Archive for Istana Perak

Kita Cabar Nizar Mengadap Sultan Perak Untuk Jawatan MB!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on February 24, 2009 by maharajazhou

Bekas atau “Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat sekarang adalah majoriti berbanding dengan BN.Hujahnya,selepas V Sivakumar menggantung MB Perak yang dilantik oleh Sultan,Dr Zambry Abd Kadir,dan barisan exconya,BN hanya mempunyai 21 orang ADUN dibandingkan 28 orang ADUN Pakatan Rakyat.

Kononnya,Nizar boleh gulingkan kerajaan BN yang ada,tetapi pemalu.Pakatan Rakyat mengikut undang-undang dan peraturan,bukan seperti BN katanya yang merampas kuasa dengan jijik.

Jika benar seperti yang dikata,tentang betapa pemalunya Nizar dan kawan-kawan,tentulah Nizar memulangkan Kereta Camry dan rumah kediaman Menteri Besar selepas Sultan melantik Dr Zambry sebagai MB yang baru.

demomasjidubud

Nizar kata mereka ikut undang-undang dan peraturan,jadi ikut peraturan rupanya demonstrasi derhaka kepada Sultan,6 Februari lepas.

Jikalau benarlah Nizar dan kawan-kawan mengikut undang-undang,tentulah tidak berlaku perhimpunan memalukan yang memperalatkan Masjid Ubudiyyah di bawah kerahan PAS pada 6 Februari yang lepas.

Nizar dan kawan-kawannya boleh lupa, tetapi rakyat tidak lupa.Rakyat tidak boleh lupa dengan penderhakaan Nizar yang terang-terang disebutnya.Nizar terkedu kerana Mufti Perak yang banyak membela Pakatan Rakyat sebelum ini pun sudah mengatakan Nizar derhaka.

Kononnya,mengikut Mat Sabu,mungkin akan ada 17 MB (Menteri Besar bukan Megabyte) sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti di Perak dengan kemelut yang berlaku di Perak.

mh_021

Sultan Perak menitahkan Nizar supaya meletakkan jawatan setelah hilang majoriti ataupun jawatan MB itu hilang dari tangannya secara automatik.Adakah Nizar ingin memperbodohkan pemikiran rakyat Felcra Serigala di Slim River?

Nizar dengan angkuh juga berkata:

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi.”

Lupakah Nizar bahawa jikalau Nizar sudah hilang majoriti,maka secara automatik jawatan itu dianggap kosong?Inilah isi penting dalam kenyataan rasmi media Istana Perak terhadap kedudukan Nizar sebagai MB Perak.Oleh itu, kepada siapa Nizar cuba berbohong?

Jika begitu yakinnya Nizar terhadap kebenaran dirinya bahawa dialah MB yang “baru mendapat” majoriti setelah tindakan Speaker menggantung MB Perak dan exconya yang sah,maka kita mencabar Nizar menghadap Sultan Perak untuk mendapatkan semula jawatannya itu!

Jika Nizar tidak malu maka pergilah menghadap Sultan setelah pelbagai onar,cercaan dan hinaan dilakukan oleh PAS dan aparat-aparat PR ke atas Sultan dan Istana Perak.

Adakah Nizar berani sebagai anak jantan dan sanggup berdepan dengan Sultan Perak?Kalau tak malu,pergilah!

Advertisements

Apabila Ada Majlis Melibatkan Raja,Baru Nizar Tahu Dia Bukan MB!

Posted in Politik Nasional with tags , , , on February 8, 2009 by maharajazhou

“Innallaha Ma’as Sobirrin”.

Itula titah Sultan Perak kepada Nizar.Maksudnya:”Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” .

nizarblank1

Nizar sepatutnya sabar dalam menerima titah Sultan Perak.Jikalau Nizar sabar,barangkali Nizar dan PR akan mendapat “kemenangan” lambat ataupun cepat.Jikalau Nizar menang sekali lagi di DUN Pasir Pinji nanti,adakah Seri Paduka Baginda akan berkenan melantik semula Nizar?Ingatlah tentang kes perlantikan MB di Terengganu.Inilah balasan kepada orang yang tidak sabar.

Tetapi,kita tahu,Nizar tidak sabar.Nizar bukan sahaja tidak sabar,tetapi juga angkuh dan derhaka.

Nizar masih merasakan dirinya sebagai MB.Lalu mempengerusikan “mesyuarat exco” dan dengan lucunya meluluskan 4 perkara ini:

– Tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun.

– Tempoh perkhidmatan 342 ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan daerah yang tamat pada 31 Disember lalu disambung secara automatik.

– Peruntukan RM2.7 juta bagi aktifkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai lapangan terbang penerbangan tambang murah (LCCT).

– Peruntukan dana khas sebanyak RM1 juta untuk waris-waris individu warga emas semua kaum berusia 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.

Kita hendak tanya Nizar dan juga aparat-aparat PAS.Yang berkaitan dengan  duit,dari mana Nizar nak ambil peruntukan?Yang berkaitan dengan tanah,Nizar sedar tak,hal tanah ini langsung atau tidak berkaitan dengan Sultan?Maka, atas dasar apakah Nizar hendak laksanakan tugasnya?

Nizar seperti Maharaja dengan baju baru gamaknya.Semua tahu pakaian kuasa Nizar sudah terlucut.Nizar sudah bogel dari kuasa.

Tetapi,akibat masih terpengaruh dengan Anwar,Karpal,Ngeh dan Nga,Nizar masih hendak berarak di khalayak ramai dengan perasan pakaian kuasa masih di badannya.Perlukah ada si budak beritahu kepada Nizar, yang dia sekarang hanya terjulur anunya sahaja?

Nizar tidak terasa apa,kerana “sultan”si Nizar mengatakan Nizar masih MB.Kononnya,hendak berebut masuk opis jika bertembung dengan Zambry.

SULTAN AZLAN SHAH

Bolehkah Nizar hadir sebagai MB dalam Majlis Rasmi Negeri yang melibatkan Sultan?Dalil ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan siapa MB,Nizar atau Zambry!

Tapi,kita tanyakan satu hal kepada Nizar.Jika ada majlis melibatkan MB yang adanya Sultan,tidak malukah Nizar duduk di kerusi MB bersama Sultan?Bagaimana dengan mesyuarat Majlis Raja-Raja?Bolehkah Nizar dengan muka yang tak malu pergi duduk dalam mesyuarat tersebut?

Oleh itu,eloklah Nizar sedar bahawa dirinya sudah terbogel.Biarlah malu sekarang,jangan malu kemudian sambil menayangkan kebodohan yang tidak sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran.

Lucutkan Gelaran Datuk Seri Dari Nizar!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , on February 6, 2009 by maharajazhou

Nizar memohon derhaka kepada Sultan Perak.Nizar tidak berlajar dari sejarah nampaknya.PAS juga tidak belajar dari sejarah nampaknya.Nizar dan PAS lupa kes Datuk Ahmad Said lawan DUN Terengganu.Nizar dan PAS lupa kes DS Shahidan Kassim dengan Istana Perlis.

nizarngeh

Daulat Ngehku!Itulah Sultan sebenar si Nizar yang menyebabkan dia perasan dan biadap dengan Seri Paduka Sultan Azlan Shah.

Mana Prof. Aziz Bari?Pergilah tanya Prof. Aziz Bari.Patut atau tidak engkau berundur?Sultan sudah meminta Nizar berundur,tetapi Nizar degil.Sultan si Nizar adalah Pak Ngahnya,Ngeh Kam Hoo.Inilah Nizar tidak guna akal.

Nizar syok sendiri kerana kononnya ada 10ribu  berhimpun di Kediaman MB.Biarkan,mereka sasarkan 100 ribu,jadi cuma 10 persen saja targetnya tercapai.Tapi penulis rasa dalam 5 ribu ke 7 ribu sahaja.

Itu tidak penting kerana biasalah,penyokong PAS seantero pelusuk negara yang datang.Bukan semua warga Perak.Salahuddin pula seolah-olah tidak yakin dengan suara rakyat Perak memanggil pemain import untuk meramaikan keadaan.

Bagi penulis,biarkan.Rakyat Perak akan bertambah meluat.Pihak Polis patut tengok sahaja gelagat Nizar dan penyokongnya,lama-kelamaan.Habislah gas mereka.

nizar_salam_amoi

Nizar ikut Undang-Undang Tubuh ke atau Undang-Undang *U*UH yang degil tak mahu letakjawatan?(Minta maaf,formula ini diajar oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Prof.Emeritus Shanon bagi pengikut Nizar yang tak faham bahasa,semoga ikut petua ini,mereka lekas-lekas pandai.)

Rakyat tahu siapa Sultan Perak.Ingat tak apa kata Nizar?Nizar bilang dia akan akur kepada apa sahaja keputusan Sultan.Nizar macam Bani Israel.Dia ingat sebab Sultan Perak yang pilihnya,dia boleh lakukan apa sahaja.Tibalah masanya,Nizar menjadi seumpama beruk hari Sabtu di pandangan Raja dan rakyat negeri Perak.

Bagi penulis,Nizar terang-terang melanggar Rukunegara.Taat setia kepada Raja dan Negara. Oleh itu,penulis menyeru Istana Perak agar menarik balik gelaran Datuk Seri dari Nizar Jamaluddin atas kebiadapan dan penderhakaan Nizar yang melampaui batas itu.

*Semasa artikel ini ditulis,Nizar bercadang hendak menyaman Sultan Perak.Betapa biadapnya Nizar.

Selamat Tinggal Buat Nizar!Bye!Bye!

Posted in Politik Nasional with tags , , , on February 5, 2009 by maharajazhou

“Alhamdulillah,petanda baik,”kata Nizar kepada pemberita,selepas keluar dari mengadap Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Shah.

Memang benar,ia petanda baik tetapi baik yang ada makna kepada BN.Oleh itu,marilah kita ucapkan selamat tinggal kepada Nizar.

nizar

Salam akhir,salam yang teristimewa buat Nizar.Semoga berundur dengan bermaruah dari kerusi MB dan juga jangan lupa pulangkan semula Toyota Camry 2.4 kepada Perbendaharaan Negeri Perak!

Buat Nizar,lebih baik dirinya mengundurkan diri dengan cara terhormat.Baginda Sultan telah menitahkan agar Nizar supaya meletakkan jawatan ataupun kerusi MB itu dianggap kosong.

Harapnya,Nizar tidak angkuh dan menerima titah Sultan Azlan itu dengan rela hati.Menurut laporan Malaysiakini:

“Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.”

Kita berharap berita ini tidak benar.Dan kita juga berharap,Nizar tidak membodohkan dirinya dengan menyokong perhimpunan yang dicadangkanoleh Anwar.

Jika ya,maka ia adalah penderhakaan yang tidak akan diampunkan oleh Melayu Perak kepada Sultan Perak yang disayangi rakyat jelata.

DAP Bakal MB Perak Jika Nizar Berjaya Bubarkan DUN Perak!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , on February 4, 2009 by maharajazhou

*Nota: Setakat artikel ini ditulis,Sultan Perak belum memberi perkenan pembubaran DUN ataupun memberi izin kepada BN menubuhkan kerajaan di Perak.

MB Nizar nampakanya tidak sabar-sabar untuk mengisytiharkan pembubaran DUN Perak.Menurut Malaysiakini dan Utusan Malaysia,Nizar gagal mempengaruhi Sultan Azlan Shah untuk memperkenankan pembubaran DUN walaupun telah masuk 2 jam dengan usaha jayanya berkeliaran untuk mengadap Tuanku.

nizar

Nizar mengandaikan bahawa dirinya akan terlantik semula sebagai MB jikalau PR menang semula selepas pilihnaraya DUN Perak.Dia tentu tidak menyangka bahawa sudah tentu DAP akan mencalonkan beberapa calon Melayu sebagai bakal MB.Inilah penutup kepada pengkhianatan Nizar terhadap orang Melayu di Perak jika usahanya membubarkan DUN berhasil nanti

Jika mengikut lojik akal,tidak hairan Seri Paduka Baginda tidak berkenan.Pilihanraya umum baru sahaja lepas 10 bulan (lebih sedikit).Bayangkan betapa banyaknya duit yang bakal dibelanjakan,betapa banyak tenaga yang bakal dibazirkan, dan berapa banyak rakyat jelata yang bakal bermasam muka semula akibat kempen siasah yang tidak putus-putus.

Sultan Azlan Shah tahu perkara ini.Maka,munasabahlah di atas kertas tuntutan Nizar patut ditolak mentah-mentah.Walaupun Harakah cuba menyatakan yang sebaliknya menurut lidah Nizar,tetapi orang yang berakal,semestinya tahu bahawa Nizar telah kecewa apabila Istana tidak memutuskan segera untuk menyokong gesaan Nizar tersebut.

Namun,Nizar tidak membaca firasat jauh Tuanku yang berdarah Parameswara dan waris sah Kesultanan Melayu Melaka.Adakah Nizar telah lupa bahawa Ngah akan mencari sehingga lubang cacing calon-calon Melayu untuk partainya?Maka,ingatlah,bahawa selepas ini jika usaha Nizar berjaya membubarkan DUN Perak,yang akan menjadi MB Perak adalah Melayu boneka DAP,bukannya Nizar.

Inilah yang mesti dibaca oleh PAS di Perak.Tetapi,Nizar terlalu naif.Makan minum dan tidurnya adalah Pakatan Rakyat.Namun,DAP tidak.DAP memikirkan survival kaum tertentu sahaja.Nizar tidak memikirkan Islam apatah lagi Melayu sewaktu berbuat keputusan.Nampaknya,Nizar berkira-kira bahawa tindakannya adalah untuk mempertahankan mahkota dan Toyotanya sahaja.

Sebenarnya,Nizar telah mengkhianati harapan Tuanku Sultan Perak.Kenapa Nizar dipilih sebagai MB?Kerana diharapkan Nizar boleh menggunakan akalnya sebagai seorang jurutera profesional untuk mempertahankan hak bangsa.

Sultan boleh berkenan melantik MB dari kalangan bekas posmen dari PKR tetapi Tuanku tidak berbuat demikian.Tuanku memilih Nizar kerana memikirkan Nizar yang terpelajar dan mempunyai IR (professional engineer) itu diharapkan boleh menjaga orang Melayu dan tidak dungu menjual maruah bangsa pada harga yang sedikit.

Apabila diungkit Osman Jailu dan Jamaluddin Razi derhaka kepada Sultan kerana “ingkar” mempertahankan kerajaan PR Perak,sebenarnya Nizar telah derhaka kepada harapan Sultan Perak dan keluarga Diraja Perak terlebih dahulu.

Nizar telah derhaka mempertahankan tanah Perak dan memberikannya kepada “mereka itu” hampir buat selama-lamanya.Nizar telah derhaka kepada negara apabila menukarkan kereta Proton kepada Camry belumpun sampai tempoh.Nizar derhaka apabila mengutamakan Pakatan Rakyat daripada hak orang Melayu dan Islam.

Oleh itu,adakah Nizar hendak menutup penderhakaannya dan pengkhianatan terhadap orang Melayu dan Sultan Perak dengan membubarkan DUN sehingga DAP sempat mencari “melayu buta” sebagai calon MB?

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam marilah kita sama-sama doakan agar Baginda Sultan Perak tidak memperkenankan hasrat Nizar tersebut!!!