GST:Kerajaan DS Najib Jangan Ulang Kesilapan Pak Lah

“Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat… kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST,” kata Najib.”~Tindakan Afirmatif  Untuk Bantu Bumiputera Kekal-Najib~

Saraf  pembangkang yang berjaya mempengaruhi ramai pengundi terutamanya yang celik internet dan middle class

Kerajaan seharusnya belajar dari kesilapan kepimpinan yang lalu. Benar, dibandingkan dengan negara yang “makmur” lain, rakyat Malaysia ramai yang terselamat dari membayar cukai.

Namun, harga barang runcit mereka rendah.  Harga minyak mereka sepadan dengan gaji mereka. Mereka mampu membeli kereta (walaupun secondhand) dengan gaji pertama mereka tanpa perlu meminjam dari mana-mana institusi perbankan dan pinjaman. Malahan, public transport mereka sangat cekap.

Benar, kerajaan perlukan pendapatan untuk perbelanjaan yang kemudiannya dipulangkan semula kepada rakyat. Namun, bagi rakyat terutamanya yang bukan penjawat awam dan bukan dari golongan pembuat keputusan/profesional tidak memahami bagaimana suatu kerajaan diuruskan,perkara ini amat sukar untuk diterima apatah lagi dengan persepsi bahawa kerajaan korup dan pemimpin kerajaan hidup mewah.

Jangan biarkan ketamakan mentaliti  petite traders dari kalangan GLC dan mereka yang mempunyai kaitan dengan pemerintah mensabotaj negara.

Hari ini mereka bergentayangan di keliling pemerintah yang ada, esoknya mereka akan melukut di tepi pemerintah yang baru pula. Akhirnya, yang menderita tetap rakyat. Cara  hidup “tetap berubah” walaupun undi telah berubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: