PAS Terima Syiah, Apa Nak Jadi?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on December 5, 2011 by maharajazhou

Nasruddin Hassan Ketua Pemuda PAS bukan seperti KJ.

Orang Melayu yang tidak mengaji ugama khususnya di negara Timur Tengah tidak mengetahui bahaya Syiah. Jika yang tahu, kebanyakannya menganggap ia sekadar masalah berbeza pendapat.

Jawapan yang diberikan oleh Ketua DPP Pusat itu, boleh bagi orang yang tidak mengaji ugama, tetapi bagi orang yang tahu, jawapan itu adalah berat. Jika KJ yang menjawab boleh, itu adalah kerana “what do you expect from him?”.

Jika inilah sikap PAS yang boleh belaka, asalkan menyokong mereka, maka akan tenatlah Islam di Malaysia. Ya, mungkin ada yang berkata bukankah Syiah pun Muslim juga, individual basisnya, kita berharap ya, tetapi dengan Aqidah mereka secara umumnya yang melaknat dan menyumpah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman serta Saidina Muawiyyah, dan mengangkat Imam-imam mereka sebagai maksum, maka kita harus berfikir lebih jauh dari itu.

Advertisements

Konspirasi Kafir Harbi Jatuhkan NFC

Posted in Politik Nasional with tags , , , , on November 29, 2011 by maharajazhou

Sebelum ini, saya ada menulis mengenai isu NFC yang bertajuk Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part I. Dan kali ini, saya teruskan penulisan mengenainya untuk Part II.

Pada entri Part I, saya menjelaskan tentang lawatan dan perjalanan operasi NFC yang baru 3 tahun beroperasi secara berhati-hati berhadapan dengan pasaran yang tidak menentu dan saingan sengit dari “tauke-tauke” yang mengimport lembu berbaka biasa dari Thailand.

Namun, entri kali ini akan berbicara secara langsung mengenai asal-usul kontroversi yang cuba dimainkan oleh puak-puak Pakatan Haram terhadap kerajaan melalui isu ini dan saya juga akan mendedahkan apakah kaitannya isu ini dengan DAP yang dikatakan menjadi dalang sebenar di sebalik kontroversi ini.

Bertanyakan mengenai kontroversi dua unit kondominium One Menerung yang ditimbulkan Rafizi baru-baru ini, Izmir menyifatkan tohmahan itu sebagai sebuah ‘sketsa permainan politik’ yang sengaja ditimbulkan untuk memenuhi kepentingan politik mereka sahaja dan tidak lebih dari itu.

Menjelaskan maksudnya itu,beliau menceritakan bahawa kemelut ini sebenarnya sudah bermula lebih awal sebelum Laporan Audit Negara 2010 dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara di mana dua orang pegawai NFC telah diberhentikan perkhidmatannya kerana dipercayai terlibat di dalam kes pecah amanah di syarikat itu yang membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Menurut lagi, kedua-dua pegawai yang berbangsa Cina itu juga sempat ‘mencuri ‘ beberapa maklumat syarikat sebelum meninggalkan premis NFC, termasuklah maklumat mengenai pelaburan hartanah yang melibatkan pembelian sebuah unit kondominium One Menerung.

Memandangkan kejadian tersebut mampu menjejaskan syarikat, pihak NFC telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian dan kes tersebut sedang di dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut Izmir, siasatan polis berhubung kes berkenaan juga dipercayai telah disalah lapor oleh media pro-pembangkang, Malaysiakini.com, yang kononnya NFC sedang disiasat polis berhubung kes pecah amanah, baru-baru ini.

Sedangkan siasatan sebenarnya dijalankan oleh pihak polis adalah terhadap kedua bekas pegawai NFC itu dan bukannya terhadap syarikat itu sebagaimana yang dilaporkan.

Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa sumbernya memberitahu bahawa salah seorang bekas pekerjanya yang diberhentikan itu merupakan ahli DAP dan mengesyaki maklumat mengenai NFC itu ‘dijual’ kepada pihak pembangkang.

Melalui sumber yang saya peroleh, nama individu yang dikenal pasti sebagai ahli DAP dan berkhianat terhadap bekas majikannya itu ialah “Danny Fong”. Bagaimanapun, memandangkan kes tersebut masih di dalam siasatan polis, saya enggan mengulas lanjut mengenai individu tersebut.

Mungkin untuk mengaburi mata rakyat dan tidak mahu hubungan bekas pegawai NFC dengan DAP, dipercayai bahawa parti pembangkang itu telah menyerahkan maklumat tersebut kepada PKR untuk dikontroversikan di kalangang rakyat umum.

Mematahkan hujah Farizi, Izmir menegaskan bahawa di bawah ‘Memorandum dan Artikel Syarikat Malaysia’, difahamkan bahawa ahli lembaga pengarah syarikat berhak untuk melakukan keputusan untuk membuat apa-apa pelaburan yang menguntungkan syarikat tersebut.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, ahli-ahli lembaga pengarah NFC telah memutuskan untuk membeli dua unit kondominium tersebut sebagai pelaburan memandangkan syarikat itu mempunyai lebihan dana yang tersimpan ‘beku’ dan wajar ‘dicairkan’ untuk meraih keuntungan.

Harga bagi seunit kondominium itu berharga RM6.8 juta selepas diskaun dan bukanlah berharga RM9.8 sebagaimana yang ditohmah Rafizi sebelum ini.

Hasil dari pembelian kedua unit kondo itu, NFC telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM3.12 juta, iaitu 22.6 peratus dalam tempah setahun, berbanding 2.75 peratus sahaja jika ‘dibekukan’ di dalam simpanan tetap bank.

Selain itu, pelaburan tersebut dilakukan atas nama syarikat dan bukannya atas nama individu tertentu.

Anehnya, pelaburan bijak yang sah disudut perundangan seumpama ini juga sering dilakukan oleh syarikat-syarikat besar lain, namun tidak pula dipersoal atau dijadikan isu kontroversi oleh para pemimpin pembangkang.

Jadi, apa motif pihak pembangkang meng’kontroversi’kan isu yang tidak sepatutnya menjadi isu ini selain kepentingan politik dan memburuk-burukkan imej pihak tertentu?

Dipercayai, usaha-usaha keji ini cuba dibuat untuk memburukkan imej Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan dasar kerajaan yang mahu meningkatkan pelaburan sosio-ekonomi di kalangan Bumiputera di negara ini.

Malangnya, dakwaan tidak berasas yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang ini mampu mempengaruhi segelintir rakyat yang berjaya dimanipulasi minda mereka dan mereka enggan menerima apa jua penjelasan yang diberikan meskipun diberikan fakta-fakta kukuh berhubung isu ini.

Penulis khuatir dengan budaya ‘mempercayai dakwaan tidak berasas’ ini yang semakin popular di kalangan pemimpin pembangkang akan menjejaskan daya intelektual rakyat negara ini dan memperbodohkan pemikiran rakyat dari fakta yang sebenar.

Saya yakin bahawa usaha puak-puak pembangkang ini juga adalah bersumberkan arahan dari DAP yang tidak mahu monopoli pasaran daging di negara ini dipecahkan oleh usahawan bumiputera, khususnya dari bangsa Melayu sendiri. Sikap chauvinis ultra kiasu puak-puak DAP kini telah berjaya meresapi PKR dan PAS secara umumnya menjadikan mereka ini lebih teruk akalnya dari lembu-lembu di NFC.

Entah sampai bila perkara ini akan terus dimainkan dan mungkin hanya akan berhenti setelah pihak pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, mungkin?

Sumber: MYKMU-NFC: Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part II

Ulamak UMNO atau Ulamak Asha’irah Kafirkan Nik Aziz?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on November 25, 2011 by maharajazhou

Penulis baru-baru ini terjumpa cabaran dan “sindiran” dari agamawan-agamawan pro-PAS (ataupun sebahagian sudah bebai’ah dengan PAS pun) yang terdiri dari golongan Asha’irah dan Tajdid (sekepala dengan Dr Mohd Asri) dalam portal al-ahkam.net. Ini berikutan video klip seorang guru pondok mengkafirkan Nik aziz tentang isu Allah Istawa di atas Arsy:

Nik Aziz sebelum ini pun telah menjawab dan menjelaskan isu ini seperti dalam aqidah ahlus salaf yang lain dan meminta golongan yang tidak bersetuju dengannya supaya datang bertemu dengannya:

Dari bab aqidah, kami di Maharaja Zhou tidak ada masalah dengan Nik Aziz mahupun Haji Hadi. Kami cuma bermasalah dengan Nik Aziz dari politik mengikut apa yang diturunkan oleh Allah, yang disabdakan oleh Rasul, yang diamalkan oleh para sahabah, para tabi’in, ittaba’ tabi’in dan ulamak-ulamak besar Ahli Sunnah wal Jamaah. Islam ini perlu diamalkan secara keseluruhan bukan suku-suku, aqidah mesti Islam, politik mesti Islam, dan hukum juga mesti Islam dan bukan pula di ambang kuasa tiba-tiba tidak wujud negara Islam ataupun ayat tentang hudud cuma 0.05% sahaja.

Isu ini seolah-olah diletakkan di atas bahu ILMU ataupun Ulamak Muda UMNO. Isu ini adalah sebahagian dari masalah besar umat yang diperjuangkan oleh ulamak-ulamak salaf zaman-berzaman. Adakah al-ahkam.net telah membetulkan isu Allah Istawa atas Arsy di kalangan umat? Adakah jawapan al-ahkam.net sama seperti Nik Aziz ataupun guru pondok tersebut? Bolehkah al-ahkam beritahu dua-duanya betul? Ataupun salah satunya salah.

Guru pondok tersebut tidak berminat soal UMNO atau PAS. Jika DS Najib beritahu Allah sila lendik atas Arsy, maka guru pondok itu akan kafirkan UMNO pula. Kebetulan Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS. Jika ditanya Guru Pondok itu tentang Fathul Bari dan kawan-kawannya, maka UMNO pulalah yang kafir, yang tidak kafirnya adalah PAS.

Isu ini adalah isu antara fahaman pondok dan fahaman salaf ataupun mereka yang terpengaruh dengan aliran salaf (seperti Nik Aziz yang ambil suku-suku). Bukan isu Ulamak UMNO kafirkan Nik Aziz.

Cumanya, guru pondok tersebut lebih ikhlas dan jujur dalam ilmunya berbanding dengan seorang lagi yang sefaham dengannya:

Lihat terutamanya 10.00 minit ke atas.

Jika begitu, tidaklah Wahabi Ust Rasul, Ust Fathul Bari dan sebagainya, sebab jawapannya sama sahaja dalam bab aqidah dengan Nik Aziz.

 

 

Salah UMNO Lagi…

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , on November 24, 2011 by maharajazhou

Kelantan telah diperintah oleh PAS sejak 21 tahun lepas. Kita tahu tidak semua perkara kerajaan tidak kira pusat ataupun negeri boleh selesaikan. Tetapi, di sebuah negeri yang diperintah oleh “Tuan Guru” harap-harapnya tidaklah apabila gagal dalam membanteras maksiat, alasan yang diberikan adalah: Ini salah UMNO.

UMNO sudah tidak memerintah sejak tahun 1990. Sudah 21 tahun, mungkin orang boleh menerima Kelantan tidak membangun fizikalnya tetapi jikalau spiritualnya yang merupakan slogan yang selalu dicanang-canangkan maka kepimpinan tersebut perlu memikirkan apakah faktor yang menggagalkan usaha untuk mencapai KPI tersebut?

Kadangkala, kita menuduh sekian negara itu kurang Islamik ataupun kurang tarbiyyah apabila rakyat negara itu hanya berpurdah di negaranya tetapi melondehkan auratnya sebaik sahaja kapal berada di perairan antarabangsa. Dan menolak negara sekian-sekian sebagai sebuah negara Islam yang syumul di usrah-usrah dan tamrin-tamrin kerana perlakuan rakyatnya. Jadi, adakah ini keadaan di Kelantan ini merupakan model negara Islam..oops..minta maaf..negara berkebajikan yang PAS hendak tubuhkan?

Apa pun, bukanlah masa kita menuding itu dan ini, tetapi sebagai muhasabah kepada Tuan Guru dan Pas Kelantan bahawa realiti pemerintahan bukanlah semudah kertas kerja usrah dan tamrin. Sepenggal mungkin orang boleh terima tetapi 21 tahun, bak kata Tun…Dah lama Daah….

Azhar Idrus Sesatkan Nik Aziz dan Haji Hadi??

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , on November 23, 2011 by maharajazhou

Azhar Idrus kate sokong sekular tu sesat. Jumhur ulamok kate sesat. kalau gitu, sokong Anwar Berahing pung sesat jugok gitu dok? Anwar Berahing tu tak ke sekular? Jadi, Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi tu pung sesat jugok. Kalau Anwar Berahing dok sesat, lamo doh die masuk PAS mase kene pecat, tapi dia buat Keadilang samo dengang bini die gabung dengan puok-puok sekular, puok adik kominih, puok-puok ABING yg Ustad dok lawang dulu-dulu..

Nanti jadi PM bukang Ayoh Chik tapi Nuar Berahing.. angkat pemimping sekuler..Ayoh Chik, Nik Aziz puok-puok PAS belake.. jadi sesat belake puok-puok PAS..dok gitu?

Mempertahankan Islam Adalah Suatu Kewajipan-PM Dr Ridhuan Tee Abdullah

Posted in Politik Nasional with tags , , , on November 23, 2011 by maharajazhou

Secara peribadi dan prinsipnya, saya memang tidak pernah takut jika ada agama lain,terutamanya Kristian, mahu mendakyahkan agama mereka kepada saya. Kita lihat nanti, siapa yang akan bersunat! Saya kenal diri saya dan saya bersedia. Persoalannya, kenapa saya menentang dakwah Kristian orang Islam (Melayu) di Malaysia ini? Jawapannya, orang Melayu Islam dilindungi oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Inilah peruntukan perlembagaan yang tidak ada di negara Islam lain di dunia, kecuali Malaysia. Sepatutnya orang Melayu Islam perlu merasa bersyukur di atas perlindungan ini dan sedaya upaya mempertahankannya daripada diperkosa oleh tangan-tangan jahat yang sentiasa mahu mengambil peluang atas kelemahan yang berlaku hari ini.

Tahniah saya ucapkan kepada Hasan Ali terhadap pendedahan ini. Kalau tidak didedahkanpun, saya sudah masak dengan taktik dan strategi licik mereka, kerana saya pernah bersama mereka sebelum Islam. Yang peliknya, orang barat yang asal Kristianpun, tidaklah terlalu obsess untuk mendakyah agama mereka, tetapi ultra kiasu putih celup ini begitu bersungguh-sungguh melakukan ke atas orang Melayu Islam, yang begitu jelas bertentangan dengan perlembagaan. Sudah tentu kita sudah dapat membaca makna yang tersurat dan tersirat. Di tempat saya bekerjapun tidak kurang hebatnya.

Untuk makluman, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam. Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain. Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi. Dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka. Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam. Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA. Menterjemahkan Injil ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Saya amat mengharapkan umat Islam akan bersatu dengan pendedahan ini bukannya dengan mengutuk atau menyalah Hassan Ali atau mungkin Umno. Langkah JAIS untuk memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan murtad hendak disokong oleh semua umat Islam dan negeri-negeri dalam persekutuan. Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

PAS tidak perlu takut kepada ultra kiasu dalam hal ini, termasuk jika bukan Islam menggugut tidak mengundinya gara-gara pendedahan Hassan Ali. Jangan biarlah Hassan Ali terkonteng-konteng seorang diri menghadapinya. Niat Hasan Ali amat murni. Cubalah fahami beliau. Umnopun begitu, sokonglah Hassan Ali tanpa berbelah bahagi walaupun berlainan topi. Dalam PAS pun Hassan Ali sudah dipinggirkan.

Saya ingatkan PAS, jangan terlalu berharap atau terlalu bergantung harapan kepada ultra kiasu. Orang yang berada di atas pagar dan simpati dengan PAS akan lari. Seperti yang saya katakan, PAS perlu meletakkan lebih kepercayaan saudara sebangsa seagama, daripada bukan saudara, tidak sebangsa, tidak seagama. Sampai bila-bilapun ultra kiasu tidak boleh dipercayai, kecuali mereka yang sedar diri dan lembut dengan Islam.

Selama inipun, saya yakin, tidak ramai ultra kiasu yang mengundi PAS. PAS banyak mendapat undi protes daripada orang UMNO sendiri dan Melayu yang lain. Ultra kiasu, termasuk juga PKR memang tidak pernah selesa dengan PAS, apatah lagi dengan konsep negara Islam dan undang-undang hudud yang diperjuangkan. Ramai orang Umno yang saya kenali yang mahukan Islam.

Kita perlu ingat terdapat dua orang andartu dan beberapa yang lain yang memegang jawatan exco negeri Selangor dan Pulau Pinang amat kuat mempropagandakan ajaran Kristian kepada orang Melayu Islam. Saya amat hairan kenapa PKR masih lagi membutakan mata. Dek kerana kuasa, mereka sanggup bersekongkol dan tidak mampu untuk menegur sekalipun. Saya juga ingin melihat orang bergelar ‘pakar perlembagaan’ seperti Profesor Aziz Bari pun akan tampil memberikan pandangan dari sudut undang-undang. Janganlah kerana terlalu baik dengan ultra kiasu maka kita membisu. Hairan juga saya, bila ultra kiasu meminta pandangan, terus menjawab tanpa segan silu. Namum, tiba kepentingan Islam dicarik dan dirobek, ramai yang masih membisu kerana mahu menjaga hati dan kuasa.

Ultra kiasu dan pihak Kristian hari ini sudah menjadi semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan UiTM, USIM, UIA, MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan, seolah-olah berlaku dasar apartheid. Sila baca artikel terbaharu ‘Profesor’ Khoo Kay Peng yang dihantar oleh ultra kiasu kepada saya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem peperiksaan yang kendalikan.

Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan STPM, manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoritinya adalah juga orang Melayu dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di IPTA atau IPTS. Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu? Lemah sangat pemikiran ‘profesor’ tersebut.

Kenapa Kay Peng tidak menyebut langsung kewujudan universiti merdeka seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus. Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti untuk subjek-subjek kritikal dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, sedangkan ia merupakan ‘hak’ mereka selaku peribumi?

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan. Adakah hujah bodoh ini wajar diketengahkan sebagai seorang yang bergelar profesor?

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis? Sila jawab profesor?

Persoalan GLC, perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas? Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan.

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan Kristian untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah Melayu, begitulah sebaliknya. Justeru, ancaman terhadap Islam, wajar diperangi kerana kesannya akan melenyapkan sistem kenegaraan Melayu yang berteraskan Islam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Dipetik dari: Ancaman terhadap Islam wajar diperangi

Tahniah Malaysia.. Emas Bola Sepak Sukan Sea, Malaysia Yang Punya!!!

Posted in Politik Mahasiswa on November 22, 2011 by maharajazhou

Malaysia akhirnya juara..emas Sukan SEA dalam acara bolasepak.. akhirnya Malaysia yang punya.. !! Syabas!