Mat Sabu Karut Bawa Kes Sejarah ke Mahkamah?

Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes ‘karut’ kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.(klik sini)

Hanipa Maiden sebagai peguam tentu tahu apakah pertuduhan terhadap Mat Sabu.

Lawyer Mat Sabu kata karut bawa kes sejarah ke mahkamah, bukankah Mat Sabu saman Utusan dulu?

Berikut adalah pertuduhan tersebut:

“Dalam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin, Mohamad didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.”(klik sini)

Selain itu terdapat juga aduan dari keluarga arwah Polis Bukit Kepong:

“Pertuduhan dibuat selepas aduan daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.”(klik sini)

Yang menariknya, En. Nazir Yusoff, anak Sarjan Yusoff Rono yang dikatakan oleh Harakah(klik sini) kononnya mengaku bapanya telah “diselamatkan” oleh Mat Indera turut melaporkan kepada pihak Polis tentang kekarutan Mat Sabu.

Ini bukannya kes sejarah, tetapi kes fitnah dan mencemarkan nama individu dan kumpulan orang tertentu dengan tujuan jahat.

Tetapi minggu lepas, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah memfailkansaman fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia berikutan penyiaran laporan mengenai ceramah beliau berkaitan peristiwa Bukit Kepong sehingga menimbulkan kontroversi. (klik sini)

Jika benar seperti dakwaan Hanipa Maiden, ini cuma soal sejarah, kenapa Mat Sabu perlu menyaman Utusan? Bukankah ini hanya kes sejarah yang boleh diselesaikan dengan cara ilmiah?

Benarlah, PAS adalah parti karut yang mula membawa kes sejarah di mahkamah!

 

One Response to “Mat Sabu Karut Bawa Kes Sejarah ke Mahkamah?”

  1. […] yang  penulis nyatakan pagi tadi, PAS  parti yang pelik. Apabila mereka dikenakan tindakan (yang tentu sekali penguatkuasaannya […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: