Lagi Bukti Air Mani Anwar Boleh Bertahan 113 Jam!

Penulis ingin memberikan kredit kepada Mr Crab kerana membuat satu posting di artikel bertajuk ‘Air Mani Mampu Bertahan 113 Jam – Peguam Bela Anwar Terkejut Kenyataan Dr McDonald’ di anwaraidc.com. Berikut adalah informasi dari Mr Crab:

Mr Crab says:
September 20, 2011 at 5:05 pm

betul tu, cuba semak d http://www.cacnews.org/events/studygroup/DNA_Bibliography_090309.pdf.

Fail pdf tersebut merupakan satu senarai tentang sejauh mana air mani boleh bertahan di mulut, serviks, vagina, rektum dan anus iaitu bahagian anatomi manusia yang terlibat dengan kes pencabulan dan rogol. Senarai ini diambil dan dirujuk kepada 17 buah jurnal berwasit dan berimpak faktor dalam bidang forensik.

17 jurnal dirujuk oleh Persatuan Kriminalis California untuk jadual berapa lama sperma boleh bertahan dari masa mangsa serangan seks

Persatuan Kriminalis California( The California Association of Criminalists [CAC]) telah ditubuhkan pada tahun 1954. dan merupakan sebuah persatuan professional seperti juga Institute Engineers Malaysia(IEM). dan merupakan persatuan sains forensik tertua di Amerika Syarikat. Keahliannya bukan sahaja terhad kepada California tetapi juga diluaskan ke suluruh Amerika Syarikat dan Eropah. Ahlinya terdiri daripada pakar foresnik, pemeriksa dokumen, pakar kajian serum, pakar toksik, ahli kimia, ahli biologi molekular, pakar senjata api, dan lain-lain lagi. Mereka juga bertanggungjawab untuk hadir ke mahkamah dan memberikan persaksian kepada kes-kes mahkamah yang melibatkan juga kes-kes seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.(klik sini)

Oleh itu, tidak ada sebab untuk Dr Mc Donalds boleh menafikan bahawa sperma memang boleh bertahan selama 113 jam dan ini dipersetujui oleh CAC sendiri. Alasan bahawa rujukan dalam bahasa Siam ini tidak boleh diterima:

“Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand),” katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.(klik sini)

Kita harus ingat bahawa kajian-kajian ini adalah merupakan kajian yang telah disahkan oleh pakar dalam bidang Forensik.

Kesimpulannya, kita janganlah menjadi seperti sebuah parti yang kononnya mempunyai Pusat Penyelidikan tetapi hanya mampu menggunakan kajian ilmiah oleh mahasiswa tahun akhir sebagai hujah utama bukannya kajian yang ditelah di”peer review” oleh pakar dalam bidang tersebut!

Malang sekali, jika negara kita ditadbir oleh partai sedemikian!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: