Titah Sultan-DUMC: Harakahdaily Senyap

PAS adalah parti Islam katanya. Mantik dan lojiknya, Harakah adalah lidah dan suara Islam gamaknya.

Titah Sultan Selangor berkenaan dengan usaha menyebarkan ugama Kristian mazhab Methodist khususnya dan agama-agama bukan Islam lainnya terhadap umat Islam adalah jelas;

“Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.”-Sultan Sharafuddin Idris Shah-

PAS dahulunya sungguh gah dengan murtad. Tetapi sekarang semangat PAS memperjuangkan murtad, seperti hangat-hangat kuih tart. Mungkin sesejuk tepung kastard.

Terbaru, Harakahdaily tidak memuatkan sebarang sokongan terhadap titah baginda dan juga Exco Ugama, Dato’ Dr. Hassan Ali.

Tiada berita mahupun ucapan sokongan terhadap titah Sultan Sharifuddin oleh Harakahdaily

Suatu yang ajib dan pelik dengan lidah Parti Islam ini. Malahan, berita kematian dan pujian terhadap penyanyi veteran, Ahmad Jais lebih mendapat liputan.

Inilah PAS di akhir zaman.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: