Syabas Polis! Siasatan Fitnah Harakah Terhadap Polis Bukit Kepong Bermula!

“Dalam perenggan terakhir pula, Harakahdaily melaporkan Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan di rumah pasung Bukit Kepong “tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina”.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas disoal siasat hampir sejam dari 11.40 pagi hingga 12.30 tengah hari di pejabat Harakahdaily di Kuala Lumpur, Mohd Nazri berkata, polis asalnya turut mahu merakamkan kenyataan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong tetapi membatalkannya.”~Harakahdaily disoal polis isu Mat Indera~

Harakah disiasat polis. Syabas!

Akhirnya, Harakah disiasat atas fitnah melampau terhadap polis terutamanya terhadap syuhada’ Bukit Kepong. Masih ingat tak lagi tuduhan mereka bahawa polis Bukit Kepong mabuk dan berjudi di Tahun Baru Cina seperti yang telah didedahkan sebelum ini?

Bukti PAS mengatakan bahawa Polis Bukit Kepong mabuk dan main judi

Harakah nyata tidak dapat menyatakan sumbernya dengan melaporkan:

“Tambahnya, polis juga bertanyakan kepada mereka sama ada fakta tersebut ditokok tambah, direka-reka atau dibuat berdasarkan kesimpulan sendiri.

“Kami beri kerjasama dan pertahan laporan itu,” katanya sambil memberitahu siasatan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dibuat terhadap artikel itu.~Harakahdaily disoal polis isu Mat Indera~

Jika benar mereka mempunyai sumber, tentulah akan dinyatakan di dalam Harakah ataupun dalam laporan Malaysiakini sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: