Archive for Ahmad Jailani

Murtad Berleluasa Bila PAS Memerintah 2

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , , , , , , , on September 14, 2011 by maharajazhou

Penulis pernah menulis suatu artikel tentang berleluasanya murtad jikalau PAS memerintah sekitar Mei 2008. Telahan penulis adalah benar, Ogos 2011, hampir 3 tahun 3 bulan, ia menjadi kenyataan.

Dahulu, kita dikejutkan dengan permohonan seorang wanita bernama Fatimah Tan untuk murtad. Dan menyedihkan, peguam bela bagi kes berkenaan adalah seorang peguam syarie Ahmad Jailani Abdul Ghani. Dia merupakan salah seorang penceramah PAS dan pernah berceramah di dalam Forum Kemerdekaan Tahun 2006. Ketika keputusan menyebelahi kedua-dua makhluk ini, Ahmad Jailani ini tidak terbit langsung perasaan sesal ataupun sedih tetapi, bangga dan tersenyum lebar akan kejayaannya.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Sekarang ini, sekali lagi isu murtad kembali. Namun, respons dan tindak balas PAS sama sepertimana ketika berlakunya kes murtad Fatimah Tan. Boleh dikatakan PAS menjadi syaitan bisu dalam hal ini. Tiada demonstrasi dari pihak Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) yang merupakan aparat PAS di kampus-kampus. Sebenarnya, Gereja DUMC tidak jauh lokasinya dari Universiti Malaya.

Gereja DUMC tidak jauh dari Universiti Malaya. Apa PMIUM buat? Tidor?

Tiada apa yang dilakukan oleh bekas-bekas pimpinan PMIUM di Parlimen seperti Mohd Nasir Zakaria, MP Padang Terap dan Muhammad Hussin,MP Pasir Putih. Apakah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki tidak memberikan nasihat kepada anak-anak buahnya semasa Kuliah Ilmu atau semasa tamrin untuk bertindak?

Jadi melihatkan kes Fatimah Tan, adakah satu hari nanti bisnes murtad akan menjadi-jadi? Adakah satu hari nanti peguam syari’e parti PAS yang korup mengambil laba dari “exit fees” (yuran keluar Islam) bagi sesiapa yang mahu murtad sebagai bisnes yang menguntungkan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

Umat Islam yang bijak tidak akan mengundi Pakatan untuk keselamatan aqidah anak cucu mereka!

Murtad Berleluasa Apabila PAS Memerintah?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , on February 2, 2009 by maharajazhou

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

Baginda (Nabi Isa) akan mematahkan salib dan membunuh babi dan menghapuskan jizyah…(Sahih Bukhari)

Begitulah kerja Nabi Isa apabila turun di akhir zaman nanti. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi dan tidak lagi mengambil jizyah. Inilah keberkatan pemerintahan Islam yang sebenar di akhir zaman.

Berbeza dengan PAS,apabila memerintah, semakin banyak babi diternak dan penulis mendapati PAS tidak akan menghalang orang dari murtad jika memerintah.Ini berbeza dengan rahmat yang bakal diperolehi umat apabila Nabi isa turun nanti.

Penulis mendapat ilham untuk menulis ini berdasarkan perdebatan yang berlaku di dalam shoutbox blog penulis tentang kes Siti Fatimah dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan kes itu adalah pertama kali di negara kita.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Fatimah Tan murtad hasil dari pertolongan seorang peguam syarie yang menjadi penceramah PAS di Pulau Pinang.

Didedahkan oleh saudara Azrinizam Ibrahim dan penulis sendiri tentang sikap PAS membisu apabila Siti Fatimah murtad. Kes ini heboh sekejap di forum-forum pembangkang tetapi senyap tidak terkata selepas itu kerana PAS ada udang di sebalik batu.

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana peguamnya, Ahmad Jailani Abdul Ghani adalah penceramah PAS dan pernah berceramah di dalam Forum Kemerdekaan Tahun 2006.Malah ketika heboh kes murtad ini,pihak Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang mengiklankan dan mengiktiraf ceramah menyokong tindakan Ahmad Jailani membantu Fatimah untuk murtad.

Malahan, ceramah menyokong Fatimah untuk murtad diiktiraf sebagai aktiviti Pakatan Rakyat di Utara negara dalam link ini.

Penulis melihat peguamnya yang juga penceramah PAS di bahagian utara ini bukannya menyesal ataupun sedih apabila seorang yang secara undang-undangnya masih Islam (sebelum keputusan mahkamah) itu diisytiharkan bukan lagi Islam.Tetapi, bangga dan tersenyum lebar akan kejayaannya.

Walaupun perkara ini berbulan lamanya berlaku, tetapi oleh kerana tiada pendedahan meluas di kalangan pejuang cyber dan bloggers UMNO, maka kes ini tidak digunakan untuk mendedahkan sikap PAS yang sebenar dan apabila muncul sahaja isu murtad,PAS pandai menunjuk hero.

Oleh itu, sikap PAS yang sebenarnya dalam hal murtad atau riddah ini hanyalah hipokrasi semata-mata.Mereka hanya menggunakan isu murtad ini hanya untuk populariti dan undi semata-mata untuk mengabui pencinta agama di bumi Malaysia.

Kenapa Isu Siti Fatimah Murtad Tidak Diperbesar-perbesarkan PAS?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , on January 28, 2009 by maharajazhou

Sikap skeptik penulis terhadap peguam syari’e sangat mendalam. Penulis selalu menyindir mereka sebagai golongan yang mencari makan dengan cara halal tetapi Tuhan amat murka. Kerana perkara yang Tuhan paling marah tetapi halal itu adalah talak. Oleh itu, rezeki yang dicari dengan menggalakkan talak untuk mendapat komisyen “25%” adalah amat dimurkai oleh Tuhan tetapi halal. Barangkali, mereka berjaya seperti Tuan Sadiq Segaraga dan penasihatnya menjual Abd Wahab dan Abd Wahib. Tetapi, nescaya kedudukan mereka tidak ubah seperti Tuan Penasihat Tuan Sadiq Segaraga yang akan dilelong di akhirat kelak.

Dikatakan juga bahawa orang yang bercerai seolah-oleh seperti menggoncang arasy Allah. Bergegar Arasy Allah itu setiap kali ada perceraian. Mungkin juga ramai anak-anak muda yang berada di sekolah agama dipromosikan dengan kerjaya sebagai peguam syari’e terutama sekali tentang wang yang mampu dijana. Tetapi, mungkin mereka tidak sangka bahawa menjadi peguam syari’e adalah kerjaya yang paling “berkuasa” di dunia. Presiden Amerika pun tidak mampu menggoncang arasy tetapi orang yang membantu cerai-berai ini ada saham menggoyang-goyangkan arasy Allah.

Namun, ada juga yang terlajak. Jika kita melihat impilkasi cerai-berai pun sudah sampai menggoncang Arasy tetapi apahal pula dengan membantu orang menjadi murtad. Penulis agak lewat memberi komen dan dari satu segi baik tidak memberi sebarang komen. Ini kerana Mahkamah sudah menjatuhkan hukum, maka tiadalah wajar bagi penulis menjadi lebih sudu dari kuah.

Cumanya, aparat-aparat PAS bersuara sementara, namun terus tenggelam punca. Sekali sahaja laman mahasiswa pembangkang memberi komen, tetapi selepas itu bungkam tiada kata. Oleh itu, apa puncanya PAS diam dan tiada kata?

Sebelum ini, ahli Jemaah Islam Kampus yang belum merdeka dari PAS bising ke sana ke mari tentang murtad. Apa khabar agaknya Hanif Baderun? Dahulunya, Hanif telah dicabar penulis tentang iltizam beliau tentang murtad. Nampaknya, Hanif panas-panas kuih tart semata-mata.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Maka, didedahkan oleh saudara Azrinizam Ibrahim bahawa peguam Fatimah adalah seorang penceramah bebas dari parti tertentu. Kita tidak tahu berapa nombor keahlian peguam si Fatimah itu dalam partai tertentu tersebut, tetapi yang nyata sang peguam itu pernah menjadi penceramah bagi program Kemerdekaan tahun 2006 anjuran PAS Bukit Bendera. Oleh itu, isu ini tidak digembar-gemburkan oleh PAS. Ditalanya pula Islam Hadhari untuk menyorokkan bangkai gajah ini.Syahdan, berceramahlah si penggoncang arasy ini pada 13 Mei yang lalu di Surau Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, Bukit Mertajam tentang perkara ini.

Arakian, sukalah penulis bertanya, apakah halal wang yang didapatinya dari Fatimah itu dari hal membela orang yang ingin murtad? Jikalau dahulu, orang berkata bagaimana orang yang meluluskan lesen judi, arak dan sebagainya, jadi bagaimana pula dengan orang yang terlibat terang-terangan bersubahat tentang kes murtad Fatimah ini?

Namun sang peguam syari’e sepatutnya mengambil iktibar peguam-peguam kes Natrah di Singapura. Mereka mempertahankan keIslaman Natrah hatta sampai ke akhirnya. Mana perginya gah cerita Sultan Abdul Hamid, Sultan Uthmaniyyah terakhir yang menjadi cerita wajib bagi mereka yang mengikuti gerakan Islam? Tidak akan dijual seinci pun tanah Palestin kepada Yahudi kerana kemuliaan Bani Uthman mempertahankan bumi Muslimin. Murahlah sangat harga peguam syari’e ini untuk mengambil kes Fatimah ini berbanding dengan nilai berdakwah dan memasukkan orang kepada Islam, kerja tradisi para Rasul dari dahulu sehinggalah junjungan besar kita.

Namun, penceramah PAS ini tidak bersemangat demikian untuk menjaga Islam. Senyuman terukir atas kemenangannya dalam kes yang pertama seumpamanya di Malaysia. Maka, tidak hairanlah PAS senyap sahaja. Apakah murtad tidak lagi menjadi agenda? Adakah Karpal Singh lebih kabir dari Allah Tuhan Karpal Singh sehingga PAS menikus?

Maka, itulah ceritera tentang kesungguhan PAS dalam memperjuangkan isu murtad. Oleh itu, janganlah diharapkan kepada PAS untuk memperjuangkan isu ini lagi melainkan untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihanraya. Iltizam mereka dalam memperjuangkan murtad, sekejap ada, dan sekejap tiada, tiada lebih seperti kuih tart sahaja.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.