Kenapa Husam Saman Kickdefella?

“KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya. 

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk ‘HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.”~Husam saman Kickdefella RM5 juta~

Dato’ Husam Musa adalah Naib Presiden PAS dan pernah kalah bertanding Timbalan Presiden PAS melawan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dianggap wajah kepada golongan Erdogan pada masakini. Ironinya, Husam adalah di antara mereka yang terlibat dalam percaturan dalam muktamar PMIUM menyingkirkan golongan Anwar/ABIM sekitar tahun 1982/83.

Semalam, Husam telah bertindak memfailkan saman terhadap  “bekas” orang kuatnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Namun, apakah sebenarnya yang sebenarnya disaman oleh Husam?

“Dia takut untuk berkata benar kerana bila dia berkata benar maka bocorlah segala pembohongannya selama ini. Husam tidak akan berkata benar terutama di dalam soal wang dan tabiatnya terhadap perempuan. (klik ~Husam Itu Pembohong~)

“Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS adalah contoh hipokrasi PAS. Double standard dalam banyak sebab dan keadaan. ….

Walaupun berbekalkan lebih 15 tahun di dalam dunia perfileman yang penuh skandal dan glamour, saya sendiri masih ingat rasa malu saya oleh aksi pimpinan PAS yang saya temani, apatah lagi bila di khalayak ramai, leka menatapi ‘ah moi-ah moi’ bermini skirt menuruni tangga bergerak di Suria KLCC dan bergurau sambil menggosok-gosok tangan seorang perempuan cina penjual madu lebah organik di One Utama.“(klik ~Sebelum Kita Lupa Normala Sudirman~)

Dua perenggan ini berkaitan dengan isu moral. Jika dilihat dari RBFonline (klik sini~Saman 5 juta: Husam masuk perangkap Kickdefella~):

“Rileks kawan-kawan semua, banyak lagi rahsia Husam ada dengan Kickdefella termasuklah gambar-gambar dan rakaman video serta rakaman suara.

Maka, kemungkinan beberapa pihak sudah mempunyai video, gambar dan perkara-perkara berkaitan dengan Husam Musa yang hanya menunggu saat untuk disebarkan.

Adalah amat malang sekali kebelakangan ini, “tokoh-tokoh” yang dikatakan pernah menerima tarbiyyah dan mentarbiyyah terlibat dalam beberapa skandal seks. Soal benar ataupun tidak, adakah ini tanda lompang tarbiyyah ala Ikhwanul Muslimin ke atas jamaah-jamaah ABIM, PAS dan juga IRC? Ini tidak termasuk isu korupsi dan cinta dunia lagi.

Dalam tempoh satu generasi tarbiyyah yakni generasi 70-an yang dibanggakan tersebut telah tumbang beberapa figura-figura ini. Maka tidak hairanlah lebih banyak watak-watak yang tersesat di pintu hedonisme dan sosialisme tetapi “kembali” kepada asal seperti Syed Azidi dan Dr Farish A Noor selepas “bersahabat dengan PAS” dihasilkan.

PAS bukan pintu ataupun tiket mudah untuk ke syurga. Apa pun, kita saksikan episod-episod tersungkur di pintu syurga ini. Semoga menjadi pengajaran kepada semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: