Archive for Anwar Ibrahim

Ada Apa Bila Bapa Saiful Bukhari “Main Belakang”?

Posted in Politik Nasional with tags , , , on March 8, 2013 by maharajazhou

Penulis dihubungi oleh rakan tentang “turn-over” bapa Saiful Bukhari, Azlan seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini  sebagai “telah memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.”

Bagi penyokong pembangkang, episod mohon maaf ini sudah tentunya akan dan sedang dirayakan dengan meriah sekali.

Habislah Saiful Bukhari kali ini. Dah sudah tentulah habis BN kali ini juga. Semua ini adalah fitnah. Malah ayat “power” Encik Azlan ini tentu menyegarkan wajah Brother Anwar Bin Ibrahim seceria-cerianya:

“Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya  semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.”

Rakyat mudah lupa, memang itulah faktanya. Kena ada  pengorek-pengorek maklumat untuk dedahkan segala-galanya.

Satu fakta yang mesti kita ingat, Saiful Bukhari dijaga oleh ibunya selepas perceraian Azlan dengan ibunya sejak Saiful Bukhari berusia 7 tahun. Dan selepas ibunya meninggal, Uncle Pet telah diamanahkan untuk menjaga Saiful.

Oleh itu, kita tidak hairan bahawa Azlan boleh berpaling tadah dengan tiba-tibanya. Jika Uncle Pet yang berubah, ini sudah lain cerita.

Kita nasihatkan kepada Encik Azlan, cukup-cukuplah masa yang lepas terbuang dalam mencurahkan kasih-sayang kepada Saiful. Jagalah Saiful sebaik-baiknya, kerana bukan amalan Anwar Ibrahim yang bakal sampai kepada anda bila anda mati nanti!

Di masa yang sama kita harus ucapkan tahniah dan syabas Saiful kerana terus istiqamah!!Lawan tetap lawan!!!

Sayabas Saiful kerana terus beristiqamah untuk mencari keadilan untuk dirinya yang dizalimi.

Advertisements

Hoogland Diperbodohkan: Bukti Video Anwar Sujud & Ruku’!

Posted in Politik Nasional with tags , , on October 18, 2011 by maharajazhou

“Apabila kita mengambil kira aktiviti seksual, ia adalah agak mustahil untuk Anwar melakukan pergerakan membongkok ke hadapan atau kebelakang akan menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan beliau,” kata Hoogland semasa disoal peguam S. N Nair.

Hoogland: Saya melihat seorang lelaki seperti Anwar boleh membongkokkan badan. Tetapi saya tidak pernah mengatakan Anwar tidak boleh berbuat demikian, saya hanya memberitahu Anwar akan mengalami rasa sakit jika beliau membongkok dan perlu melakukan perbuatan itu dengan kadar yang perlahan.(klik sini)

Hoogland kata Anwar kena bongkok pelan-pelan.. relaks saja Anwar ruku’ dan sujud dalam video yang dirakamkan sendiri oleh kelab pemuja dan penyembah Anwar sendiri…ternyata, Dr Thomas Hoogland diperbodohkan oleh Anwar..

Najwan Halimi:Teman Rapat atau Musuh Ketat?

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , on October 13, 2011 by maharajazhou

Senyuman Najwan menunjukkan bahawa kepuasan dalam dirinya mencemar maruah Saiful Bukhari. Saiful barangkali mempunyai kesalahan, namun, adakah berkat hasil dendam kepada “rakan”nya itu di akhir kalam nanti?

 

Dendam kesumat Najwan Halimi terhadap Saiful Bukhari memang terbuku. Hairan sekali bagaimana pihak pembelaan boleh menjemput Najwan Halimi sebagai “saksi misteri”. Mungkinkah kedudukan Najwan sebagai “teman rapat” boleh menjadi keterangan hebat menentang pihak pendakwaan?

Kita harus lihat, bagaimana dendam Najwan memang terbuku terhadap Saiful. Kebencian Najwan terhadap Saiful boleh dilihat kepada 3 artikel yang ditulis dalam blognya (klik sini, sini dan sini).

Semuanya berpunca daripada “kebolehan” Saiful untuk membantu serta mendekati Anwar Ibrahim. Najwan bimbang jikalau Saiful yang dikatakan membenci Anwar menjadi pewaris Diari Merah Anwar. Puak-puak Anwar Ibrahim Club (AIC) tidak menyangka bahawa pilihanraya 2008 bakal mendatangkan kemenangan kepada Pakatan selepas teruk diganyang dalam pilihanraya umum 2004. Berikut adalah kenyataan Saiful membalas fitnah jahat Najwan terhadapnya dalam blog:

Assalammualaikum..

Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju..

Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya.. Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik.

Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG. Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya.

Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi
semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja.

Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman.

 Saiful bukhari–Mac 13, 2008 3:35 AM(klik sini)

PKR tidak mempunyai pekerja. AIC yang “gah” itu tidak pula membantu PKR seperti yang diharapkan. Ketika itu, Saiful yang diragui “fikrah”nya menjadi pembantu yang berguna kepada DSAI.

Lihatlah, artikel yang ditulis oleh Najwan pertama sekali tentang musang berbulu ayam ini hanya timbul selepas 3 hari PRU 2008. Dan Saiful pula menjawab 2 hari selepas serangan ini dilakukan.

Kenapa terjadi perkara ini, tidak lain dan tidak bukan kerana Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti Barisan Nasional, pertama kali dalam sejarah Malaysia Moden. Jikalau Pakatan kalah, sudah tentu tidak ada yang sibuk untuk menuntut laba ini.

Rahimi Osman yang dikatakan pemilik Diari Merah ini mengakui sumbangan Saiful dan mengetawakan sahaja hasad dengki Najwan dan kawan-kawannya:

Dah dah.. jangan bergaduh.
Kalah gaduh nak menang pun gaduh..

Semua,
Sdr Saiful memang banyak membantu saya dan DSAI sepanjang kempen pilihanraya lepas. DSAI dengan jujurnya pun amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Sdr Saiful. Termasuk juga staf-staf yang berkhidmat di pejabat DSAI.

Ramai yang minta untuk kerja di pejabat ini, banyak resume yang diterima membuat kami tertawa terbahak bahak… bukan kerana kelayakan, tapi dahulu semua ntah kemana sekarang semua nak kerja di pejabat DSAI!

Rahimi Osman–Mac 13, 2008 2:57 PM(klik sini)

Oleh itu, tidak hairanlah dari satu segi kenapa pejabat Anwar mengiktiraf jasa Saiful. Najwan Halimi cuma dapat memanjat pejabat Anwar setelah melakukan serangan peribadi terhadap Saiful. Dendam kesumat ini tidak akan membawa ke mana.

Yang pasti sikap “busuk perut” ini bakal memakan tuannya!

 

Hudud: Karpal Berdehem Pada Anwar!! Malaysiakini Tak Report!

Posted in Politik Nasional with tags , , , on September 23, 2011 by maharajazhou

Nik Aziz main kad hudud dua-tiga hari ini.

Sokongan orang Melayu kepada PAS menjunam kebelakangan ini, sehinggakan Pemuda PAS terpaksa main isu murahan seperti Hantu Bonceng.

Tidak dilaporkan dalam portal-portal berita termasuklah Harakah dan Malaysiakini bahawa Karpal Singh telah memberikan isyarat maut kepada Anwar dan juga PAS.

The Star walaupun dimiliki MCA tetapi ranking kepercayaan penyokong pembangkang boleh dikatakan bertaraf  sahih dan mutawatir.

Berikut adalah terjemahan petikan dari The Star berhubung dengan Karpal Singh (kilik sini):

“Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terkejut dengan pendirian Anwar untuk menyokong Hukum Hudud berkata: “Hukuman untuk kesalahan(hudud) adalah 100 kali sebatan untuk persetubuhan pasangan yang belum berkahwin, rejam sehingga mati untuk zina (bagi yang berkahwin), potong tangan bagi kes curi, hukuman mati bagi murtad, 40 kali sebatan untuk meminum arak, 80 kali sebatan untuk tuduhan palsu bagi kesalahan zina (qazaf), dan hukuman maut dengan pancung ataupun disalib untuk rompakan”.

Karpal juga berkata kebimbangan di kalangan orang bukan Islam tentang perlaksanaan hukum hudud sebagai langkah ke hadapan kepada penubuhan negara Islam adalah wajar.

Tambahnya lagi perlaksanaan hukum hudud juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Karpal juga berkata usaha menghidupkan isu hudud bertentangan dengan resolusi PAS pada muktamar yang lepas yang hanya mahukan negara kebajikan.”

Sehubungan dengan ini, PAS perlu menyatakan pendirian mereka terhadap hubungan mereka dengan DAP. Yang pasti Hudud tidak akan dilaksanakan jika Pakatan berkuasa.

Lagi Bukti Air Mani Anwar Boleh Bertahan 113 Jam!

Posted in Politik Nasional with tags , , on September 21, 2011 by maharajazhou

Penulis ingin memberikan kredit kepada Mr Crab kerana membuat satu posting di artikel bertajuk ‘Air Mani Mampu Bertahan 113 Jam – Peguam Bela Anwar Terkejut Kenyataan Dr McDonald’ di anwaraidc.com. Berikut adalah informasi dari Mr Crab:

Mr Crab says:
September 20, 2011 at 5:05 pm

betul tu, cuba semak d http://www.cacnews.org/events/studygroup/DNA_Bibliography_090309.pdf.

Fail pdf tersebut merupakan satu senarai tentang sejauh mana air mani boleh bertahan di mulut, serviks, vagina, rektum dan anus iaitu bahagian anatomi manusia yang terlibat dengan kes pencabulan dan rogol. Senarai ini diambil dan dirujuk kepada 17 buah jurnal berwasit dan berimpak faktor dalam bidang forensik.

17 jurnal dirujuk oleh Persatuan Kriminalis California untuk jadual berapa lama sperma boleh bertahan dari masa mangsa serangan seks

Persatuan Kriminalis California( The California Association of Criminalists [CAC]) telah ditubuhkan pada tahun 1954. dan merupakan sebuah persatuan professional seperti juga Institute Engineers Malaysia(IEM). dan merupakan persatuan sains forensik tertua di Amerika Syarikat. Keahliannya bukan sahaja terhad kepada California tetapi juga diluaskan ke suluruh Amerika Syarikat dan Eropah. Ahlinya terdiri daripada pakar foresnik, pemeriksa dokumen, pakar kajian serum, pakar toksik, ahli kimia, ahli biologi molekular, pakar senjata api, dan lain-lain lagi. Mereka juga bertanggungjawab untuk hadir ke mahkamah dan memberikan persaksian kepada kes-kes mahkamah yang melibatkan juga kes-kes seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.(klik sini)

Oleh itu, tidak ada sebab untuk Dr Mc Donalds boleh menafikan bahawa sperma memang boleh bertahan selama 113 jam dan ini dipersetujui oleh CAC sendiri. Alasan bahawa rujukan dalam bahasa Siam ini tidak boleh diterima:

“Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand),” katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.(klik sini)

Kita harus ingat bahawa kajian-kajian ini adalah merupakan kajian yang telah disahkan oleh pakar dalam bidang Forensik.

Kesimpulannya, kita janganlah menjadi seperti sebuah parti yang kononnya mempunyai Pusat Penyelidikan tetapi hanya mampu menggunakan kajian ilmiah oleh mahasiswa tahun akhir sebagai hujah utama bukannya kajian yang ditelah di”peer review” oleh pakar dalam bidang tersebut!

Malang sekali, jika negara kita ditadbir oleh partai sedemikian!

 

Sperma Anwar:Rujukan Saintifik-Sperma Boleh Bertahan Selama 144 Jam

Posted in Politik Nasional with tags , on September 20, 2011 by maharajazhou

Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka – pakar DNA dari Australia – Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk ‘Sexual Assault and Semen Persistence’ yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof:
Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

~Air mani di dubur mampu bertahan hingga 113 jam~

Menurut Malaysiakini:

“Dalam artikel pada tahun 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun menjadi pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.”

Sebenarnya, kita tidak memerlukan rujukan dalam bahasa Siam semata-mata, seolah-olah tiada negara maju yang pakar dalam kajian air mani. Banyak jurnal forensik dalam Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan kajian seumpama ini. Bidang forensik terutamanya berkaitan dengan kes rogol cuba menyelesaikan masalah  mangsa teraniaya seperti Mohd Saiful Bukhari.

Penulis telah membuat beberapa rujukan daripada jurnal Forensik tentang hal berapa lama air mani  boleh bertahan selepas berlakukanya persetubuhan. Dalam persoalan ini, ramai yang keliru sebenarnya antara wujud air mani dengan kesuburan air mani untuk mensenyawakan ovum. Kerana kekeliruan inilah, ramai yang menyangka bahawa sperma hanya boleh “wujud” kurang dari 48 jam.  (klik sini)

Air mani boleh wujud dan dikesan oleh teknik forensik lebih lama dari jangka subur sperma untuk tujuan  persenyawaan. Salah satu rujukan penulis menggunakan kaedah pengesanan “prostatic acid phosphatase” dan juga kaedah zink bagi tujuan forensik.(1)

Menurut kertas kerja tersebut, kaedah pertama mampu mengesan sperma dalam tempoh  106 jam dengan kadar spesifik dan kesensitivitian yang  tinggi. Kaedah kedua mampu mengesan air mani lebih “tua” tetapi ketepatannya lebihrendah.

Kertas kerja yang disebut oleh Malaysiakini yang ditulis Willot GM dan Allard JE menyatakan bahawa sperma boleh wujud sehingga 144 jam selepas hubungan seks.(2)

Oleh itu, jika ada pihak yang cuba mempertikaikan kewujudan air mani pihak tertuduh di dalam dubur secara saintifik, maka ia adalah kurang bijak. Hanya spin ahli politik biasa boleh mengaburi rakyat marhain yang tidak berdosa.

Tetapi, “dia” merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang..,

1. Allery JP , Norbert Telmon N, Blanc A, Mieusset R,  Rougé D. Rapid detection of sperm: comparison of two methods.J Clin Forensic Med  2003: 10:5-7.

2.Willott GM, Allard JE. Spermatozoa: their persistence after sexual intercourse. Forensic Scince   Int 1982;19:135–54.

Sudahla Abg Anwar..Sudahla..

Posted in Politik Nasional with tags on September 19, 2011 by maharajazhou

Penulis tidak berniat untuk menyiarkan video-video yang mengaibkan Anwar Ibrahim. Berkatalah Ustaz Fathul Bari bahawa tidak kiralah apa parti pun, cerita-cerita seperti ini tidaklah patut disebar-sebar. Inilah pendirian orang yang benar-benar berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. PAS, UMNO, PKR, KITA hatta DAP hukumnya tetap sama.

Bukan falsafah sesetengah jamaah, halal untuk aku, haram untuk kamu. Tuduhan malahan tuduhan palsu ataupun bertaraf sangkaan boleh menjadi hujah dan dalil qat’ie, tetapi apabila terkena kepada pimpinan “belah sini” video pun cuma besi, side burn tak sama, perut terlebih buncit dan macam-macam lagi.

Anwar Ibrahim sepatutnya mengundurkan diri. Apabila terkena kepada pimpinan kerajaan standard pembangkang sangat tinggi. Jikalau terkentut di depan wartawan pun mesti kena letak jawatan sebab memalukan kerajaan. Tetapi, dalam kes Anwar, semua mempertahankan Anwar seolah-olah Anwar itu Isa Al Masih.

Ramai yang berkata, kenapa bahaya sangat Anwar sehingga partai kerajaan perlu “merekayasa” video-video tersebut? Jawapan penulis mudah. Lim Kit Siang juga bahaya, tetapi tidak ada video pun? Datuk Seri Haji Abdul Hadi juga, bahaya tetapi tidak terbit pun video. Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz lagi-lagilah sangat berbahaya kepada UMNO, tiada juga video yang keluar.

Suka juga penulis ingatkan,Tengku Razaleigh sewaktu memecahkan UMNO kepada Team B seterusnya arwah parti Semangat 46 lebih berbahaya. Separuh daripada Ahli Parlimen UMNO ditarik masuk ke sebelahnya. Jikalau 100 orang ahli Parlimen UMNO, maka sekurang-kurangnya 50 sudah dalam tangan Ku Li. Tun Mahathir hanya boleh bertahan dengan sokongan MIC  MCA, Gerakan serta parti komponen yang lain dari Sarawak dan Sabah. Malah, Sabah semasa itu dikuasai oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah Pairin Kitingan serta mereka telah khianat kepada BN hampir pilihanraya 1990.

Tetapi, tiada video seks Ku Li walaupun Ku Li masih bujang trang tang tang masa itu. Masih Antertu (anak teruna tua) ketika itu sehinggalah pada tahun 1996. Hanya apabila hampir-hampir Semangat 46 hendak dibubarkan barulah Ku Li menikah.

Teringat kisah-kisah saat terdengar Mohd Saiful Bukhari melaporkan kisahnya kepada polis, maka Wan Azizah pun menangislah di Tropicana:

‘Sudahlah bang.. tak serik-serik lagi kah?’..

Kisah ini menjadi pengetahuan am di kalangan bloggers.

Jikalah kisah ini palsu dan video ini hanyalah rekayasa semata-mata, maka elok jugalah Anwar berundur, kerana sampai ke situ musuh politiknya bermakar untuk menjatuhkannya walaupun dirinya pada pendapat penulis tidaklah sebahaya Tuan Guru Nik Aziz.

Benarlah, kata-kata Karpal Singh yang Anwar Ibrahim harus bertaubat!