lupa bahawa dia pernah mengulas dan menyokong serangan komunis terhadap Bukit Kepong:

“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos),” katanya kepada akhbar Sinar Harian.Malaysiakini

Maka, begitu terang dan nyata dalam video tersebut, Mat Sabu mengangkat Mat Indera dan komunis-komunis sebagai hero dan polis-polis Bukit Kepong sebagai penjahat. Malahan, Mat Sabu memfitnah kerajaan Malaysia, Kementerian Pelajaran dan guru-guru Sejarah cuba memadamkan sejarah Tok Janggut sebagai pejuang kemerdekaan. Tidak ada satu buku teks sejarah pun yang menafikan perjuangan Tok Janggut sebagai pejuang kemerdekaan di Pasir Puteh.

Adakah Mat Sabu, Mujahid Yusof Rawa, Tuan Ibrahim Tuan Man, penulis-penulis serta bloggers PAS boleh menghalalkan ini?

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api. Peristiwa Bukit Kepong

Adakah peristiwa  pembunuhan kejam ini khayalan UMNO dan Jins Shamsuddin?

Pihak Komunis diangkat hanya kononnya mereka ingin menghalau British, tetapi mereka lupa bahawa Komunis sendiri dilatih oleh British menentang Jepun dan Komunis telah melakukan keganasan selama 14 hari selepas pengunduran tentera Jepun sebelum kewujudan Bristish Military Administration (BMA) di Tanah Melayu.  Lupakah PAS terhadap kebangkitan orang Melayu pimpinan Kiyai Saleh di Batu Pahat dan juga Melayu Banjar di Sungai Manik terhadap Komunis? Adakah mereka ini pengkhianat juga di pandangan PAS?

Yang bijak ialah Karpal Singh yang asal usul kewujudannya pun mungkin kerana nenek moyangnya yang datang sebagai askar sepoi. Mungkin orang seperti Karpal terasa bahawa Mat Sabu telah juga menuduh datok nenek dan saudara-maranya sebagai aparat British untuk menjajah Tanah Melayu.

Namun, kenapakah Mat Sabu begitu berdendam dengan Bukit Kepong?

Filem Bukit Kepong sering ditayangkan oleh media elektronik untuk membangkitkan rasa sayang kepada negara dan rasa syukur rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional serta mengingatkan rakyat kepada negara kita yang asalnya kucar-kacir kepada negara yang aman. Filem Bukit Kepong mengingatkan bahawa orang Melayu mesti bersatu di bawah satu payung dan juga mengingatkan orang Melayu kepada keganasan komunis dan akibatnya jikalau bersetongkol dengan mereka. Akibat dari itu, PAS berasa tidak senang dengan filem Bukit Kepong kerana ini menjauhkan mereka dari DAP dan seterusnya PAS. Fobia inilah yang menyebabkan Mat Sabu tiada hati perut menidakkan peristiwa Bukit Kepong dan mengangkat pengganas komunis sebagai wira sebenar.

Dalam hal ini, Mat Sabu seolah-olah ingin mengatakan bahawa dialah Mat Indera zaman mutakhir ini. Pengkhianat yang sebenarnya hero, walaupun bersetongkol membunuh dan membakar hidup-hidup orang yang cedera, laki dan perempuan hatta kanak-kanak.

Mat Sabu mengugut untuk menyaman Utusan. Baru-baru ini pun Mat Sabu mahu menyaman polis akan kes “kecederaan”nya, tetapi sehingga hari ini tiada pun saman dibuat.

Maka, tidak hairanlah selepas ini, apabila muncul isu baru, Mat Sabu akan menyenyapkan diri. Bukankah bijak jika Utusan pula menyaman Mat Sabu biar sehingga  bak 7 keturunan pun tidak mampu mengangkat muka mereka di atas bumi Tanah Melayu ini?

 

 

One Response to “Kenapa PAS Menyerang Bukit Kepong?”

  1. Bodoooo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: