Sudahla Abg Anwar..Sudahla..

Penulis tidak berniat untuk menyiarkan video-video yang mengaibkan Anwar Ibrahim. Berkatalah Ustaz Fathul Bari bahawa tidak kiralah apa parti pun, cerita-cerita seperti ini tidaklah patut disebar-sebar. Inilah pendirian orang yang benar-benar berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. PAS, UMNO, PKR, KITA hatta DAP hukumnya tetap sama.

Bukan falsafah sesetengah jamaah, halal untuk aku, haram untuk kamu. Tuduhan malahan tuduhan palsu ataupun bertaraf sangkaan boleh menjadi hujah dan dalil qat’ie, tetapi apabila terkena kepada pimpinan “belah sini” video pun cuma besi, side burn tak sama, perut terlebih buncit dan macam-macam lagi.

Anwar Ibrahim sepatutnya mengundurkan diri. Apabila terkena kepada pimpinan kerajaan standard pembangkang sangat tinggi. Jikalau terkentut di depan wartawan pun mesti kena letak jawatan sebab memalukan kerajaan. Tetapi, dalam kes Anwar, semua mempertahankan Anwar seolah-olah Anwar itu Isa Al Masih.

Ramai yang berkata, kenapa bahaya sangat Anwar sehingga partai kerajaan perlu “merekayasa” video-video tersebut? Jawapan penulis mudah. Lim Kit Siang juga bahaya, tetapi tidak ada video pun? Datuk Seri Haji Abdul Hadi juga, bahaya tetapi tidak terbit pun video. Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz lagi-lagilah sangat berbahaya kepada UMNO, tiada juga video yang keluar.

Suka juga penulis ingatkan,Tengku Razaleigh sewaktu memecahkan UMNO kepada Team B seterusnya arwah parti Semangat 46 lebih berbahaya. Separuh daripada Ahli Parlimen UMNO ditarik masuk ke sebelahnya. Jikalau 100 orang ahli Parlimen UMNO, maka sekurang-kurangnya 50 sudah dalam tangan Ku Li. Tun Mahathir hanya boleh bertahan dengan sokongan MIC  MCA, Gerakan serta parti komponen yang lain dari Sarawak dan Sabah. Malah, Sabah semasa itu dikuasai oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah Pairin Kitingan serta mereka telah khianat kepada BN hampir pilihanraya 1990.

Tetapi, tiada video seks Ku Li walaupun Ku Li masih bujang trang tang tang masa itu. Masih Antertu (anak teruna tua) ketika itu sehinggalah pada tahun 1996. Hanya apabila hampir-hampir Semangat 46 hendak dibubarkan barulah Ku Li menikah.

Teringat kisah-kisah saat terdengar Mohd Saiful Bukhari melaporkan kisahnya kepada polis, maka Wan Azizah pun menangislah di Tropicana:

‘Sudahlah bang.. tak serik-serik lagi kah?’..

Kisah ini menjadi pengetahuan am di kalangan bloggers.

Jikalah kisah ini palsu dan video ini hanyalah rekayasa semata-mata, maka elok jugalah Anwar berundur, kerana sampai ke situ musuh politiknya bermakar untuk menjatuhkannya walaupun dirinya pada pendapat penulis tidaklah sebahaya Tuan Guru Nik Aziz.

Benarlah, kata-kata Karpal Singh yang Anwar Ibrahim harus bertaubat!

 

Leave a comment