ISA Dah Mansuh, TAMPAN Bila Lagi?

Semalam, DS Najib mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dimansuhkan. Berita ini pasti “menggembirakan” pihak pembangkang. Sekarang ini, kuranglah alasan bahawa tiada kebebasan bersuara oleh rakan-rakan pembangkang walaupun tidak ada seorang pun yang bermulut dan bertangan lancang ini yang pernah ditahan ISA.

Apa-apa undang-undang pun, jikalau kita tidak bersalah dan tidak bercadang membuat salah berdasarkan undang-undang tersebut, kita tidak perlu berasa takut. Tetapi, kebanyakan kita hari ini sebenarnya samada menjadi puppet ataupun sekadar menyambung lidah atas dasar kebencian semata-mata.

Dato' Seri Najib telah mengumumkan pemansuhan ISA di Majlis Perutusan Khas Sempena Hari Malaysia di Auditorium Angkasapuri

Namun, suka penulis mengingatkan semua, terutamanya yang mengetahui tentang gerakan perkaderan PAS di sekolah-sekolah, kampus-kampus di dalam serta di luar negara bahwa PAS masih lagi mengadakan upacara “tahan tanpa bicara” secara tahunan ataupun dwi tahunan. Sila baca beberapa artikel pendedahan penulis (klik sini, sini, sini serta sini) dan juga pengakuan benar di sini.

Bacaan-bacaan ini agak berat tetapi perlu untuk memahami bagaimana upacara “tahan tanpa bicara” yang telah berlangsung sejak dari tahun 1983 lagi ini telah melibatkan puluhan ribu belia dan beliawanis yang di’brainwash’ dan dipaksa untuk mengikuti perjuangan PAS bukan dengan sukarela. Umpama seperti gadis yang tertipu dengan sindiket pelacuran namun kemudian terasa sedap samada dari material ataupun hubungan badani pula dengan karier jijik berkenaan, mereka ini telah membenarkan diri mereka diabdikan untuk selama-lamanya sehinggalah mereka tidak diperlukan lagi oleh PAS.

Oleh itu, tidak perlu kita hairan dengan bai’ah talak tiga oleh calon-calon pilihanraya PAS.

Kesimpulannya, perkara untuk PAS adalah HALAL dan untuk orang lain adalah HARAM!

Selamat Hari Malaysia!

 

2 Responses to “ISA Dah Mansuh, TAMPAN Bila Lagi?”

  1. Siapakah yg menentang dan takut kpd ISA?
    Sudah tentulah mereka yg begitu gemar utk menabur fitnah dan bertindak mengancam keselamatan negara.
    Sebenarnya ISA melindungi rakyat jelata dari anasir2 jahat spt ini yg ada dlm negara ini.
    Tindakan Najib ini tidak mendahulukan rakyat tetapi memberi ruang yg lebih luas kpd anasir2 jahat yg selalunya berada dlm parti2 pembangkang spt PAS, PKR dan terutamanya DAP.
    Rakyat jelata sudah tentu tidak akan berasa selamat bila Najib memansuhkan ISA. Ini akan memberi kesan yg negatif kpd BN di PRU13 nanti.
    Inilah akibatnya apabila Najib mendengar nasihat2 sumbang dpd penasihat2 yg ada di sekelilingnya yg sebenarnya adalah gunting dlm lipatan.
    Najib sendiri tidak akan kalah di Pekan, Pahang. Sebab dia dlm diam2 telah membawa masuk beribu2 orang Melayu dari Kedah, diberi tanah dan diberi pembangunan infrastruktur di kawasan Nenasi. Mereka ini akan memberi sokongan undi yg kuat utk Najib kekal sbg MP. Tetapi apakah Najib hanya akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13?
    Nampaknya Najib sudah menggali kubur utk BN. Maka betullah Teori R.A.H.M.A.N yg mengatakan Najib akan jadi PM yg terakhir bagi Malaysia.
    Bila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, Perlembagaan akan dipinda. Malaysia akan dijadikan sebuah Republik dgn sistem raja-raja dihapuskan yg dgn sendirinya akan menghapuskan kuasa politik kaum Melayu. Jadilah The Republic of Malaysia spt The Republic of Singapore. Kaum Melayu yg bodoh dan yg mudah lupa akan mengemis di tanah air sendiri!
    Nauzubillah ……..

    MZ-Teori RAHMAN ni kita tak boleh pegang. Kita kena yakin pd Allah. No. 2, kita kena lihat akta2 baru yg bakal digubal . Apa pun, keperihatinan kita terhadap keselamatan pasca-ISA adalah sgt relevan

  2. arrayah.info – Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

    MZ-Saudara harus belajar sejarah Islam dengan lebih terperinci. ‘Khilafah’ yang difahami oleh HT sudah lama tidak wujud sejak dr tahun 750 M apabila Abdul rahman Ad Dakhil lari dari Damsyik dan menubuhkan kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol. Sejak dari itu, dari segi pentadbiran umat Islam telah berpecah kepada dua yakni Abbasiyah di Baghdad dan Umayyah di Sepanyol. Tidak termasuk lagi tentangan puak syiah dan khawarij dan terdirinya kerajaan Ibadi’ Khawarij di Afrika Utara. Untuk mewujudkan khilafah ialah usaha terpuji tetapi ia bukannya “the only way but it is only one of the way. “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: