Hudud: Karpal Berdehem Pada Anwar!! Malaysiakini Tak Report!

Nik Aziz main kad hudud dua-tiga hari ini.

Sokongan orang Melayu kepada PAS menjunam kebelakangan ini, sehinggakan Pemuda PAS terpaksa main isu murahan seperti Hantu Bonceng.

Tidak dilaporkan dalam portal-portal berita termasuklah Harakah dan Malaysiakini bahawa Karpal Singh telah memberikan isyarat maut kepada Anwar dan juga PAS.

The Star walaupun dimiliki MCA tetapi ranking kepercayaan penyokong pembangkang boleh dikatakan bertaraf  sahih dan mutawatir.

Berikut adalah terjemahan petikan dari The Star berhubung dengan Karpal Singh (kilik sini):

“Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terkejut dengan pendirian Anwar untuk menyokong Hukum Hudud berkata: “Hukuman untuk kesalahan(hudud) adalah 100 kali sebatan untuk persetubuhan pasangan yang belum berkahwin, rejam sehingga mati untuk zina (bagi yang berkahwin), potong tangan bagi kes curi, hukuman mati bagi murtad, 40 kali sebatan untuk meminum arak, 80 kali sebatan untuk tuduhan palsu bagi kesalahan zina (qazaf), dan hukuman maut dengan pancung ataupun disalib untuk rompakan”.

Karpal juga berkata kebimbangan di kalangan orang bukan Islam tentang perlaksanaan hukum hudud sebagai langkah ke hadapan kepada penubuhan negara Islam adalah wajar.

Tambahnya lagi perlaksanaan hukum hudud juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Karpal juga berkata usaha menghidupkan isu hudud bertentangan dengan resolusi PAS pada muktamar yang lepas yang hanya mahukan negara kebajikan.”

Sehubungan dengan ini, PAS perlu menyatakan pendirian mereka terhadap hubungan mereka dengan DAP. Yang pasti Hudud tidak akan dilaksanakan jika Pakatan berkuasa.

2 Responses to “Hudud: Karpal Berdehem Pada Anwar!! Malaysiakini Tak Report!”

  1. xsuke hudud Says:

    karpal singh tak takut ke org curi wilcha dia tu?entah nanti dia pun terpekik terlolong mtk tolong supaya org yg curi wilcha dia tu kena hukum potong tangan atau pancung..hihihihi

  2. […] patut lebih cerdik sikit. Karpal Singh yang menolak Hudud itu dari parti UMNO atau DAP? (Klik sini dan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: