Keputusan Mesyuarat Pakatan Rakyat Malam Ini!

PAS, DAP dan PKR akan mengadakan mesyuarat pada hari ini 28 September 2011 dari 8.30 malam hinggalah 12.00 malam.

Semua menunggu dengan penuh harapan terutamanya mereka yang benar-benar ikhlas dengan ugama Allah samada PAS hanya sekadar mampu “menggempur” UMNO ataupun boleh menjadi singa Allah berhadapan dengan kaum kafir harbi?

Malam ini adalah penentunya. Adakah mampu PAS beriltizam untuk melaksanakan hukum Hudud walaupun hanya di Kelantan?

Beberapa keputusan penulis jangkakan:

1. PAS, DAP dan PKR akan menyenyapkan diri tentang isu Hudud dan Negara Islam sampailah tiba PRU ke 13.

-Inilah pilihan penulis, kerana DAP lebih takut dengan ‘Tuhan”nya daripada pemimpin-pemimpin PAS takutkan Allah Taala. DAP tidak akan berganjak dari perjuangan menentang Hudud. Tetapi PAS tidak.

Cuma, PAS bimbang jikalau diisytiharkan Hudud dan Negara Islam bukan agenda Pakatan, maka mereka akan dihentam setiap penjuru yang boleh difikirkan oleh ilmu geometri yang ada di muka bumi ini. Jika PAS tetap mengisytharkan tetap mahukan Hudud, maka PAS takut hilang sokongan dari DAP dan peluang untuk mengekalkan kerusi di negeri-negeri yang bercampur majoritinya lebih tipis atas tawakal mereka pada DAP bukan pada Allah.

Mereka yakin pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan terhadap PAS kerana PAS sanggup menggadaikan ugama dan prinsip parti tersebut. Jika ini pun sanggup, apatah lagi kepentingan bumiputera terutamanya dari segi sosioekonomi?

Tetapi mengambilkira kehilangan dan kedapatan pengaruh, demi menjaga imej PAS di kalangan pengundi Melayu dan hardcore PAS dan imej Pakatan di kalangan Melayu caca merba dan kafir harbi serta oportunis kafirin, maka berdiam adalah keputusan mesyuarat malam ini.

2. PAS akur dengan saranan buang Hudud

-Ini pilihan kedua penulis. PAS seperti dijangkakan oleh pemerhati politik pro-UMNO (yang kemudian mengambil kesempatan malam siang petang pagi membalun PAS lepas ini), DAP dan juga Melayu Liberal (seperti Malik Imtiaz,Haji Zaid Ibrahim dan Haris Ibrahim tidak kurang juga Hishamuddin Rais dan konco sosialisnya) akan membuang hudud atas dasar “maqasid syari’ah” dan mengutamakan masyarakat yang kamil wa mutakammil serta berkongsi kalimatun sawaa’ (kalimah yang sama dengan kafir kitabi).

Inilah yang diperjuangkan dan dipersetujui oleh kaum Erdogan dalam PAS yang dikemudi oleh puak-puak bekas IRC/JIM serta Suara Islam. Dengan ini, PAS mengutamakan akan mendapat undi bukan Islam dengan menolak sedikit undi orang Melayu yang celik.

Perkiraan ini berdasarkan kepada sifat orang Melayu sendiri yang fanatik akan sesuatu parti. PAS menjangkakan sokongan orang Melayu yang sudah hampir tegar dengan PAS dan pembangkang tidak akan berubah dari PAS. Kehilangan beberapa undi Melayu “sedar” ataupun “enlightened” tidak memberi kesan kepada PAS. Hatta, “ustaz dan ustazah” ini (betul dan celup) terutamanya jika sudah berbai’ah dengan PAS hatta disuruh makan babi oleh pimpinan pun akan dibuat inikan pula sekadar melupakan Hudud.

3. PAS beriltizam dengan Hudud

Ini adalah keputusan yang paling tidak dijangka. DAP akan menyuruh PAS keluar dari Pakatan atau mereka yang keluar sebab mereka lebih kuat taqwa kepada ajaran Malaysian Malaysia dan lebih tawakal dengan rezeki dan undi dari orang bukan Islam dan tidak mengharapkan undi orang Islam dan Melayu.

PAS pula sanggup berpegang dengan Hudud setelah dibancuh rapat oleh Tuan Guru PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Takutnya mereka kepada Nik Aziz samalah takutnya jin-jin kepada Nabi Sulaiman.

Kesimpulan, keputusan ketiga mungkin tidak akan terjadi. Ini kerana dikhabarkan Nik Aziz tidak akan hadir ke mesyuarat tersebut sedangkan Pengerusi DAP, Karpal Singh kemungkinan akan hadir.

Oleh itu, kita ucapkan takziah kepada PAS awal-awal kerana gagal untuk mempertahankan Hudud.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: