Archive for Ngeh Kam Hoo

Lucutkan Gelaran Datuk Seri Dari Nizar!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , on February 6, 2009 by maharajazhou

Nizar memohon derhaka kepada Sultan Perak.Nizar tidak berlajar dari sejarah nampaknya.PAS juga tidak belajar dari sejarah nampaknya.Nizar dan PAS lupa kes Datuk Ahmad Said lawan DUN Terengganu.Nizar dan PAS lupa kes DS Shahidan Kassim dengan Istana Perlis.

nizarngeh

Daulat Ngehku!Itulah Sultan sebenar si Nizar yang menyebabkan dia perasan dan biadap dengan Seri Paduka Sultan Azlan Shah.

Mana Prof. Aziz Bari?Pergilah tanya Prof. Aziz Bari.Patut atau tidak engkau berundur?Sultan sudah meminta Nizar berundur,tetapi Nizar degil.Sultan si Nizar adalah Pak Ngahnya,Ngeh Kam Hoo.Inilah Nizar tidak guna akal.

Nizar syok sendiri kerana kononnya ada 10ribu  berhimpun di Kediaman MB.Biarkan,mereka sasarkan 100 ribu,jadi cuma 10 persen saja targetnya tercapai.Tapi penulis rasa dalam 5 ribu ke 7 ribu sahaja.

Itu tidak penting kerana biasalah,penyokong PAS seantero pelusuk negara yang datang.Bukan semua warga Perak.Salahuddin pula seolah-olah tidak yakin dengan suara rakyat Perak memanggil pemain import untuk meramaikan keadaan.

Bagi penulis,biarkan.Rakyat Perak akan bertambah meluat.Pihak Polis patut tengok sahaja gelagat Nizar dan penyokongnya,lama-kelamaan.Habislah gas mereka.

nizar_salam_amoi

Nizar ikut Undang-Undang Tubuh ke atau Undang-Undang *U*UH yang degil tak mahu letakjawatan?(Minta maaf,formula ini diajar oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Prof.Emeritus Shanon bagi pengikut Nizar yang tak faham bahasa,semoga ikut petua ini,mereka lekas-lekas pandai.)

Rakyat tahu siapa Sultan Perak.Ingat tak apa kata Nizar?Nizar bilang dia akan akur kepada apa sahaja keputusan Sultan.Nizar macam Bani Israel.Dia ingat sebab Sultan Perak yang pilihnya,dia boleh lakukan apa sahaja.Tibalah masanya,Nizar menjadi seumpama beruk hari Sabtu di pandangan Raja dan rakyat negeri Perak.

Bagi penulis,Nizar terang-terang melanggar Rukunegara.Taat setia kepada Raja dan Negara. Oleh itu,penulis menyeru Istana Perak agar menarik balik gelaran Datuk Seri dari Nizar Jamaluddin atas kebiadapan dan penderhakaan Nizar yang melampaui batas itu.

*Semasa artikel ini ditulis,Nizar bercadang hendak menyaman Sultan Perak.Betapa biadapnya Nizar.

Advertisements

DAP Bakal MB Perak Jika Nizar Berjaya Bubarkan DUN Perak!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , on February 4, 2009 by maharajazhou

*Nota: Setakat artikel ini ditulis,Sultan Perak belum memberi perkenan pembubaran DUN ataupun memberi izin kepada BN menubuhkan kerajaan di Perak.

MB Nizar nampakanya tidak sabar-sabar untuk mengisytiharkan pembubaran DUN Perak.Menurut Malaysiakini dan Utusan Malaysia,Nizar gagal mempengaruhi Sultan Azlan Shah untuk memperkenankan pembubaran DUN walaupun telah masuk 2 jam dengan usaha jayanya berkeliaran untuk mengadap Tuanku.

nizar

Nizar mengandaikan bahawa dirinya akan terlantik semula sebagai MB jikalau PR menang semula selepas pilihnaraya DUN Perak.Dia tentu tidak menyangka bahawa sudah tentu DAP akan mencalonkan beberapa calon Melayu sebagai bakal MB.Inilah penutup kepada pengkhianatan Nizar terhadap orang Melayu di Perak jika usahanya membubarkan DUN berhasil nanti

Jika mengikut lojik akal,tidak hairan Seri Paduka Baginda tidak berkenan.Pilihanraya umum baru sahaja lepas 10 bulan (lebih sedikit).Bayangkan betapa banyaknya duit yang bakal dibelanjakan,betapa banyak tenaga yang bakal dibazirkan, dan berapa banyak rakyat jelata yang bakal bermasam muka semula akibat kempen siasah yang tidak putus-putus.

Sultan Azlan Shah tahu perkara ini.Maka,munasabahlah di atas kertas tuntutan Nizar patut ditolak mentah-mentah.Walaupun Harakah cuba menyatakan yang sebaliknya menurut lidah Nizar,tetapi orang yang berakal,semestinya tahu bahawa Nizar telah kecewa apabila Istana tidak memutuskan segera untuk menyokong gesaan Nizar tersebut.

Namun,Nizar tidak membaca firasat jauh Tuanku yang berdarah Parameswara dan waris sah Kesultanan Melayu Melaka.Adakah Nizar telah lupa bahawa Ngah akan mencari sehingga lubang cacing calon-calon Melayu untuk partainya?Maka,ingatlah,bahawa selepas ini jika usaha Nizar berjaya membubarkan DUN Perak,yang akan menjadi MB Perak adalah Melayu boneka DAP,bukannya Nizar.

Inilah yang mesti dibaca oleh PAS di Perak.Tetapi,Nizar terlalu naif.Makan minum dan tidurnya adalah Pakatan Rakyat.Namun,DAP tidak.DAP memikirkan survival kaum tertentu sahaja.Nizar tidak memikirkan Islam apatah lagi Melayu sewaktu berbuat keputusan.Nampaknya,Nizar berkira-kira bahawa tindakannya adalah untuk mempertahankan mahkota dan Toyotanya sahaja.

Sebenarnya,Nizar telah mengkhianati harapan Tuanku Sultan Perak.Kenapa Nizar dipilih sebagai MB?Kerana diharapkan Nizar boleh menggunakan akalnya sebagai seorang jurutera profesional untuk mempertahankan hak bangsa.

Sultan boleh berkenan melantik MB dari kalangan bekas posmen dari PKR tetapi Tuanku tidak berbuat demikian.Tuanku memilih Nizar kerana memikirkan Nizar yang terpelajar dan mempunyai IR (professional engineer) itu diharapkan boleh menjaga orang Melayu dan tidak dungu menjual maruah bangsa pada harga yang sedikit.

Apabila diungkit Osman Jailu dan Jamaluddin Razi derhaka kepada Sultan kerana “ingkar” mempertahankan kerajaan PR Perak,sebenarnya Nizar telah derhaka kepada harapan Sultan Perak dan keluarga Diraja Perak terlebih dahulu.

Nizar telah derhaka mempertahankan tanah Perak dan memberikannya kepada “mereka itu” hampir buat selama-lamanya.Nizar telah derhaka kepada negara apabila menukarkan kereta Proton kepada Camry belumpun sampai tempoh.Nizar derhaka apabila mengutamakan Pakatan Rakyat daripada hak orang Melayu dan Islam.

Oleh itu,adakah Nizar hendak menutup penderhakaannya dan pengkhianatan terhadap orang Melayu dan Sultan Perak dengan membubarkan DUN sehingga DAP sempat mencari “melayu buta” sebagai calon MB?

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam marilah kita sama-sama doakan agar Baginda Sultan Perak tidak memperkenankan hasrat Nizar tersebut!!!

Kes Dua ADUN Perak:Perang Tiga Penjuru antara UMNO-DAP+PAS-PKR!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , , , on February 4, 2009 by maharajazhou

Kes dua ADUN PKR yang hilang sudah terjawab.Kedua-duanya mengisytiharkan tidak lagi bersama dengan PKR.Sebelum ini,pelbagai andaian dibuat.Ada yang kata sudah masuk UMNO,ada yang kata masih PKR. Tetapi,yang pasti tiada pilihanraya kecil di DUN Behrang dan Dun Changkat Jering.

osmanjamaluddin12

Kemelut DUN Perak mendedahkan kepincangan PAKATAN RAKYAT.PAS ingin mengambil semula DUN Changkat Kering,manakala PKR seperti gila talak mengatakan kedua-dua YB ini masih ADUN PKR

PAS sejak awal-awal lagi mahukan pilihanraya kecil diadakan.Berbanding dengan PKR yang masih tunggu dan lihat sebelum ini.Raja Petra Kamaruddin pula pro kepada pembubaran seluruh DUN.Bagi penulis,apa-apa sahaja adalah ketentuan ALlah Taala,samada tiada pilihanraya kecil,berpilihanraya kecil ataupun dibubarkan DUN itu adalah ketentuan-Nya.

Cumanya,apabila terjadi peritiwa ini,penulis semasa di Masjid teringat adakah peristiwa tahun 1961 di Terengganu akan berulang?Kerajaan PAS Terengganu yang ditubuhkan selepas pilihanraya 1959, tumbang selepas ada ADUN-ADUNnya yang melompat ke Perikatan.Maka,tatkala ini,tidak mustahil perkara yang sama berulang.

Namun,penulis sebenarnya lebih gemar diadakan pilihanraya kecil ataupun DUN dibubarkan walaupun pendapat penulis ini mungkin tidak digemari oleh penyokong-penyokong UMNO.Ini kerana kedua-dua ADUN ini sedang menghadapi tuduhan rasuah melibatkan RM 180 juta di Seri Iskandar.Oleh itu,mengikut hati dhamir penulis dan juga rakyat jelata,kemungkinan dengan masuknya mereka kepada UMNO,ini akan mencemarkan imej UMNO.

Walaupun dari segi siasah,sepatutnya,UMNO mengucapkan ahlan wa sahlan kepada kedua ADUN ini,namun dari segi moral,penulis lebih senang meletakkan isyarat berhati-hati.Ini dapat dilihat bahawa PKR masih belum bersedia menceraikan kedua-dua ADUN ini.Jika ada permainan yang berlaku,ia adalah permainan yang melibatkan”inner-circle” PKR yang  tidak diketahui PAS dan DAP.

Jika begitu,tidak hairanlah PAS dan DAP begitu gelabah dan gusar.Yang tampak paling nyata adalah MB Nizar.Seolah-olah,seperti tiada esok untukmu jika dilihat pada wajahnya. Ditambah pula dengan pendirian Pemangku Sultan Perak,Raja Nazrin Shah yang mengingatkan semua bahawa baginda tidak mahu campur dalam hal politik Perak.Mula-mulanya, mungkin isyarat dari Tuanku ini disambut gembira pembangkang tetapi sekarang,ternyata,Nizar,Ngeh dan co.,terpaksa berhadapan sendiri kemelut ini.

Tetapi,jikalau dilihat dari kronologi penceritaan kes ini,ternyata,PKR dan DAP tidak demokratik.Anwar telah memaksa semua ADUN-ADUN PKR untuk menandatangani surat Aku Janji untuk tidak melompat parti.Tidak seperti UMNO yang kononnya didakwa tidak demokratik.Ini menunjukkan bahawa PKR tidak mempercayai calon-calonnya, suatu perkara yang mendedahkan sikap Anwar yang sebenar.

Oleh itu,tidak hairanlah, ada bunyi-bunyi yang menyeru PAS mengambil semula DUN Changkat Jering dari PKR:

“Selain itu seorang bekas kakitangan kerajaan, Daud Ishak, 62 mahu pilihan raya diadakan tetapi mahu kuota kerusi Changkat Jering ini diserahkan kembali kepada PAS memandangkan kawasan ini sejak dulu merupakan kubu kuat PAS dan tidak mahu insiden ‘pisang berbuah dua kali’ berulang yang menjejaskan nasib penduduk di sekitarnya. “

PAS ternyata ingin mengambil semula DUN ini untuk menguatkan kedudukannya (baca:kedudukan Nizar)setelah ada khabar yang mengatakan bahawa tidak mustahil PKR akan mengambil alih kerusi Menteri Besar jikalau cukup ADUN-ADUN UMNO yang melompat.Namun,apabila hilangnya Osman Jailu dan Jamaluddin Razi,perancangan PKR gagal.Namun,yang terpucat lebih adalah Nizar.

Harakah mendedahkan bahawa Jamaluddin bertanggungjawab menyebarkan hal dalaman Kerajaan Negeri Perak dan memberitahu khalayak ramai bahawa Nizar hanyalah boneka kepada DAP.Maka,tidak hairanlah apabila keluarnya Jamaluddin,maka lebih pucatlah Nizar.

Sekarang ini,Harakah mewarwarkan pula Osman Jailu akan disambut dengan kasut jika berani pulang ke Changkat Jering.Tetapi,di muka surat yang sama temuramah telah dibuat Harakah dengan seorang pengundi,bahawa ini Osman Jailu seorang yang bermaruah dan berbudi pekerti.

Menurut Haji Hanif Mohammad,hasil dari persahabatan dengan Osman Jailu:

“Secara peribadi saya lihat dia baik dan dia tak sanggup untuk menggadai maruahnya tetapi mungkin akibat desakan tekanan yang begitu tinggi dan ugutan, beliau terpaksa berbuat demikian yang mungundang marah penduduk.”

Jadi mana satu yang betul?Osman mesti dibaling kasut ataupun dia seorang yang baik?Adakah menjadi ADUN Bebas itu atas dasar diugut kerana jikalau menjadi ADUN UMNO barulah telahan ini munasabah?

Yang nyata,pertempuran ini berlaku bukan lagi antara PR dan BN tetapi perang 3 penjuru antara UMNO dengan PAS+DAP dengan PKR.