Archive for Karpal Singh

PAS Diperbodohkan Karpal. PAS Redha Pulak tu.. Kasihan..

Posted in Politik Nasional with tags , , , on December 19, 2011 by maharajazhou

Lihatlah betapa Karpal memperbodohkan pemimpin-pemimpin PAS. Itu pun masih orang-orang PAS tak sedar dan redho diperbodohkan malah tumpang suka pula kena permain..

 

Ohh…Karpal, Nik Aziz Ahli UMNO Rupanya!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , on September 26, 2011 by maharajazhou

Kadang-kadang terasa bodoh piang bebenar pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Jikalau ada masalah, Utusan disalahkan. Jikalau ada masalah,UMNO disalahkan. Sendiri sakit perut, sendirilah berak, dan sendirilah cuci!

Begitulah lawak jenaka terbaru Mustafa. Kononnya menurut Harakah:

“Dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit.

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.” Klik Sini

Hairannya, yang terkini melaporkan adegan cakar-menyakar antara PAS dan DAP,  serta ugut-mengugut untuk keluar dari Pakatan adalah The Star milik MCA. Tenyata, PAS terlalu kecut dengan akhbar milik bukan orang Melayu-Islam. Ataupun, PAS tidak pandai berbahasa Inggeris sehingga “laporan” dan saraf bahasa Inggeris adalah umpama lalat lagau yang hinggap di hidung.(Klik Sini)

Ketua Pemuda DAP tersenyum melihat kepiangan PAS disambut dengan senyum "ikhlas" Saifuddin anak usrah Mat Sabu

Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku?  Siapa yang ucapkan bye-bye kepada DAP dan PAS boleh hidup tanpa DAP seperti yang pernah berlaku dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU)? Siapa pula yang memberi amaran tentang negara Islam dan mengingatkan keputusan muktamar PAS tahun ini?

Rupanya yang bergaduh sakan dalam video ni, ahli UMNO rupanya!

Politik matang memerlukan kebertanggungjawaban. Politik matang perlu mengakui dan mengiktiraf ideologi teras parti. Politik matang juga memerlukan kesanggupan untuk mengakui kesalahan dan kesilapan masing-masing.

PAS tidak selama-selamanya boleh memperbodohkan pengikut hatta pengikut yang sudah berbai’ah dengan momokan UMNO dan Utusan semata-mata.

Hudud: Tanda Nik Aziz Nak Mati?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , on September 26, 2011 by maharajazhou

Harakahdaily sepanjang isu hudud ini dimainkan tidak pernah memaparkan keceluparan DAP menentang Hukum Allah ini.

Harakah menujukan semuanya kepada UMNO. Mungkin editor dan wartawan Harakah patut lebih cerdik sikit. Karpal Singh yang menolak Hudud itu dari parti UMNO atau DAP? (Klik sini dan sini.)

Nik Aziz mahu Hudud dan mengucapkan Bye-bye kepada DAP jika terus menentang Hudud. Karpal pula beristiqamah dengan anti Hudud. Tetapi, Harakah tiada maruah untuk mengaku bahawa DAPlah yang anti Hudud.

Kononnya, strategi isu hudud ini ibarat “keris makan tuan” kata Mat Sabu. Kononnya lagi Gerakan dan MCA hendak keluar Barisan kerana Hudud. (klik sini)

Tetapi, Allah Maha Kaya, lain yang dikonon lain pula yang terjadi. Pada hari yang sama, keris yang kononnya makan tuan, menikam pula Mat Sabu.

Lim Guan Eng memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (baca: Anwar dan PAS), kepimpinan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat secara en masse (besar-besaran), jika Hudud  dimasukkan di dalam Buku Jingga/ Rangka kerja Polisi Bersama Pakatan. Hudud bukan agenda Pakatan Rakyat kata Lim Guan Eng. Ugutan ini adalah amaran keras LGE kepada Nik Aziz khususnya. (klik sini)

Hairannya, Aziz Bari dalam Malaysiakini hari ini seolah-olah menyempitkan perlaksanaan Hudud kepada Negeri Kelantan. Dan menurut ahli akademik yang tetap dapat Professor ini walaupun tegar menyokong pembangkang, seolah-olah juga Tuan Guru PAS ini bukanlah kerana takut Allah sangat hendak laksanakan Hudud tetapi kerana tekanan rakyat Kelantan.

“1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.”

“Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.”klik sini.

Aziz Bari juga menganggap bahawa DS Najib “menolak hudud” tetapi jika begitu, tidakkah Khalid Ibrahim juga tolak hudud?

“Selangor hanya akan melakukan apa-apa perubahan polisi agama Islam selepas mendapat nasihat dan juga cadangan daripada MAIS.” klik sini.

Dan Aziz Bari juga mengakui bahawa Pas Kedah tidak akan melaksanakan Hudud:

“Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.”klik sini.

Jadi, ternyata hukum Hudud ini adalah untuk kepentingan Nik Aziz semata-mata bukan “dasar” PAS. PAS tidak berminat melaksanakan Hudud. Adakah ahli, penyokong dan pengundi PAS di Kedah tidak berminat kepada Hudud? Adakah bermakna kematian Ibrahim Libya adalah suka-suka dan bukannya kerana Hudud juga?

Dan apakah sebabnya Nik Aziz mahukan Hudud secara terdesak? Selama 21 tahun memerintah, apa yang Nik Aziz dah buat bagi perlaksanaan hukum Islam secara silmi kaffah di Kelantan? Ataupun Kelantan hanya menjadi pengeksport artis-artis berwajah Tok Syeikh dan dikir barat dangdut ke pasaran hiburan negara semata-mata?

Mungkin juga ini tanda Nik Aziz sudah tidak lama…

Hudud: Karpal Berdehem Pada Anwar!! Malaysiakini Tak Report!

Posted in Politik Nasional with tags , , , on September 23, 2011 by maharajazhou

Nik Aziz main kad hudud dua-tiga hari ini.

Sokongan orang Melayu kepada PAS menjunam kebelakangan ini, sehinggakan Pemuda PAS terpaksa main isu murahan seperti Hantu Bonceng.

Tidak dilaporkan dalam portal-portal berita termasuklah Harakah dan Malaysiakini bahawa Karpal Singh telah memberikan isyarat maut kepada Anwar dan juga PAS.

The Star walaupun dimiliki MCA tetapi ranking kepercayaan penyokong pembangkang boleh dikatakan bertaraf  sahih dan mutawatir.

Berikut adalah terjemahan petikan dari The Star berhubung dengan Karpal Singh (kilik sini):

“Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terkejut dengan pendirian Anwar untuk menyokong Hukum Hudud berkata: “Hukuman untuk kesalahan(hudud) adalah 100 kali sebatan untuk persetubuhan pasangan yang belum berkahwin, rejam sehingga mati untuk zina (bagi yang berkahwin), potong tangan bagi kes curi, hukuman mati bagi murtad, 40 kali sebatan untuk meminum arak, 80 kali sebatan untuk tuduhan palsu bagi kesalahan zina (qazaf), dan hukuman maut dengan pancung ataupun disalib untuk rompakan”.

Karpal juga berkata kebimbangan di kalangan orang bukan Islam tentang perlaksanaan hukum hudud sebagai langkah ke hadapan kepada penubuhan negara Islam adalah wajar.

Tambahnya lagi perlaksanaan hukum hudud juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Karpal juga berkata usaha menghidupkan isu hudud bertentangan dengan resolusi PAS pada muktamar yang lepas yang hanya mahukan negara kebajikan.”

Sehubungan dengan ini, PAS perlu menyatakan pendirian mereka terhadap hubungan mereka dengan DAP. Yang pasti Hudud tidak akan dilaksanakan jika Pakatan berkuasa.

Kenapa PAS Menyerang Bukit Kepong?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , on September 2, 2011 by maharajazhou

Jamaah PAS adalah satu jamaah yang kalau ada kesalahan dibuat, maka susah bagi mereka untuk meminta maaf. Tatkala kesalahan dibuat atau sudah dibuat dan terbuat, maka bersilatlah seluruh pimpinan, ahli, penulis serta bloggers untuk mempertahankan kesalahan parti mereka. Dan ahli serta pimpinan mereka akan menjadis eperti burung unta yang menyorokkan kepala mereka di dalam tanah. Kononnya, tiada masalah di sekeliling, tetapi sebenarnya masalah besar sedang menunggu di hadapan wajah mereka.

Di Harakah dan Malaysiakini, pimpinan PAS sedang mempertahankan kenyataan Mat Sabu bahawa yang hero adalah komunis-komunis Bukit Kepong dan yang pengkhianat adalah polis-polis Bukit Kepong. Mujahid Yusof Rawa seorang ahli jamaah Alami di Mesir yang diangkat menjadi pimpinan PAS kerana dia anak mursyidul Am dan Yang Dipertua Agong PAS berkata:

“Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.

“Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis,” soalnya.Harakahdaily

Begitu juga tiba-tiba pimpinan PAS terutamanya calon yang kalah kerusi Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, cuba membuat penaakulan mantik pula, menghalalkan perbuatan Mat Sabu:

“Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?

“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.Malaysiakini

Walaupun telah terang bahawa Mat Sabu sendiri telah buat-buat lupa bahawa dia pernah mengulas dan menyokong serangan komunis terhadap Bukit Kepong:

“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos),” katanya kepada akhbar Sinar Harian.Malaysiakini

Maka, begitu terang dan nyata dalam video tersebut, Mat Sabu mengangkat Mat Indera dan komunis-komunis sebagai hero dan polis-polis Bukit Kepong sebagai penjahat. Malahan, Mat Sabu memfitnah kerajaan Malaysia, Kementerian Pelajaran dan guru-guru Sejarah cuba memadamkan sejarah Tok Janggut sebagai pejuang kemerdekaan. Tidak ada satu buku teks sejarah pun yang menafikan perjuangan Tok Janggut sebagai pejuang kemerdekaan di Pasir Puteh.

Adakah Mat Sabu, Mujahid Yusof Rawa, Tuan Ibrahim Tuan Man, penulis-penulis serta bloggers PAS boleh menghalalkan ini?

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api. Peristiwa Bukit Kepong

Adakah peristiwa  pembunuhan kejam ini khayalan UMNO dan Jins Shamsuddin?

Pihak Komunis diangkat hanya kononnya mereka ingin menghalau British, tetapi mereka lupa bahawa Komunis sendiri dilatih oleh British menentang Jepun dan Komunis telah melakukan keganasan selama 14 hari selepas pengunduran tentera Jepun sebelum kewujudan Bristish Military Administration (BMA) di Tanah Melayu.  Lupakah PAS terhadap kebangkitan orang Melayu pimpinan Kiyai Saleh di Batu Pahat dan juga Melayu Banjar di Sungai Manik terhadap Komunis? Adakah mereka ini pengkhianat juga di pandangan PAS?

Yang bijak ialah Karpal Singh yang asal usul kewujudannya pun mungkin kerana nenek moyangnya yang datang sebagai askar sepoi. Mungkin orang seperti Karpal terasa bahawa Mat Sabu telah juga menuduh datok nenek dan saudara-maranya sebagai aparat British untuk menjajah Tanah Melayu.

Namun, kenapakah Mat Sabu begitu berdendam dengan Bukit Kepong?

Filem Bukit Kepong sering ditayangkan oleh media elektronik untuk membangkitkan rasa sayang kepada negara dan rasa syukur rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional serta mengingatkan rakyat kepada negara kita yang asalnya kucar-kacir kepada negara yang aman. Filem Bukit Kepong mengingatkan bahawa orang Melayu mesti bersatu di bawah satu payung dan juga mengingatkan orang Melayu kepada keganasan komunis dan akibatnya jikalau bersetongkol dengan mereka. Akibat dari itu, PAS berasa tidak senang dengan filem Bukit Kepong kerana ini menjauhkan mereka dari DAP dan seterusnya PAS. Fobia inilah yang menyebabkan Mat Sabu tiada hati perut menidakkan peristiwa Bukit Kepong dan mengangkat pengganas komunis sebagai wira sebenar.

Dalam hal ini, Mat Sabu seolah-olah ingin mengatakan bahawa dialah Mat Indera zaman mutakhir ini. Pengkhianat yang sebenarnya hero, walaupun bersetongkol membunuh dan membakar hidup-hidup orang yang cedera, laki dan perempuan hatta kanak-kanak.

Mat Sabu mengugut untuk menyaman Utusan. Baru-baru ini pun Mat Sabu mahu menyaman polis akan kes “kecederaan”nya, tetapi sehingga hari ini tiada pun saman dibuat.

Maka, tidak hairanlah selepas ini, apabila muncul isu baru, Mat Sabu akan menyenyapkan diri. Bukankah bijak jika Utusan pula menyaman Mat Sabu biar sehingga  bak 7 keturunan pun tidak mampu mengangkat muka mereka di atas bumi Tanah Melayu ini?

 

 

Kes Liwat Anwar:Kenapa Karpal Takut Ganyang Saiful?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , on February 8, 2010 by maharajazhou

Hari ini sepatutnya tibalah masanya bagi Karpal “mengganyang” dan “melunyaikan” Saiful. Penulis menunggu dengan sabar pagi tadi, apakah hujah-hujah General No. 1 Brader Anwar Bin Ibrahim untuk men”counter” hujah-hujah pihak pendakwaan sebelum ini.

Penulis merasakan penyokong-penyokong PKR terutamanya mengharapkan Karpal Singh mampu menggertak Saiful sampai terkencing apabila bertanyakan soalan-soalan berkenaan waktu dan masa dia diliwat, ataupun betulkah kronologi dan kata-kata yang diucapkan oleh Anwar, supaya tidak konsisten dengan kenyataannya sebelum ini.

Perbicaraan yang sepatutnya bermula awal, terpaksa ditangguhkan sempena menunggu Karpal yang tiba pada 10.00 pagi.Mungkin jam waktu Medan ataupun waktu Haadyai barangkali dipakai oleh manusia yang mahu mayatnya dilangkah jika mahu diwujudkan negara Islam ini.

Kita sangkakan bunga silat Karpal bunga silat cekak hanafi ataupun gayung, rupanya silat seribu langkah. Si Karpal sudah tidak ada modal. Hanya dengki kesumat dengan Utusan saja yang ada. Penulis telah memberi ulasan,Malaysiakini dan Zunar lebih biadap dan jijik dari Utusan,malah bukan sekali, hari ini juga, Zunar biadap lagi, membuat karikatur kononnya tuduhan terhadap Anwar adalah konspirasi Perdana Menteri.

Sekali lagi Zunar menghina mahkamah,cuma kali ini secara tidak nyata apabila menggambarkan tuduhan Anwar adalah konspirasi Perdana Menteri tanpa bukti. Berkatkah rezeki si Zunar makan duit fitnah yang dibayar oleh Malaysiakini?

Karpal nampaknya kurang upaya kali ini membela Anwar Ibrahim sehingga isu remeh-temeh tentang laporan Utusan menjadi isu besar. Isu sebenar adalah untuk membuktikan Anwar tidak meliwat Saiful,bukannya etika kewartawanan Utusan Malaysia (suatu tuduhan yang mungkin boleh dibahaskan lebih lanjut di forum yang lain).

Yang pasti, Anwar pasti tersenyum dengan tindakan Karpal ini.Cumanya,adakah penyokong-penyokong Anwar yang dikerah dan dipulas dari jauh mampu tersenyum kambing dengan perkembangan semasa ini?

Karpal Desak Anwar ‘Resign’ Ketua Pakatan Lanun..Ooops..Rakyat

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , on February 9, 2009 by maharajazhou

Harakah Kopi Jandaily melaporkan Sabtu lepas bahawa Barisan Nasional adalah lanun.Ini berdasarkan kepada ceramah yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS,Datuk Husam Musa dalam satu majlis di Taman Melewar.

Husam Musa berkata:

“Lanun ini tidak ada hati perut dan tidak ada undang-undang dan Adun Pakatan Rakyat adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, jadi kalau orang itu ada hati perut mereka tidak akan buat kerja seperti ini kerana ia melukakan perasaan rakyat.”

Marah Husam kerana ada ADUN Pakatan Rakyat yang melompat jadi Bebas dan ada pula lompat semula ke dalam UMNO.Lanun betul UMNO kerana “curi” ADUN Pakatan Rakyat.Langgar perlembagaan betul UMNO.

Penulis sampai sekarang tidak setuju dengan acara lompat-melompat,dan tetap konsisten. Tapi,macam mana kes 16 September dulu?Ada orang nak bentuk kerajaan dengan curi MP dan ADUN yang dipilih oleh rakyat dengan cara yang disebut oleh Husam,‘melukakan perasaan rakyat’.

Jadi, lanun besar yang lebih besar dari lanun Somalia adalah Pakatan Rakyat dengan Ketua Lanunnya, Anwar Ibrahim Al Saiful Bukhari.Bukan dua orang,bukan tiga orang, tetapi 31 orang yang nak dilanun oleh Anwar Ibrahim Al Saiful Bukhari.Jack Sparrow pun tabik spring dengan Brother Anwar.

jack-sparrow

Penulis tak pandai superimpose gambar macam Masterdedah.Kalau tak..ehemm..ehemm..Culik dua-tiga orang,Husam kata lanun.Nak culik 31 orang bukan keroje lanun jugak ke Cik Husam?Bila tak pandai melanun,itula Yeob kena kejor..Tak gitu?

Al kisah, Karpal Singh tak setuju dengan amalan Pirates of Carribean si Anwar ni.Karpal mahu Anwar bertaubat dari pasang niat nak melanun.Pasal nak melanunlah,tumbang Kerajaan Boneka DAP di Perak.

Kerana Anwar mempromosikan amalam melanun Wakil Rakyat,Karpal suruh Anwar letak jawatan.Ikut makhraj Pak Syeikh, “Rrrrrresignn”.

anwartutupmulut1

“Undur Anwar Undur!”Karpal kata.Nak tutup mulut Karpal,bekas bos Saiful Bukhari kata dia frust tak dapat saman Sultan.La ni mai Pak Syeikh ajaq hang macam mana tutup mulut.Nampak tak macam mana nak tutup mulut…Nampak tak,Karpal?

Kalau Karpal boleh berjalan, mahu sahaja dia berarak sambil pegang banner,”Undur Anwar Undur!” dengan Gobind.Karpal juga menegur Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng atas kapasitinya sebagai Syeikhul Kabir DAP supaya jangan ikut lagi promosikan budaya lanun-melanun ini.Tak baik dan mesti bertaubat kata Karpal.Jangan jadi penentang…responden…defenden.

Pak Syeikh Anwar Al Saiful Bukhari tidak setuju saranan untuk bertaubat nasuha dan “rrresign”.Dia kata Syeikhul Kabir DAP ini marah kerana tidak diberinya si Karpal saman Sultan Perak.Bila jadi begini, masing-masing tuding jari.Apa kaitan lanun-melanun dengan kecewa saman Sultan,penulis pun tak tahu.

Gamaknya, Brother Anwar Bin Ibrahim sayang jawatannya sebagai Ketua Pakatan Lanun..oopss..Pakatan Rakyat walaupun disuruh berundur.