Saifuddin Nasution Akui UMNO Laksanakan Hukum Islam!

Dalam Harakahdaily, lidah partai PAS telah mendedahkan bahawa sememangnya UMNO telah melaksanakan syariah Islam. Saifuddin telah mencabar Gerakan dan MCA supaya keluar dari Barisan Nasional kerana UMNO telah menguatkuasakan hukum kanun tinggalan PAS Terengganu:

KUALA LUMPUR, 26 Sept:Parti MCA dan Gerakan dicabar keluar dari BN sekarang, ekoran kenyataan kedua-dua pemimpin utama parti itu untuk keluar dari BN sekiranya BN melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud.  

Kedua-dua parti itu dicabar keluar dari BN kerana Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi perlaksanaan hudud sememangnya telah digunakan di Terengganu sekarang.

Kanun Jenayah Syariah Terengganu itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 lalu, tetapi kini terus digunakan di Terengganu walaupun Terengganu berada di bawah pemerintahan BN.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan itu undang-undang Kanun Jenayah Syariah Terengganu yang digunakan oleh Kerajaan BN Terengganu sekarang adalah kanun jenayah syariah yang digubal oleh PAS.-Klik Sini

Oleh itu secara tersiratnya, Saifuddin menyatakan bahawa UMNO telah menjalankan kewajipan mereka terhadap Islam dengan melaksanakan tuntutan tersebut.

Secara tersiratnya juga Setiausaha Agung PKR tersebut bersetuju bahawa PKR lebih bersetuju dengan DAP untuk tidak menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan tidak akan menjalankan hukum Hudud walaupun digesa oleh Tuan Guru PAS, Nik Aziz Nik Mat:

“Manakala Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke pula berkata, isu mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu bukanlah isu baru dan ia telah lama difahami oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pada kami dari DAP dan Pakatan Rakyat, apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang dah lama, tambahan pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga.

“Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat cukup faham perkara itu, jadi tak perlulah Umno BN menimbulkan kembali isu itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.” Klik sini.

 

Harakah telah menyiarkan dan mengiakan kata-kata Anthony Loke bahawa semua pemimpin Pakatan “faham” tentang isu Hudud dan Negara Islam. “Faham” di sini adalah faham bahawa tiada negara Islam dan hudud.

Harakah telah mengiakan Anthony Loke dan inilah realiti yang harus ditelan oleh penyokong PAS jika masih menyokong parti khawarij ini dan “perjuangan” sia-sia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: