Archive for MPMUM

Kenapa Jemaah Islam Kampus Projeksikan Shafie dan Aizat?

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , on March 4, 2009 by maharajazhou

Putaran tarbiyyah PMIUM ataupun nama dalamannya Jemaah Islam Kampus(JIK) hampir lengkap kitarannya.Minggu pertama selepas tamatnya peperiksaan akhir semester dua ini bakal menyaksikan berapa ramai lagi mahasiswa dan mahasiswi lagi yang akan terperangkap dengan bai’ah.

Penulis telah memberi amaran kepada pihak SPKUM supaya memantau perjalanan usrah dan tamrin.Anak-anak usrah sepatutnya diterangkan akan natijahnya menyertai tamrin PMIUM.

Maka, pada saat-saat akhir inilah tamrin terakhir sebelum Tamrin Panjang akan diadakan.Ketika ini, fikrah anak usrah akan dijelaskan dan merit akan diberikan.

Anak usrah yang belum jelas lagi akan diberi peluang kerana pada zaman mutakhir ini walaupun telah berjaya merebut jawatan Presiden MPM,tetapi golongan yang jelas fikrah terutamanya dari fakulti tidak seramai dahulu.

Terdapat dua watak yang selalu di”highlight”kan oleh Mahasiswakini kebelakangan ini.Mohd Shafie Hashim (Setiausaha Politik Presiden MPMUM) dan Mohd Aizat Mohd Salleh.Yang hairannya,Shafie hashim bukanlah sesiapun dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa, dan Aizat pula hanyalah manusia yang menang tanpa bertanding di API.

Jika dibandingkan dengan Hafiz Ilyas,siapakah Shafie?Namun, Hafiz Ilyas hanya terkontang-kanting dan terhegeh-hegeh dihantar MPM kononnya untuk menyelesaikan masalah penghuni Kolej Kesepuluh.Ayuni pula diam seribu bahasa.Nama-nama yang dipopularkan oleh Pro-Mahasiswa, hanya tinggal kenangan.

Yang dipopularkan adalah orang-orang yang tidak dipilih secara demokratik.Tetapi, ini tidak menjadi persoalan kerana “kerajaan” yang ada di UM pun hanyalah kerajaan minoriti,mereka yang ada 19 kerusi menguasai yang majoriti iaitu 20.

Jadi jangan hairanlah, apabila mereka berkuasa,orang yang tiada kena mengena dengan pengundian dinaikkan dan dipopularkan mengatasi mereka yang dipilih oleh mahasiswa.Mungkin inilah yang tidak dapat dibayangkan oleh wakil-wakil Bebas dari Undang-undang.Maka, tuai sahajalah hasil yang ditanam.

Jemaah Islam Kampus sudah pasti mempunyai pengganti kepada Haafizuddin Abierah.Nama Haafizuddin juga telah senyap dalam lipatan sejarah. Sekali-sekala muncul nama Bendaharinya.Tetapi yang lain menuruti Yang Dipertua mereka.

Apakah Shafie Hashim,Amir Kampus baru kepada Jemaah Islam Kampus?Adakah segala publisiti yang diberikan kepadanya tanda membiasakan orang ramai dengan “kredibiliti” Shafie?Adakah sebab itu seorang Setpol yang tidak pernah dipilih oleh mahasiswa mendapat tempat lebih dalam mesin propaganda Pro-M?

Maka, ingatlah bahawa tipu-daya Pro-M tidak ubah seperti taktik Yahudi yang mempromosikan Obama sejak 2006 lagi.Hasilnya, dalam kotak pemikiran rakyat jelata Amerika, Obama sahajalah harapan mereka.

Ya, perubahan, tetapi perubahan untuk agenda politik sempit mereka yang menguasai mesin propaganda.

Advertisements