Hudud: Tanda Nik Aziz Nak Mati?

Harakahdaily sepanjang isu hudud ini dimainkan tidak pernah memaparkan keceluparan DAP menentang Hukum Allah ini.

Harakah menujukan semuanya kepada UMNO. Mungkin editor dan wartawan Harakah patut lebih cerdik sikit. Karpal Singh yang menolak Hudud itu dari parti UMNO atau DAP? (Klik sini dan sini.)

Nik Aziz mahu Hudud dan mengucapkan Bye-bye kepada DAP jika terus menentang Hudud. Karpal pula beristiqamah dengan anti Hudud. Tetapi, Harakah tiada maruah untuk mengaku bahawa DAPlah yang anti Hudud.

Kononnya, strategi isu hudud ini ibarat “keris makan tuan” kata Mat Sabu. Kononnya lagi Gerakan dan MCA hendak keluar Barisan kerana Hudud. (klik sini)

Tetapi, Allah Maha Kaya, lain yang dikonon lain pula yang terjadi. Pada hari yang sama, keris yang kononnya makan tuan, menikam pula Mat Sabu.

Lim Guan Eng memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (baca: Anwar dan PAS), kepimpinan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat secara en masse (besar-besaran), jika Hudud  dimasukkan di dalam Buku Jingga/ Rangka kerja Polisi Bersama Pakatan. Hudud bukan agenda Pakatan Rakyat kata Lim Guan Eng. Ugutan ini adalah amaran keras LGE kepada Nik Aziz khususnya. (klik sini)

Hairannya, Aziz Bari dalam Malaysiakini hari ini seolah-olah menyempitkan perlaksanaan Hudud kepada Negeri Kelantan. Dan menurut ahli akademik yang tetap dapat Professor ini walaupun tegar menyokong pembangkang, seolah-olah juga Tuan Guru PAS ini bukanlah kerana takut Allah sangat hendak laksanakan Hudud tetapi kerana tekanan rakyat Kelantan.

“1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.”

“Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.”klik sini.

Aziz Bari juga menganggap bahawa DS Najib “menolak hudud” tetapi jika begitu, tidakkah Khalid Ibrahim juga tolak hudud?

“Selangor hanya akan melakukan apa-apa perubahan polisi agama Islam selepas mendapat nasihat dan juga cadangan daripada MAIS.” klik sini.

Dan Aziz Bari juga mengakui bahawa Pas Kedah tidak akan melaksanakan Hudud:

“Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.”klik sini.

Jadi, ternyata hukum Hudud ini adalah untuk kepentingan Nik Aziz semata-mata bukan “dasar” PAS. PAS tidak berminat melaksanakan Hudud. Adakah ahli, penyokong dan pengundi PAS di Kedah tidak berminat kepada Hudud? Adakah bermakna kematian Ibrahim Libya adalah suka-suka dan bukannya kerana Hudud juga?

Dan apakah sebabnya Nik Aziz mahukan Hudud secara terdesak? Selama 21 tahun memerintah, apa yang Nik Aziz dah buat bagi perlaksanaan hukum Islam secara silmi kaffah di Kelantan? Ataupun Kelantan hanya menjadi pengeksport artis-artis berwajah Tok Syeikh dan dikir barat dangdut ke pasaran hiburan negara semata-mata?

Mungkin juga ini tanda Nik Aziz sudah tidak lama…

2 Responses to “Hudud: Tanda Nik Aziz Nak Mati?”

  1. KENAPA SEKARANG PAS TOLAK HUDUD, QISAS, TA’ZIR…

    – SEKARANG PEMIMPIN2 PAS TIDAK BOLEH LAGI MEMBUAT FITNAH SESUKAHATI MEREKA.
    – SEKARANG PEMIMPIN2 PAS PULA YANG MENERIMA & MEMBERI RASUAH.
    – PEMIMPIN2 PAKATAN BERBUAT MAKSIAT.
    – PEMIMPIN2 PAKATAN MULA MENCURI, MEROMPAK, MENIPU, MERAMPAS HAK RAKYAT UNTUK DIJADIKAN HAK MEREKA.
    – PEMIMPIN2 PAKATAN MESTI MENJAGA HAK RAKYAT DENGAN BAIK SETELAH MERASAI KEMENANGAN PRU 2008KERANA ITU ADALAH AMANAH RAKYAT KEPADA MEREKA.
    – PEMIMPIN2 PAKATAN JANGAN TAKUT BERPOLITIK SECARA ISLAM.
    – DENGAN SENDIRINYA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAKUT UNTUK MEMBUAT KEJAHATAN.

    DAN BANYAK LAGI…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: