Archive for Aziz Bari

Aziz Bari Tak Mahu Bising Ke Azizan Roboh Surau?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , on November 21, 2011 by maharajazhou

Aziz Bari tak mahu komen ke bila Azizan Razak merobohkan surau untuk membina kompleks membeli-belah?

Aziz Bari sebelum ini berkata pada Malaysiakini (klik sini):

“Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.

Inilah kenyataan Aziz Bari apabila Sultan Selangor bertitah tentang gerakan murtad di Selangor. Konon, roboh surau lebih serius dari roboh aqidah.

Tetapi diberitakan bahawa dalam seksyen Dalam Negeri Utusan Malaysia (klik sini)

“Demonstrasi aman oleh kira-kira 30 kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak di sini itu bertujuan membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan untuk projek pembangunan.

Difahamkan, kariah madrasah berkenaan tetap menolak cadangan kerajaan negeri dan bertekad mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan walaupun notis mengosongkan bangunan daripada kerajaan negeri berakhir Khamis lalu.

“Kami tidak akan berganjak daripada premis madrasah itu selagi pemaju tidak membina bangunan surau yang baru bagi kemudahan ahli kariah menjalankan aktiviti agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas demonstrasi aman membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah itu bagi tujuan projek pembangunan di sini hari ini.”

Upacara pecah tanah oleh Azizan simbolik kepada robohkan surau.. Kalau UMNO yang buat mungkin lama dah Nasir Zakaria, MP Padang Terap himpun Pemuda PAS Kedah turun berdemo..awat chek? Takut ka??

Azizan Razak memberikan jaminan kononnya akan terdapat surau bagi kariah tempatan sebagai ganti di dalam shopping kompleks (jangan sebuah bilik kecil di bawah parking lot bawah tanah sudahlah), tetapi tanah yang diambil tersebut adalah tanah wakaf dan selagi tidak ada surau gantian dibina secepat mungkin, penduduk tidak redha dengan robohnya surau berkenaan.

Cumanya, sekarang ini semakin jelas, inilah PAS Kedah, lebih teruk dari kerajaan BN UMNO dahulu. Hudud ke mana, Islamiknya ke mana..surau dan tanah wakafnya hilang ke mana…

Sekarang ini, adakah Aziz Bari akan menjadi hero menempelak Azizan? Bukankah selama ini Aziz hero kepada “dua surau” (mungkin telah digantikan dengan masjid yang besar dan mewah?) apabila berhadapan dengan isu murtad?

Ataupun Aziz hanyalah kangkung sahaja apabila berhadapan dengan tangan-tangan yang merosakkan agama dari kalangan Pakatan Rakyat?

 

 

HIMPUN Perlu Berhikmah Tapi Demo SMM Aziz Bari Tak Payah Hikmah

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , , , , , , , , on October 21, 2011 by maharajazhou

Kelakar dengan juak-juak PAS dan Pakatan. Apabila tiba kes HIMPUN, tiba-tiba semua puak-puak ini tiba-tiba jadi pijak semut pun tak mati.

Ada yang penulis jumpa dalam facebook menulis:

“Semoga Dakwah Islam terus tersebar melalui akhlak orang Islam.. Jika orang Islam sendiri menunjukkan teladan yg baik kepada yg bukan Islam InsyaAllah proses Dakwah secara efektif berjalan tanpa perlu berhimpun sejuta umat…”

Di Harakah, seorang badut PAS/Hizbul Islami (HI) menulis:

Saya berpendapat idea Himpun, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan Himpun, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia.

Pandangan saya, Himpun hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza. (klik sini)

Apabila tiba perkara yang diputuskan oleh Biro Politik (memalukan bebenor, perkara yang berkaitan dengan ugama, bukan Dewan Ulamak yang memutuskan tetapi Biro Politik PAS), pandai aparat PAS mencari alternatif lain, tetapi apabila tiba kepentingan mereka, jalan raya juga menjadi pilihan.

Inilah yang menjadi lawak kelakar puak-puak Pakatan Rakyat. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ingin mengadakan bantahan terhadap ‘penggantungan’ Aziz Bari.

Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi “mempertahankan kebebasan akademik”.(klik sini)

NONE

Syukri Abd Razab , Badut SMM. Kau sokong murtad eh?

Kononnya, 7 buah NGO bakal menyokong demo ini. Hairannya, tak reti pula si Syukri mengikut jejak Izzat “mencari jalan alternatif”? Adakah akademik berhimpun di jalan membantah tindakan Aziz Bari?

Kalau setakat berhimpun seperti ini, tidak perlu masuk Universiti. Berhenti dan jual air tebu macam Riduan Md Noor lagi baik. SMM sepatutnya mencari dalil dan membantu dari segi hujah-hujah akademik kenapa Aziz Bari tidak bersalah dan mengapa tindakan Aziz Bari tidak melanggar tatatertib Universiti Islam Antarabangsa.

Apa pun, ternyatalah, mereka lebih sayang kepada Aziz Bari dari Allah dan Rasul.
 

Aziz Bari: PAS Ugut UIA?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , on October 20, 2011 by maharajazhou

“Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia.

“Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz,” jelasnya ketika ditemui di parlimen.~Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin~(klik sini)

Kita harus faham apabila seorang kakitangan kerajaan telah dikaitkan dengan suatu laporan polis, maka seharusnya sebuah Universiti mestilah mengambil tindakan. Dan tindakan yang amat wajar ialah untuk memberi surat tunjuk sebab kenapa individu tersebut menerima aduan dan mengharapkan balasan segera dari kakitangan tersebut.

Sebab utama Aziz menerima surat tunjuk sebab menurut Malaysiakini kerana:

“Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.” (klik sini)

Universiti Islam Antarabangsa bukanlah milik seratus-peratus kerajaan Malaysia. Oleh itu, ia mempunyai “stakeholder” asing terutamanya oleh OIC. Namun, prosedur membuang seorang kakitangan hatta seorang Pembantu Am Rendah (PAR) bagi sebuah institusi kerajaan ataupun badan berkanun bukan mudah. Tidak seperti amalan kerajaan negeri milik PAS yang boleh sesuka hati memecat orang.

Menuduh sesuatu institusi ilmu menjalankan tugasnyakerana ugutan adalah salah satu bentuk campurtangan tidak bertanggungjawab PAS. Parti politik yang kononnya mahukan institusi pendidikan bebas dari tangan politik seharusnya tidak masuk campur. Apatah lagi, jika kakitangan tersebut disiasat oleh polis menurut Akta Hasutan.

Tindakan bijak Aziz adalah untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada UIA.

Nizar harus percaya UIA amat adil. Jika tidak tentu sekali Aziz Bari tidak akan dilantik menjadi Profesor dan telah dipeti sejukkan di jawatan pensyarah biasa (DS 45) sehingga ke akhir hayat.

Aziz Bari Tidak Konsisten tentang Murtad

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on October 18, 2011 by maharajazhou

Datuk Zul Noordin telah bersedia berdebat dengan Prof. Aziz Bari(klik sini). Namun, syaratnya ialah Aziz Bari perlu meminta ampun kepada Sultan Selangor.

Zul Noordin adalah manusia yang konsisten dengan isu murtad. Antara yang menyebabkan dia dipecat dari PKR pun kerana isu murtad dan aqidah umat Islam. Dengan konsistensi beliau atas isu murtad, mereka yang yakin dengan perjuangan mempertahankan ugama adalah thiqah dengan beliau.

Mereka yang tidak thiqah dengan beliau adalah juak-juak Pakatan Rakyat. Bagi mereka, Zul Noordin mengkhianati Pakatan kononnya. Tetapi, mereka lupa, bukan Zul Noordin yang keluar parti tetapi Zul Noordin telah dipecat.

Tumpuan sekarang adalah pada beliau yang merupakan orang yang lantang memperjuangkan anti-murtad. Perhimpunan 22 Oktober ini merupakan iltizam beliau. Tetapi, “Suara Kafir” di dalam PAS yakni Khalid Samad mengatakan perhimpunan ini bertujuan melagakan orang bukan Islam dan orang Islam(klik sini). Bukankah apabila tiada isu, PAS menggunakan isu murtad? Tiada pula timbul isu laga-melaga.

Aziz Bari tersepit. Mungkin di kedai-kedai kopi, terbunyi di sana-sini. Masyarakat awam mungkin menganggap ‘teguran’ terhadap Baginda Sultan Selangor adalah ‘perkara biasa’ cuma disensasikan. Tetapi, yang memeritkan Aziz adalah bagaimana imejnya menyokong aktiviti pemurtadan mula terpancar. Aziz mengatakan bahawa tiada bukti cubaan menyebarkan agama Kristian mazhab Methodist kepada orang Islam.

Penyebaran ini dibuktikan bukan sahaja melalui video malahan juga dokumen-dokumen rampasan Jabatan Agama Islam Selangor. Sebagai seorang Profesor sepatutnya tidak mengeluarkan tuduhan “tiada bukti” sedangkan dia boleh menelefon JAIS dan mengadakan temujanji. Bukan rahsia lagi, jabatan-jabatan ugama, pusat-pusat zakat dan bank-bank Islam adalah tempat bersarangnya kader-kader PAS ataupun sekurang-kurangnya bekas kader-kader PKPIM. Jadi, perkara mendapatkan bukti ini tiada masalah.

Sekarang, Aziz Bari merengek. Kononnya dialah yang memulakan kajian tentang riddah:

“Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.

Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.“(klik sini)

Ini lebih menggusarkan dirinya daripada isu biadap terhadap Baginda Sultan Selangor. Aziz Bari lebih risau dirinya dianggap bersama dengan golongan murtad dan juga penyebar dakyah murtad.

Inilah yang menjadi ketakutan pada Aziz Bari. Dalam asyik mempertahankan Abang Anwar kesayangannya (sejak bersama dengan PKPIM) dan kerajaan Pakatan Selangor dalam berhadapan dengan murka Sultan Selangor, Aziz telah menempatkan dirinya bersama golongan riddah.

Maka, diungkit bahawa dahulunya (yakni zaman PAS perjuang murtad) dirinya dahulu juga melawan murtad.

Dipertikaikan sekarang, kenapa Utusan tidak konsisten. Tetapi, bak kata orang-orang tua, satu jari tertuding kepada orang lain, empat jari tertuding kepada diri-sendiri. Tidak perlu menjadi Profesor untuk faham kata-kata orang tua ini.

Yang penting, Abdul Aziz Bari sudah tersepit. Konsistensi Aziz tentang murtad ternyata satu kepura-puraan dan bersifat partisan.

Hudud: Tanda Nik Aziz Nak Mati?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , on September 26, 2011 by maharajazhou

Harakahdaily sepanjang isu hudud ini dimainkan tidak pernah memaparkan keceluparan DAP menentang Hukum Allah ini.

Harakah menujukan semuanya kepada UMNO. Mungkin editor dan wartawan Harakah patut lebih cerdik sikit. Karpal Singh yang menolak Hudud itu dari parti UMNO atau DAP? (Klik sini dan sini.)

Nik Aziz mahu Hudud dan mengucapkan Bye-bye kepada DAP jika terus menentang Hudud. Karpal pula beristiqamah dengan anti Hudud. Tetapi, Harakah tiada maruah untuk mengaku bahawa DAPlah yang anti Hudud.

Kononnya, strategi isu hudud ini ibarat “keris makan tuan” kata Mat Sabu. Kononnya lagi Gerakan dan MCA hendak keluar Barisan kerana Hudud. (klik sini)

Tetapi, Allah Maha Kaya, lain yang dikonon lain pula yang terjadi. Pada hari yang sama, keris yang kononnya makan tuan, menikam pula Mat Sabu.

Lim Guan Eng memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (baca: Anwar dan PAS), kepimpinan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat secara en masse (besar-besaran), jika Hudud  dimasukkan di dalam Buku Jingga/ Rangka kerja Polisi Bersama Pakatan. Hudud bukan agenda Pakatan Rakyat kata Lim Guan Eng. Ugutan ini adalah amaran keras LGE kepada Nik Aziz khususnya. (klik sini)

Hairannya, Aziz Bari dalam Malaysiakini hari ini seolah-olah menyempitkan perlaksanaan Hudud kepada Negeri Kelantan. Dan menurut ahli akademik yang tetap dapat Professor ini walaupun tegar menyokong pembangkang, seolah-olah juga Tuan Guru PAS ini bukanlah kerana takut Allah sangat hendak laksanakan Hudud tetapi kerana tekanan rakyat Kelantan.

“1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.”

“Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.”klik sini.

Aziz Bari juga menganggap bahawa DS Najib “menolak hudud” tetapi jika begitu, tidakkah Khalid Ibrahim juga tolak hudud?

“Selangor hanya akan melakukan apa-apa perubahan polisi agama Islam selepas mendapat nasihat dan juga cadangan daripada MAIS.” klik sini.

Dan Aziz Bari juga mengakui bahawa Pas Kedah tidak akan melaksanakan Hudud:

“Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.”klik sini.

Jadi, ternyata hukum Hudud ini adalah untuk kepentingan Nik Aziz semata-mata bukan “dasar” PAS. PAS tidak berminat melaksanakan Hudud. Adakah ahli, penyokong dan pengundi PAS di Kedah tidak berminat kepada Hudud? Adakah bermakna kematian Ibrahim Libya adalah suka-suka dan bukannya kerana Hudud juga?

Dan apakah sebabnya Nik Aziz mahukan Hudud secara terdesak? Selama 21 tahun memerintah, apa yang Nik Aziz dah buat bagi perlaksanaan hukum Islam secara silmi kaffah di Kelantan? Ataupun Kelantan hanya menjadi pengeksport artis-artis berwajah Tok Syeikh dan dikir barat dangdut ke pasaran hiburan negara semata-mata?

Mungkin juga ini tanda Nik Aziz sudah tidak lama…

Lucutkan Gelaran Datuk Seri Dari Nizar!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , on February 6, 2009 by maharajazhou

Nizar memohon derhaka kepada Sultan Perak.Nizar tidak berlajar dari sejarah nampaknya.PAS juga tidak belajar dari sejarah nampaknya.Nizar dan PAS lupa kes Datuk Ahmad Said lawan DUN Terengganu.Nizar dan PAS lupa kes DS Shahidan Kassim dengan Istana Perlis.

nizarngeh

Daulat Ngehku!Itulah Sultan sebenar si Nizar yang menyebabkan dia perasan dan biadap dengan Seri Paduka Sultan Azlan Shah.

Mana Prof. Aziz Bari?Pergilah tanya Prof. Aziz Bari.Patut atau tidak engkau berundur?Sultan sudah meminta Nizar berundur,tetapi Nizar degil.Sultan si Nizar adalah Pak Ngahnya,Ngeh Kam Hoo.Inilah Nizar tidak guna akal.

Nizar syok sendiri kerana kononnya ada 10ribu  berhimpun di Kediaman MB.Biarkan,mereka sasarkan 100 ribu,jadi cuma 10 persen saja targetnya tercapai.Tapi penulis rasa dalam 5 ribu ke 7 ribu sahaja.

Itu tidak penting kerana biasalah,penyokong PAS seantero pelusuk negara yang datang.Bukan semua warga Perak.Salahuddin pula seolah-olah tidak yakin dengan suara rakyat Perak memanggil pemain import untuk meramaikan keadaan.

Bagi penulis,biarkan.Rakyat Perak akan bertambah meluat.Pihak Polis patut tengok sahaja gelagat Nizar dan penyokongnya,lama-kelamaan.Habislah gas mereka.

nizar_salam_amoi

Nizar ikut Undang-Undang Tubuh ke atau Undang-Undang *U*UH yang degil tak mahu letakjawatan?(Minta maaf,formula ini diajar oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Prof.Emeritus Shanon bagi pengikut Nizar yang tak faham bahasa,semoga ikut petua ini,mereka lekas-lekas pandai.)

Rakyat tahu siapa Sultan Perak.Ingat tak apa kata Nizar?Nizar bilang dia akan akur kepada apa sahaja keputusan Sultan.Nizar macam Bani Israel.Dia ingat sebab Sultan Perak yang pilihnya,dia boleh lakukan apa sahaja.Tibalah masanya,Nizar menjadi seumpama beruk hari Sabtu di pandangan Raja dan rakyat negeri Perak.

Bagi penulis,Nizar terang-terang melanggar Rukunegara.Taat setia kepada Raja dan Negara. Oleh itu,penulis menyeru Istana Perak agar menarik balik gelaran Datuk Seri dari Nizar Jamaluddin atas kebiadapan dan penderhakaan Nizar yang melampaui batas itu.

*Semasa artikel ini ditulis,Nizar bercadang hendak menyaman Sultan Perak.Betapa biadapnya Nizar.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.