Siapa Staff Universiti Malaya Penyokong Mat Indera?

Ada beberapa bahagian yang penulis ingin tekankan dalam artikel ini. Pertama, siapa Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang dikenali sebagai Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Kedua, benarkah kita boleh mengambil kajian bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” itu adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera sebagai hujah akademik yang tidak berbelah bahagi bagi memutuskan bahawa Mat Indera bukan komunis.

Pertama, kita harus faham bahawa PAS adalah parti yang telah berjaya merekrut ramai kader-kadernya di kalangan profesional selagi mana “profesional” itu tidak gagal dalam pengajiannya. Jika mereka gagal seperti yang terjadi pada Ahmad Lutfi Othman dan sebagainya, maka jadilah kader sepenuh masa. Manakala, bagi yang berjaya dan masuk pula dalam skim perkhidmatan kerajaan, tetapi istiqamah dalam perjuangan jamaah, mereka ini akan diberikan jawatan-jawatan dalam PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Pusat untuk menjalankan fungsi terutamanya dalam perkaderan jamaah.

Dalam pada yang sama, mereka perlu berhati-hati. Oleh itu, di dalam laman rasmi PAS, nama penjawat-penjawat awam ini dipusing dan diputar serta ditukar-tukar supaya kononnya tidak dapat dikesan. Mereka paling takut sekali pada Special Branch Bukit Aman kononnya.

Dalam kes menegakkan benang basah Mat Sabu, seorang “intelek” dan pengarah satu “jabatan” dalam PAS telah ditonjolkan atas nama: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Siapakah Dr Ahmad Zuhdi Marzuki?

Dr Mohd Zuhdi Marsuki, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS

Menurut sumber penulis, Dr Mohd Zuhdi Marsuki atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zuhdi Marzuki sudah lama terlibat dalam perkaderan PAS.  Pernah menjawat Majlis Syura Kampus, penasihat kepada Jamaah Islam Kampus dan terlibat secara terus dalam Tamrin Panjang dan bai’ah mahasiswa kepada PAS di Universiti Malaya. Penulis juga difahamkan dia juga adalah penceramah utama dan mudah dijemput ke Kuliah Ilmu (perjumpaan dwi mingguan ahli jamaah PAS Universiti Malaya), program-program tamrin umum dan khusus mahasiswa PAS di Universiti Malaya.

Oleh kerana, dia antara mereka yang berjaya untuk hidup dan bergraduasi serta dapat pula masuk sebagai seorang ahli akademik di Universiti Malaya, tidak seperti ramai sahabat-sahabat mahasiswa PAS yang kandas di fakulti aliran sains dan profesional maka dia digunakan sepenuhnya oleh pihak jamaah terutamanya dalam merekrut mahasiswa beraliran sains.

Sebagai sebuah negara yang demokrasi, kita tidak ada “masalah” dengan afiliasi politik seperti ini. Malah, Prof. Aziz Bari masih berkhidmat dengan Universiti Islam Antarabangsa sehingga menjawat jawatan Profesor dan tidak dipecat dari jawatannya walaupun menyokong pembangkang terang-terangan tidak seperti yang berlaku di UniSEL dan KUIN.

Masalahnya timbul apabila orang seperti ini tidak menumpukan masanya untuk penyelidikan sebenar dan bukan sekadar menjadi aparat PAS.Mari kita lihat berapakah kajian berimpak tinggi yang Dr Mohd Zuhdi berjaya hasilkan? Sepuluh untuk setahun?

Senarai Jurnal Akademik Dr Mohd Zuhdi sepanjang kariernya sebagai pensyarah:

2010
M. Z. Marsuki, “Towards a New Orientation of Islamic Environmental Ethics”, Malaysian Journal of Science and Technologi Studies, Vol 8, 2010 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
2009
Mohd Zuhdi Marsuki, (2009) Religious Agendas towards Sustanability: An Islamic Perspective. In Malaysian Journal of Science and Technology Studies, Vol 7, 2009 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
2005
Mohd Zuhdi Marsuki, (2005) Peranan Teknologi dalam Penyampaian Ilmu dari Perspektif Epistemologi. In Malaysian Journal of Science and Technology Studies, Vol 3, 2005 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
2004
Mohd Zuhdi Marsuki, (2004) The Role of Technology in Disseminating Knowledge: An Epistemological View. In Malaysian Journal of Science and Technology Studies, Vol 2, 2004 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Prosiding

2008
Mohd Zuhdi Marsuki. 2008. Axiological Approach towards Islamic Environmental Ethics. Proceeding of the Conference of Malaysian Study of Islam. University of Wales, Lampeter, United Kingdom. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
2003
Mohd Zuhdi Marsuki. 2003. The Role of Religion in Environmental Conservation. In Azizan Baharuddin (ed.) Proceedings of the Symposium on Environmental Ethics, Regulations and Education. Centre for Civilizational Dialogue, University of Malaya, Kuala Lumpur. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
2001
Mohd Zuhdi Marsuki. 2001. Pengajian Sains dan Teknologi: Pendekatan Bersepadu ke arah Wawasan 2020. In Abdul Latif Samian and Mohd Sabri Haron (ed.). Proceedings of the National Seminar on General Studies in The New Millenium. Centre of General Studies, National University of Malaysia (UKM), Bangi. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Sumber: Curriculum Vitae Dr Mohd Zuhdi Marsuki

Inilah hasil kerja Dr Zuhdi Marsuki sepanjang kerjayanya di Universiti Malaya. Tidak ada satu pun yang diwasit melalui Scopus ataupun ISI. Jauh lagi mempunyai impak faktor. Malah tahun lepas hanya satu sahaja jurnal dihasilkan. Dan prosiding persidangan walaupun secara relatifnya lebih mudah dalam bidang akademik,sudah berkurun tidak diterbitkan.

Tetapi, ada masa pula untuk spin pasal Mat Indera walaupun sebenarnya ini bukan bidangnya iaitu Environmental Ethics, Ecotheology dan Islamic Science. Nyata terlalu jauh PAS dari hakiki apabila tiada orang yang sesuai dalam bidang sejarah untuk menyelidik bagi pihak parti itu dalam kes Mat Indera. Malah, dengan angkuh menolak pandangan pakar-pakar sejarah.

Dan adakah ini bersesuaian dengan etika sebagai seorang penyelidik dan ahli akademik?

Sebagai seorang ahli akademik, sebuah kajian di peringkat ijazah sarjana muda tidak boleh dijadikan hujah mutlak. Dalam kajian sastera dan sains kemanusiaan terutamanya dalam bidang sejarah, sepatutnya maklumat-maklumat lain dari arkib negara, mikrofilem-mikrofilem dari sumber pihak komunis, pihak keselamatan negara dan juga sumber keselamatan luar negara terutamanya dari Britain wajar dikaji. Di samping itu, temu ramah dari semua sumber adalah kaedah untuk menentukan siapa “tokoh” tersebut.

Harus diingat bahawa kajian ilmiah tersebut adalah untuk tujuan graduasi dan bukannya sumber mutlak. Untuk penerbitan sebuah jurnal, tidak ada penyelidik yang akan menjadikan thesis pelajar ijazah sarjana muda sebagai rujukan utama. Jika untuk buku, ia hanya layak sebagai nota kaki. Penulis tidak hairan jikalau selepas ini, PAS akan menjadikan kajian tempatan sejarah untuk PMR suatu ketika dahulu pula sebagai rujukan ilmiah dan rujukan agung mereka pula.

Cuma yang penulis sedih, inilah kualiti penyelidikan ilmiah PAS dari seorang pengkader jamaah PAS. Dan inilah gambaran kualiti Universiti di bawah PAS jikalau mereka berkuasa, di mana aparat mereka kurang berminat dalam kajian dan tugasan mereka yang sebenar dan lebih berminat dengan kerja politik mereka sahaja. Bukan ranking dikejar tetapi amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa dan agama terabai kerana cita-cita politik sempit yang tidak berkesampaian.

3 Responses to “Siapa Staff Universiti Malaya Penyokong Mat Indera?”

  1. […] MP Padang Terap dan Muhammad Hussin,MP Pasir Putih. Apakah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki tidak memberikan nasihat kepada anak-anak buahnya semasa Kuliah Ilmu atau semasa tamrin untuk […]

  2. […] kita janganlah menjadi seperti sebuah parti yang kononnya mempunyai Pusat Penyelidikan tetapi hanya mampu menggunakan kajian ilmiah oleh mahasiswa tahun akhir sebagai hujah utama […]

  3. Jihad fisabilillah Says:

    Islam itu syumul, menyeluruh, termasuklah juga bahagian politik, hairan politik pas sekarang meninggalkan syariat Islam pada bumi Malaysia. Patutkah Dr.Zuhdi bekerja keras dalam PAS, ada ke kerajaan PAS Kedah gubal undang untuk menggunakan hudud? Bila CN Afghani bersuara baru kerajaan Kedah terhegeh2 itupun masih konar2, masih tidak mahu laksanakan dan mengelirukan masyarakat.. Dr Zuhdi ni perlu kenal yang mana pemimpin yang kuat iman dan yang mana pemimpin yang lemah iman..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: