Aparat PAS Tekan Ahli Akademik Ubah Sejarah?

Seperti yang  penulis nyatakan pagi tadi, PAS  parti yang pelik. Apabila mereka dikenakan tindakan (yang tentu sekali penguatkuasaannya  oleh badan seperti polis dan mahkamah), mereka  berkata, ia adalah perkara karut. Tetapi, apabila mereka pula yang bertindak menyaman dan cuba  mengheret orang lain atas situasi yang sama, maka ia adalah hak mereka.

Sekarang,aparat  mereka melakukan kekarutan seperti yang dinyatakan  oleh peguam mereka,Hanipa Maiden(klik sini). Menurut lidah Partai  Islam Semalaysia:

 “Suara Solidariti Anak Bangsa Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap Majlis Pofesor Negara (MPN) berhubung kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Chow Kit itu khusus terhadap Pengerusi MPN, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Prof. Datuk Dr Zainal Kling, menuntut mereka disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Kenyataan itu disifatkan sebagai sengaja menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong mana-mana pihak melakukan suatu yang melanggar undang-undang.”(rujuk sini)

Sebelum ini, Hanipa dalam Harakah menyifatkan:

“…kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes ‘karut’ kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.”

Oleh itu, perbuatan mereka  ini ternyata telah memperolokkan dan memperbodohkan Hanipa Maidin secara khususnya  dan Parti PAS  dan Harakah secara amnya.

PAS tahu  bahawa jumhur dan  ijmak tuan  guru-tuan guru sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri  Dr. Khoo Kay Kim dan Profesor  Datin Paduka Dr. Ramlah Adam adalah senada dengan Profesor Dato’  Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu secara teknikalnya adalah wilayah lindungan dan bukannya koloni British seperti India dan negeri-negeri Selat.

Oleh itu, tidakkah sekarang PAS menekan ahli-ahli akademik dengan ugutan tidak  ilmiah ini  untuk mengubah fakta ilmiah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: