Namewee: Kita Termakan Psywar Akhbar Cina?

Menurut laporan akhbar China Press, Namewee telah mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri pada hari Sabtu (hari cuti) untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Manakala, akhbar harian Cina, Sin Chew pula melaporkan, Namewee akan berkongsi pandangan beliau mengenai 1Malaysia dengan Najib (klik sini).
Boleh dikatakan ramai sahabat-sahabat bloggers yang menyuarakan kemarahan mereka (klik sini).  Ada yang sehingga ingin memotong kaki Namewee dan pelbagai lagi protes.
Penulis mengucapkan syabas terhadap bloggers-bloggers mesra kerajaan kerana menyuarakan pandangan seumpama ini. Tidak seperti bloggers dan juga aparat PAS, andaikatalah mereka yang memerintah, maka akan dijustifikasikan pelbagai alasan bagi PM mereka untuk berjumpa dengan manusia ini. Lihat saja kes Mat Sabu, spin yang mereka lakukan, astaghfirullah, sehingga mereka terlupa bahawa parti yang pertama mereka akan haramkan di mukabumi Malaysia jikalau berkuasa adalah Partai Islam Semalaysia atau nama Inggerisnya Pan Malayan Islamic Party.
Berita gembira bagi kita yang antikan golongan kafir harbi ini adalah Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang rancangan untuk menemukan Namewee dengan DS Najib. Mynewshub.my melaporkan:

“Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, pertemuan tersebut tidak pernah ada dalam jadual Perdana Menteri, malah Namawee sendiri tak pernah muncul di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.

“Kami pun hairan bagaimana isu ini boleh ditimbulkan sedangkan pertemuan tersebut tidak berlaku.

“Apa motif sebenar pihak yang membangkitkan perkara ini kita pun tidak pasti,” katanya kepada Mynewshub.my di sini hari ini.”

Oleh itu, apa motif akhbar-akhbar Cina mengeluarkan berita ini? Apakah psywar yang cuba dimainkan oleh mereka? Adakah mereka cuba menggambarkan bahawa pemijak-pemijak kepala Melayu akan diberi muka oleh kerajaan?

Apa pun, jika memang ada usaha menemukan makhluk ini dengan PM telah gagal. Jikalau kegagalan ini berpunca daripada usaha berterusan bloggers, maka penulis ucapkan tahniah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: