Menjawab Pembohongan PAS Johor: Yusof Rono diselamatkan oleh Mat Indera

Saya menulis artikel ini bagi menangkis pembohongan yang disiarkan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat di dalam Malaysiakini bahawasanya Pengganas Komunis Mat Indera telah menyelamatkan Sarjan Yusof Rono.

1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.

2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.

3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.

4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).

5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.

6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.

7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.

8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).

9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.

10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.

11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.

12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam!

14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Jauh sekali ada apa-apa pengiktirafan bahawa Mat Indera menyelamatkan nyawanya. Yang ada hanyalah cerita polis dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.

15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.

16. Kata-kata beliau terbukti benar.

17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara!

18. Malah, Dato Onn yang merupakan Menteri Besar Johor pada ketika Peristiwa Bukit Kepong dan Tunku Abdul Rahman yang berkhidmat dengan Kerajaan Kedah, dikatakan sebagai Pegawai British! Status para Pegawai Polis dan Home Guards yang gugur di Bukit Kepong mempertahankan Balai Polis dan senjatanya secara tidak langsung dikatakan sebagai bukan pejuang tetapi sebagai perkakas British!

19. Ini selah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.

20. Percubaan menyamakan pengganas Komunis dengan Mat Kilau, Dato Bahaman, Datok Maharajalela, Abdul Rahman Limbong dan sebagainya adalah merupakan putar belit fakta sejarah ke tahap yang amat hina.

21. Pejuang-pejuang di atas (point no:20) telah berjuang menentang penjajah British dalam keadaan mereka masih taat kepada Raja-Raja Melayu serta mahukan negeri mereka diperintah semula dengan autonomi mutlak oleh Raja- Raja Melayu.

22. Komunis pula, perjuangan mereka adalah berpaksikan kepada Soviet International yang bertujuan menjadikan komunisme sebagai orde baru dunia di mana dunia diperintah oleh pekerja bukan Raja. Justeru itu, mereka melihat Raja-raja Melayu, Pembesar Melayu serta Pemimpin UMNO sebagai penyokong dan perkakas British. Jika mereka menang, maka dasar-dasar komunisme tidak memungkinkan Negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Adakah dengan ini mereka layak diiktiraf sebaris dan setaraf dengan Abdul Rahman Limbong, Datok Bahaman, Mat Kilau, To Ku Paloh dan sebagainya? Jika pejuang-pejuang Melayu ini berjumpa dengan Mat Indera dan sekutu-sekutu Komunisnya, nescaya akan dicincang-cincang lumat Mat Indera dan komunis-komunis ini serta bangkai mereka akan dibuang ke laut berserta dengan rumah dan tapak tanah rumah mereka dihumban ke laut sesuai dengan amalan mereka yang pantang derhaka pada Raja. Membandingkan pejuang-pejuang Melayu dengan pengganas komunis ini serupalah seperti membandingkan seekor kuda perang dengan najis Mughalazah.

23. Perspektif mereka bahawa mereka menentang Pegawai-pegawai British serta Raja-Raja Melayu tidak pernah berubah dan terbukti apabila mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara hingga mereka menyerah kalah pada 1989.

24. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?

25. Berpandangan bahawa Mat Indera dan para pengganas Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan serta Dato Onn, UMNO dan pegawai-pegawai polis sebagai perkakas British adalah serupa dengan apa yang dianggap dan diperjuangkan komunis.

26. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.

27. Sedihnya, yang menyokong serta beria-ia mendokong kenyataan Mat Sabu membela komunis ini adalah PAS sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

28. Komunisme adalah bertentangan dengan Islam. Islam menolak komunisme yang memerangi agama.

29. Pejuang Islam sebenar tidak akan sesekali mengiktiraf komunisme sebgaimana seorang Islam tidak akan sesekali mengiktiraf Abu Lahab dan Abu Jahal sebagai pejuang kemerdekaan Mekah.

30. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pejuang kemerdekaan yang telah berkorban untuk negara melawan komunis.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Al- Fatihah

Saya menulis artikel ini di atas kapisiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

 

Kredit kepada Anak Seberang dan Dr Abdul Rahman Abdul Kadir penulis asal artikel.

One Response to “Menjawab Pembohongan PAS Johor: Yusof Rono diselamatkan oleh Mat Indera”

  1. Salam saudara, izinkan saya berkongsi pendapat saya disini.
    Sesungguhnya,selepas Perang Dunia Ke-2 adalah bermulanya zaman kegemilangan Yahudi. Barat ditadbir oleh Yahudi malah Fahaman Komunis juga dicipta oleh Yahudi.
    Terus terang saya katakan disini bahawa Yahudi juga meniupkan semangat Kebangsaan (Nasionalisme) dancintakan tanah Air. Pejuang Islam sebenarnya berjuang menegakkan syiar Islam manakala bagi pejuang yang jiwa mereka yang telah ditaman dengan agenda yahudi akan berjuang menegakkan bangsa dan negara….Inilah tambahan dalam nilai perjuangan iaitu Bangsa dan Negara supaya pejuang Islam lupa mereka sepatutnya berjuang kerana Agama Allah.
    Semoga roh-roh mereka yang terbunuh, tidak kira dari pihak mana sekalipun dicucuri rahmat Allah.
    Kajilah kebangkitan Yahudi pada hari ini dan carilah kisah agenda Yahudi yang berdiri dibelakang Vatican,
    http://saint-guerre.blogspot.com/2010/05/konspirasi-dunia-pope-roman-peter-ii_23.html

    Antara perbualan petikan antara Paderi Yahudi dengan pelajar melayu:
    DI TANAH AIR KAMU DAHULU, DATUK-DATUK KAMU TIDAK SEDAR PUN BAHAWA MEREKA TELAH BEKERJA UNTUK KNIGHT TEMPLAR. NYAWA MEREKA TELAH KAMI GUNAKAN UNTUK MEMBUNUH KOMUNIS. BEGITU JUGA DISEBELAH PIHAK KOMUNIS, KNIGHT TEMPLAR TELAH MENGGUNAKAN KOMUNIS UNTUK MEMBUNUH KAMU. KEDUA-DUANYA MATI. KNIGHT TEMPLAR BENAR-BENAR ANAK DIDIKAN KAMI.

    DATUK-DATUK KAMU ITU SEBENARNYA MATI SIA-SIA. MEREKA SEMUA AKAN MASUK NERAKA, MATI SYAHID KONON-KONONNYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: