Gila!!!PAS Kata Polis Bukit Kepong Mabuk dan Main Judi Pulak!!!

Pas memang suka buat kerja gila. Sepatutnya mereka minta maaf ataupun setidaknya berdiam diri sahaja pasal isu Bukit Kepong. Tapi, PAS buat kerja gila.

Mat Sabu kata Komunis serang Polis British di Bukit Kepong. Dia tak kisah kalau orang Melayu kena campak hidup-hidup ke dalam api. PAS pun tak kisah.

PAS kata Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman pegawai British. Tapi, mereka tak cerita, Dato’ Onn itu Menteri Besar Johor selepas Perang Dunia Kedua. Siapa yang lantik Dato’ Onn kalau tidak Sultan Johor. Mereka tak nak cerita yang Dato’ Onn ada darah Turki. Mereka takut sabit pula Dato’ onn dengan Turki Uthmaniyyah, kacau mereka nak sabit Dato’ Onn itu barua British.

Dalam artikel terbaru mempertahankan komunis, Harakah melaporkan pula:

“Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.” Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor

Gila!

Harakah memang buat kerja gila. Dikatanya Polis Bukit Kepong mabuk dan main judi pada Malam Tahun Baru Cina. Takda rujukan, takda temuramah, apa pun takda tapi dikatanya Polis Bukit Kepong tengah Yam sengg..

Lepas ni, Harakah temberang pula, Komunis Bukit Kepong buat solat tahajjud, witir 3 rakaat sebelum serang balai Polis Bukit Kepong…

Bukti PAS mengatakan bahawa Polis Bukit Kepong mabuk dan main judi

Kononnya UMNO guris hati penduduk Johor, tapi PAS bukan saja guris, malah lapah, kunyah dan telan hati penduduk Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Memang eloklah mereka ini kena halau balik dari bertemu dengan waris Bukit Kepong, ada rupakah nak membela waris Bukit Kepong konon, tapi Lidah partai mereka mengatakan bahawa polis Bukit Kepong mabuk?

Harakah telah menghina Polis Bukit Kepong sebagai mabuk, tapi ada hati nak jumpa sanak sedara polis Bukit Kepong. Penulis cadangkan agar tulisan di Harakah ini dijadikan bukti penghinaan PAS kepada anggota keselamatan negara yang berjuang mati-matian menentang pengganas komunis.

 

3 Responses to “Gila!!!PAS Kata Polis Bukit Kepong Mabuk dan Main Judi Pulak!!!”

  1. manusia sanggup buat cakap dan buat apa saja demi wang…Islam pada nama tapi patuh kepada ajaran islam jauh sekali…malah membelakangi ajaran islam demi wang dan dan sebaliknya….politik di hadapan rakyat kononnya BN dan pembangkang bermusuhan tapi di belakang rakyat duduk semeja membahagi-bahagi wang rakyat….sedar lah wahai rakyat jangan terus lena dan leka oleh mainan politik BN dan pembangkang….

  2. […] tuduhan mereka bahawa polis Bukit Kepong mabuk dan berjudi di Tahun Baru Cina seperti yang telah didedahkan sebelum ini? Bukti PAS mengatakan bahawa Polis Bukit Kepong mabuk dan main […]

  3. cerita dewasa…

    […]Gila!!!PAS Kata Polis Bukit Kepong Mabuk dan Main Judi Pulak!!! « Blog Politik Mahasiswa-Pemikiran Maharaja Zhou[…]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: