Profesor Sejarah Lawan Drop Out ITM?

Penulis tertarik dengan tulisan Ahmad Lutfi Othman berkenaan Mat Sabu lawan Prof.  Zainal Keling. Untuk makluman semua, Ahmad Lutfi juga satu spesis dengan  Mat Sabu cuma kesnya dibuang dari UTM kerana isu purdah.  Oleh kerana di  zaman  itu, zaman Anwar  menjadi Menteri Pendidikan, maka Ahmad Lutfi  tugasnya adalah untuk membedil Anwar  siang malam.

Sudah  pasti,  Ahmad  Lutfi adalah manusia paling gembira selain dari Mat Sabu apabila hasrat Anwar  untuk menjadi PiEm  tidak  kesampaian. Namun, tindakan Ustaz Fadzil menyokong dan membela Anwar telah memeti sejukkan dua manusia ini di dalam PAS. Ahmad Lutfi, terpaksa menurunkan tona dan nada tulisannya dan Mat Sabu pula tidak relevan di zaman reformasi.

Itu sejarah dahulu.

Isu Mat Sabu lawan Prof.  Zainal Keling, saya katakan tentulah Mat Sabu akan  menang. Kerana Mat Sabu seorang populis dan tahu perkara-perkara yang menarik audiens. Fakta itu belakang kira. Janji orang suka dengar, boleh gelak-gelak, semua settle.

Orang akademik pula lain. Yang penting fakta. Anak murid tidur dalam kuliah, bukan masalah. Tidurlah. Dan yang datang ke debat terbuka bukannya orang yang mahu dengar fakta.  Semuanya sudah ada terbuku di hati, seperti  menyokong pasukan bola favourite.  Bolehkah penyokong Arsenal disuruh menyokong Man. Uni. atas dasar fakta dan bukti saintifik?  Tak pernah dibuat orang.

Cumanya, PAS ataupun nama Inggerisnya Pan Malayan Islamic Party, sudah kalah.

Tidak ada Profesor ataupun akademik sejarah di belakang mereka. Cuma, Profesor Aziz Bari yang mungkin menunggu Nik Aziz mengisytihar diri Nabi saja baru hendak mengatakan tidak patut disokong PAS sahaja,yang menyanggah profesor-profesor sejarah. Seolah-olah seorang mekanik hendak membetulkan ayat hafazan Imam Masjidil Haram saja tindakan Prof Aziz Bari.

Malahan, pena Harakah sudah menyerang akademik sejarah:

Wahai pakar-pakar sejarah, tanggungjawab kalian kepada siapa sebenarnya? Pakar-pakar sejarah mendabik dada, kamilah yang lebih tahu sejarah, ahli politik jangan sibuk mempolitikkan sejarah, tetapi dengan perkembangan terkini saya berpendapat, pakar sejarahlah orang yang paling pandai mempolitikkan sejarah!-Pakar sejarah hanya kusutka​n keadaan

Beginilah PAS, apabila sesuatu yang tidak kena dengan selera mereka, mereka tidak segan silu menyanggah para ilmuwan dan ulamak.

Siapakah yang menyokong PAS dalam isu sejarah  ini?

Inilah senarainya:

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin  (Presiden PKPIM)

Zulkifly Ibrahim (Ketua Penerangan PKR Perak)

Jofri Jaraiee(Timbalan Pesuruhjaya III PAS)

Mohd Nazree Mohd Yunus(Ketua Pemuda PKR Negeri Sembilan)

Datuk Husam Musa   (Naib Presiden PAS)

Apakah kelulusan mereka? Malah, tidak hairan di kalangan mereka ini  masuk  Universiti pun dalam ertikata untuk melawat  saudara-mara saja.

Yang paling kelakar,  PAS mengangkat seorang yang tiada kelulusan malahan drop out ITM dalam applied  science  berdebat dengan profesor-profesor sejarah?

Apabila diangkat seorang yang bukan ahlinya maka tunggulah kebinasaannya.

“fas’alu ahli dhikr in kuntum laa ta’alamoon.” An Nahl:43

Mungkin dalam hal Mat  Indera, Komunis dan Sejarah dan Lynas, ayat ini dinasakhkan atau  tidak wujud bagi pemimpin PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: