Ustaz Azhar Idrus: Memunahkan DS Najib, Menyesatkan Ust Salaf Tapi Bersetuju dengan Nik Aziz Atas Perkara Yang Sama

Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang Ustaz yang makin popular terutamanya di Facebook, Youtube dan VCD-VCD.

Kecenderungan dia kepada aliran lama, anti kepada hujah-hujah salaf dan menyokong PAS bukanlah satu rahsia.  Malahan, terdapat blog pro-UMNO dan Kerajaan yang menutup mata kepada ustaz sebegini atas dasar “school of thought” ataupun kecenderungan agama yang sama  dan lebih cepat membantai dan mencurigai ustaz-ustaz dari kalangan Ulamak muda UMNO yang jelas fikrahnya dari sudut politik Islam dan ketaatan kepada pemerintah.

Dalam klip di atas dan dalam kuliah-kuliah ugamanya, sudah terang bahawa Nik Aziz dan Haji Hadi adalah “wahabi”. Soalan-soalan seperti di mana ALlah, sifat-sifat Allah, maulud Nabi, talqin, tahlil kesemuanya sama seperti pendapat ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang cenderung kepada salafi. Tetapi, yang membezakan “wahabi” Nik Aziz/ Haji Hadi dengan “wahabi” salafi adalah atas isu masuklah Islam secara keseluruhan. Politik salafi adalah taat kepada pemerintah, ibadah salafi adalah ibadah kerana Allah, dan kecederungan salafi adalah mengikut sebenar-benarnya Al Quran dan sunnah, atsar para sahabah dan juga pendapat-pendapat ulamak-ulamak salaf yang tidak bercanggah dengan ketiga-tiga sumber yang sebelum ini.

Oleh itu, kami di Maharaja Zhou menyeru kepada Ustaz Azhar Idrus supaya berlaku adil, jangan kerana hendak menjaga hati peminat kuliah, “wahabi” yang terang “sesat” (mengikut kefahaman guru-guru dan aliran Azhar Idrus) seperti Hj Hadi dan Nik Aziz tidak disesatkan, tetapi “wahabi” yang tidak mendatangkan untung dan mendatangkan jumlah pengunjung, peminat dan customer pula disesatkan dan dikatakan jahil, bodoh, anjing dan sebagainya.

Yang dinamakan ulamak pengampu itu bukanlah semata-mata dalam ertikata mengampu pemerintah untuk mendapatkan laba dunia dan pangkat semata-mata, tetapi dinamakan juga ulamak pengampu dan penjilat itu ulamak-ulamak yang menyembunyikan yang benar untuk mengampu pendengar-pendengar dan pengikut-pengikut degan mengikut kehendak hawa mereka supaya mereka ini kekal menyumbang untuk kedudukan dan kehidupan duniawi mereka yag dinamakan ulamak ini.

One Response to “Ustaz Azhar Idrus: Memunahkan DS Najib, Menyesatkan Ust Salaf Tapi Bersetuju dengan Nik Aziz Atas Perkara Yang Sama”

  1. ANTI-PAS = ANTI-ISLAM = KAFIR!
    saya dah tengok video ceramah ustaz azhar pasal perkataan ‘ ustaz anjing’ tu,dan beliau memang rujuk ayat al-quran (x perlu la sy ltk ayat tu kt sini,sila tengok video jgn main potong video je)..pasal perkataan ‘bodoh’ tu sbnrnya sebutan dia ‘bodho’ dan ini adalah sleng percakapan orang terengganu..walaupun agak kasr sikit tapi beliau menggunakannya pada tempat yang sesuai,bukannya mengatakannya sesuka hati(sila tengok video jugak,jgn tengok separuh-separuh)..pasal view bnyak dalam internet bukanlah satu ‘problem’,ini menunjukkan umat islam di malaysia sudah mula menunjukkan minat dengan dakwah islam..atau ustaz fathul lagi suka kalau view pasal lisa surihani atau maria ozawa lagi banyak kat internet?..ustaz azhar membidas tok guru pasal isu ‘Allah dilangit’ tu menunjukkan beliau bukan berpihak kepada PAS tapi kepada islam,kalau beliau kaki ampu PAS,mesti dia sokong atau berdiam diri pasal isu tu ye dak?..lagi satu,apa kata buat debat live kat tv1,tv2,tv3 dan semua tv-tv under control kerajaan,ustaz azhar idrus vs ustaz-ustaz kerajaan..kan lagi molek..biar semua orang tahu siapa yang benar dan siapa yang kurang benar(xda yang salah sebb semuanya ulama2 islam)..wallahualam..
    ———————————————————————————————————————————————————————

    MZ: Sila letakkan video tersebut supaya terang bhw memang dia rujuk ayat Quran. Setakat mcm ni, saya boleh kata, Azhar Idrus tu kata2 ustaz anjing berdasarkan talmud ataupun kitab veda.. bila org tanya mana sumber.. ghoyat, oo ada.. ada dalam youtube. Menggunakan tempat yang sesuai itu hanya pada pandangan org yg tak kena, cuba tanya yg kena.. itu sebab saya memuji Abu Aqif dan Ust fathul Bari kerana menerima teguran dr rakan2 ustaz salafi yg lain untuk tidak menggunakan kata2 kesat. Cuba tgk komen anda sendiri, memfitnah Ust fathul bari “suka” video lisa surihani atau maria ozawa.. ini satu perkara yang tidak kena dengan En Tiada nama. Anda kena bezakan antara “dakwah Islam” atau Isu spesifik, yg ditegur oleh Fathul bari adalah perkara spesifik, kalau Azhar Idrus nak ajak org solat, puasa.. silakan.. cuma bila datang bab khusus ttg perkara2 tertentu, maka wajarlah ditegur, bukan dibiarkan. kalau bukan kaki ampu, confirm dia dah sesatkan Nik Aziz, sebab puak2 seaqidah dengan Ust Azhar Idrus mmg telah menyesatkan org yg berkata Allah beristiwa atas arsy, jadi apa tidak ampunya? Kalau katakanlah bos anta lahap makan babi, tapi anta ghoyat bagus bos makan lagi, kalau org kata bos makan babi, ooo.. pergi tanya dululah, jangan main tuduh2, tapi kalau member lain terus je hentam.. bodho mung makang babi.. so, inilah yang dinamakan ampu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: