Aziz Bari Tidak Konsisten tentang Murtad

Datuk Zul Noordin telah bersedia berdebat dengan Prof. Aziz Bari(klik sini). Namun, syaratnya ialah Aziz Bari perlu meminta ampun kepada Sultan Selangor.

Zul Noordin adalah manusia yang konsisten dengan isu murtad. Antara yang menyebabkan dia dipecat dari PKR pun kerana isu murtad dan aqidah umat Islam. Dengan konsistensi beliau atas isu murtad, mereka yang yakin dengan perjuangan mempertahankan ugama adalah thiqah dengan beliau.

Mereka yang tidak thiqah dengan beliau adalah juak-juak Pakatan Rakyat. Bagi mereka, Zul Noordin mengkhianati Pakatan kononnya. Tetapi, mereka lupa, bukan Zul Noordin yang keluar parti tetapi Zul Noordin telah dipecat.

Tumpuan sekarang adalah pada beliau yang merupakan orang yang lantang memperjuangkan anti-murtad. Perhimpunan 22 Oktober ini merupakan iltizam beliau. Tetapi, “Suara Kafir” di dalam PAS yakni Khalid Samad mengatakan perhimpunan ini bertujuan melagakan orang bukan Islam dan orang Islam(klik sini). Bukankah apabila tiada isu, PAS menggunakan isu murtad? Tiada pula timbul isu laga-melaga.

Aziz Bari tersepit. Mungkin di kedai-kedai kopi, terbunyi di sana-sini. Masyarakat awam mungkin menganggap ‘teguran’ terhadap Baginda Sultan Selangor adalah ‘perkara biasa’ cuma disensasikan. Tetapi, yang memeritkan Aziz adalah bagaimana imejnya menyokong aktiviti pemurtadan mula terpancar. Aziz mengatakan bahawa tiada bukti cubaan menyebarkan agama Kristian mazhab Methodist kepada orang Islam.

Penyebaran ini dibuktikan bukan sahaja melalui video malahan juga dokumen-dokumen rampasan Jabatan Agama Islam Selangor. Sebagai seorang Profesor sepatutnya tidak mengeluarkan tuduhan “tiada bukti” sedangkan dia boleh menelefon JAIS dan mengadakan temujanji. Bukan rahsia lagi, jabatan-jabatan ugama, pusat-pusat zakat dan bank-bank Islam adalah tempat bersarangnya kader-kader PAS ataupun sekurang-kurangnya bekas kader-kader PKPIM. Jadi, perkara mendapatkan bukti ini tiada masalah.

Sekarang, Aziz Bari merengek. Kononnya dialah yang memulakan kajian tentang riddah:

“Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.

Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.“(klik sini)

Ini lebih menggusarkan dirinya daripada isu biadap terhadap Baginda Sultan Selangor. Aziz Bari lebih risau dirinya dianggap bersama dengan golongan murtad dan juga penyebar dakyah murtad.

Inilah yang menjadi ketakutan pada Aziz Bari. Dalam asyik mempertahankan Abang Anwar kesayangannya (sejak bersama dengan PKPIM) dan kerajaan Pakatan Selangor dalam berhadapan dengan murka Sultan Selangor, Aziz telah menempatkan dirinya bersama golongan riddah.

Maka, diungkit bahawa dahulunya (yakni zaman PAS perjuang murtad) dirinya dahulu juga melawan murtad.

Dipertikaikan sekarang, kenapa Utusan tidak konsisten. Tetapi, bak kata orang-orang tua, satu jari tertuding kepada orang lain, empat jari tertuding kepada diri-sendiri. Tidak perlu menjadi Profesor untuk faham kata-kata orang tua ini.

Yang penting, Abdul Aziz Bari sudah tersepit. Konsistensi Aziz tentang murtad ternyata satu kepura-puraan dan bersifat partisan.

One Response to “Aziz Bari Tidak Konsisten tentang Murtad”

  1. Bro, die cakap die mulekan penyelidikan tntg riddah sejak tahun 1996. Bermkna dia sendiri yg start penyelidikan bg diri dia. Bukan dia cakap DIA YANG MEMULAKAN PENYELIDIKAN dlm negara ni. Agak-agak la nak burukkan orang pun.

    ————————————————————————-
    MZ:Klu kata dia yg mulakan penyelidikan bg diri dia, berapa ramai org yg tak malu nak mengaku gitu? Kalau nk bela org pun tgkla org pun. Dulu anti murtad, sekarang bingit telinga kalau org nak juga umat. Buat malu student maahad saja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: