Hantu Bonceng: Harakah Kantoikan Pemuda PAS?

2 hari lepas, Ketua Dewan pemuda PAS bersemangat membantai filem ‘Hantu Bonceng’. Katanya ‘Hantu Bonceng’ perlu dihentikan segera kerana  mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

“Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog “asyhadu anna Muhammadar… syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

“Menyebut  perkataan “Muhammadar Syaithan” yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

“Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah,” ujarnya. (klik sini)

Malah, betapa semangatnya Nasruddin Hassan sehingga Pemuda PAS menghantar memorandum ke Jakim (klik sini). Betapa hebat iltizam dengan ‘Hantu Bonceng’ berbanding dengan Gereja DUMC. Tiada arahan dari Dewan Pemuda PAS sehingga ke hari ini kepada aparat mereka di kampus-kampus Lembah Kelang untuk berdemonstrasi menentang murtad.

Ustaz Azhar Idrus yang dikenali pro-PAS mengkantoikan Dewan Pemuda PAS dengan tersiratnya membela Zizan Raja Lawak atas dasar jahil.

Ustaz Azhar Idrus dirujuk oleh Harakah dalam ceramahnya menyebut  bahawa skrip tersebut bukan bertujuan untuk mempersendakan Islam (klik sini):

“Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH” tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

“Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.

Hairan dengan agenda Harakah.Adalah hairan bagi Harakah untuk merujuk ulamak di luar kepompong mereka untuk memberi fatwa melainkan ada udang di sebalik batu.

Apakah agenda mereka tiba-tiba menukar gear reverse?

Apakah takut dengan sambutan hangat sehingga mampu memungut RM 5 juta sempena Hari Raya terutamanya di kalangan pengundi muda?

Ataupun ini tanda Harakah dan PAS sudah mula menekan mana-mana individu yang ingin mempertahankan kalimah Islam sebagai “kurang jelas” fikrah?

Yang pasti, ini adalah ‘boncengan gratis’ PAS terhadap filem Hantu Bonceng!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: