Archive for JIK

Halalkah Muslimat PAS Bersorak-Sorai..

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , on January 11, 2012 by maharajazhou

AGM PMIUM:Sepuluh Jong Berlalu, Anjing Masih Bercawat Ekor Juga

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , on March 16, 2009 by maharajazhou

Muktamar PMIUM sudah berlalu tetapi bak kata pepatah Melayu, walaupun 10 jong berlalu tetapi anjing masih bercawat ekor juga.Perkara yang sama sahaja, isu yang sama dan masalah yang sama.

Penulis walaupun begitu, masih ingin memuji PMIUM kerana ada juga usaha untuk berdakwah.10 orang telah berjaya diIslamkan oleh PMIUM.Harapnya ia bukan dakwaan semata-mata, hasil dari usaha dakwah PMIUM sendiri bukannya sekadar menjadi penjaga kaunter mengaut hasil dari keringat orang lain.

Namun, jikalau PMIUM benar-benar badan yang menjalankan kerja Rasulullah, maka tentulah lebih ramai yang memeluk Islam dari memeluk PAS.Program tarbiyyah yang menjalankan usaha Nabi boleh mendidik mereka yang belum mendapat hidayah kalau tidak menerima cahayal Islam pun sekurang-kurangnya pun melembutkan pandangan mereka terhadap deenul Islam.

Tetapi, PMIUM jika ditanya pada pandangan mahasiswa Islam UM bukanlah badan dakwah ataupun membuat kerja Nabi, menghancurkan yang syirik dan menegakkan yang tauhid.Mereka yang telah melihat kelibat PMIUM sehinggalah musim pilihanraya, telah mengetahui bahawa PMIUM lebih mengutamakan siasah dari dakwah.

Berapakah peratusnya yang mengajar anak usrah kepada faham akidah, fiqah, muamalat dan akhlak?Berapa ramaikah anak usrah yang solatnya betul (jangan katakan mengikut solat Nabi lagi)?Berapa ramaikah, anak usrah yang bacaan Al Quran yang betul?Berapa ramaikah anak usrah yang tahu bahawa hukum Islam bukan sekadar hudud dan tudung tetapi juga tidak mencarut, tidak mengumpat, tidak memfitnah dan tidak mengkafirkan orang Islam yang lain?

Adakah akhirnya mereka hanya tahu Islam mazhab PMI wa al JIK ataupun benar-benar Islam ahlul sunnah wal jamaah?Apabila politik/siasah melebihi tarbiyyah dan dakwah, maka kekuatan dalaman anak usrah akan pincang.Kejayaan politik mereka hanya dikira dengan berapa banyak demonstrasi, berapa kali keluar kenyataan akhbar dalam harakah, ataupun sejauh manakah kerosakan usaha mereka terhadap pemerintah.Maka, pada akhirnya, kita melihat pergerakan PMIUM berrohkan JIK tidak dinamik, sama sahaja dan statik, sejak 1983 sehinggalah 2009 tanpa sebarang perubahan.

Dahulu pun, masalah akademik menjadi perbincangan.Tidak diketahui penulis, samada diletakkan ia di belakang, bermakna ia paling penting ataupun diletakkan di akhir ucapan kerana ia paling tidak utama.

PMIUM mengalami masalah ahlinya yang bobrok dari segi akademik.Sekadar penyedap hati, mereka melihat rakan-rakan mereka yang bagai layang-layang putus tali, ke arah agama pun tidak, ke arah akademik pun tidak.Maka, mereka mengucapkan syabas kepada diri masing-masing kerana menjadi ahli JIK dengan “hidayah”.

Walhal, tujuan utama mahasiswa Islam ialah untuk menuntut ilmu.Jikalaulah PMIUM yang sepatutnya mempunyai mahasiswa yang paling berilmu Islam pun gagal menjawab ataupun menyelesaikan persoalan siasah, syari’e tidak syari’e  perjuangan mereka selama ini, maka PMIUM mempunyai masalah keilmuan yang amat kritikal.

Bayangkan PMI terpaksa berhempas pulas dengan ramai bakal-bakal ustaznya masih kerkial-kial menjawab persoalan halalkah demonstrasi mengikut Al Quran dan hadith serta ijmak ulama’.Sepatutnya, PMIUM boleh menjawap persoalan tersebut dengan bingkas dan tiada masalah. Tetapi, cara ahli Jamaah ini menghadapi persoalan pokok perjuangan mereka ini seolah-olah mereka adalah ahli persatuan anak negeri ataupun akademik  yang hanya berbekalkan mantik sahaja.

Ini dari segi kefahaman mereka dalam perjuangan yang baru dihenjut dan dihenyak dari sudut dua sumber asal (walaupun dua sumber ini adalah pemutusnya), belum lagi melihat dari sudut falsafah dan teori.Apakah mereka akan terdaya jikalau mereka ber”exercise” minda dengan anak-anak buah Hishamuddin Rais,tidak pun dengan Farish A Noor versi muda tidakpun dengan Mohammad Abu Bakar versi tidak Islamik?

Jika beginilah tahap kekuatan ahli Jamaah tidak hairanlah ramai bekas-bekas anak usrah yang melompat masuk ke Jamaah Islah Malaysia ataupun jamaah-jamaah yang lain kerana tidak cukup daya tahan untuk berhadapan dengan cabaran intelek yang sepatutnya didepani oleh sebuah persatuan Mahasiswa di Universiti.

Maka, tidak hairanlah tindak-tanduk PMI hanyalah berlegar dengan usaha merebut kuasa dan pengekalan kuasa.Semuanya berpaksikan real politik yang cuma disalut dengan Islam sebagai gula-gula.