Archive for Nik Aziz

PAS Diperbodohkan Karpal. PAS Redha Pulak tu.. Kasihan..

Posted in Politik Nasional with tags , , , on December 19, 2011 by maharajazhou

Lihatlah betapa Karpal memperbodohkan pemimpin-pemimpin PAS. Itu pun masih orang-orang PAS tak sedar dan redho diperbodohkan malah tumpang suka pula kena permain..

 

Advertisements

Ulamak UMNO atau Ulamak Asha’irah Kafirkan Nik Aziz?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on November 25, 2011 by maharajazhou

Penulis baru-baru ini terjumpa cabaran dan “sindiran” dari agamawan-agamawan pro-PAS (ataupun sebahagian sudah bebai’ah dengan PAS pun) yang terdiri dari golongan Asha’irah dan Tajdid (sekepala dengan Dr Mohd Asri) dalam portal al-ahkam.net. Ini berikutan video klip seorang guru pondok mengkafirkan Nik aziz tentang isu Allah Istawa di atas Arsy:

Nik Aziz sebelum ini pun telah menjawab dan menjelaskan isu ini seperti dalam aqidah ahlus salaf yang lain dan meminta golongan yang tidak bersetuju dengannya supaya datang bertemu dengannya:

Dari bab aqidah, kami di Maharaja Zhou tidak ada masalah dengan Nik Aziz mahupun Haji Hadi. Kami cuma bermasalah dengan Nik Aziz dari politik mengikut apa yang diturunkan oleh Allah, yang disabdakan oleh Rasul, yang diamalkan oleh para sahabah, para tabi’in, ittaba’ tabi’in dan ulamak-ulamak besar Ahli Sunnah wal Jamaah. Islam ini perlu diamalkan secara keseluruhan bukan suku-suku, aqidah mesti Islam, politik mesti Islam, dan hukum juga mesti Islam dan bukan pula di ambang kuasa tiba-tiba tidak wujud negara Islam ataupun ayat tentang hudud cuma 0.05% sahaja.

Isu ini seolah-olah diletakkan di atas bahu ILMU ataupun Ulamak Muda UMNO. Isu ini adalah sebahagian dari masalah besar umat yang diperjuangkan oleh ulamak-ulamak salaf zaman-berzaman. Adakah al-ahkam.net telah membetulkan isu Allah Istawa atas Arsy di kalangan umat? Adakah jawapan al-ahkam.net sama seperti Nik Aziz ataupun guru pondok tersebut? Bolehkah al-ahkam beritahu dua-duanya betul? Ataupun salah satunya salah.

Guru pondok tersebut tidak berminat soal UMNO atau PAS. Jika DS Najib beritahu Allah sila lendik atas Arsy, maka guru pondok itu akan kafirkan UMNO pula. Kebetulan Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS. Jika ditanya Guru Pondok itu tentang Fathul Bari dan kawan-kawannya, maka UMNO pulalah yang kafir, yang tidak kafirnya adalah PAS.

Isu ini adalah isu antara fahaman pondok dan fahaman salaf ataupun mereka yang terpengaruh dengan aliran salaf (seperti Nik Aziz yang ambil suku-suku). Bukan isu Ulamak UMNO kafirkan Nik Aziz.

Cumanya, guru pondok tersebut lebih ikhlas dan jujur dalam ilmunya berbanding dengan seorang lagi yang sefaham dengannya:

Lihat terutamanya 10.00 minit ke atas.

Jika begitu, tidaklah Wahabi Ust Rasul, Ust Fathul Bari dan sebagainya, sebab jawapannya sama sahaja dalam bab aqidah dengan Nik Aziz.

 

 

Salah UMNO Lagi…

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , on November 24, 2011 by maharajazhou

Kelantan telah diperintah oleh PAS sejak 21 tahun lepas. Kita tahu tidak semua perkara kerajaan tidak kira pusat ataupun negeri boleh selesaikan. Tetapi, di sebuah negeri yang diperintah oleh “Tuan Guru” harap-harapnya tidaklah apabila gagal dalam membanteras maksiat, alasan yang diberikan adalah: Ini salah UMNO.

UMNO sudah tidak memerintah sejak tahun 1990. Sudah 21 tahun, mungkin orang boleh menerima Kelantan tidak membangun fizikalnya tetapi jikalau spiritualnya yang merupakan slogan yang selalu dicanang-canangkan maka kepimpinan tersebut perlu memikirkan apakah faktor yang menggagalkan usaha untuk mencapai KPI tersebut?

Kadangkala, kita menuduh sekian negara itu kurang Islamik ataupun kurang tarbiyyah apabila rakyat negara itu hanya berpurdah di negaranya tetapi melondehkan auratnya sebaik sahaja kapal berada di perairan antarabangsa. Dan menolak negara sekian-sekian sebagai sebuah negara Islam yang syumul di usrah-usrah dan tamrin-tamrin kerana perlakuan rakyatnya. Jadi, adakah ini keadaan di Kelantan ini merupakan model negara Islam..oops..minta maaf..negara berkebajikan yang PAS hendak tubuhkan?

Apa pun, bukanlah masa kita menuding itu dan ini, tetapi sebagai muhasabah kepada Tuan Guru dan Pas Kelantan bahawa realiti pemerintahan bukanlah semudah kertas kerja usrah dan tamrin. Sepenggal mungkin orang boleh terima tetapi 21 tahun, bak kata Tun…Dah lama Daah….

Azhar Idrus Sesatkan Nik Aziz dan Haji Hadi??

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , on November 23, 2011 by maharajazhou

Azhar Idrus kate sokong sekular tu sesat. Jumhur ulamok kate sesat. kalau gitu, sokong Anwar Berahing pung sesat jugok gitu dok? Anwar Berahing tu tak ke sekular? Jadi, Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi tu pung sesat jugok. Kalau Anwar Berahing dok sesat, lamo doh die masuk PAS mase kene pecat, tapi dia buat Keadilang samo dengang bini die gabung dengan puok-puok sekular, puok adik kominih, puok-puok ABING yg Ustad dok lawang dulu-dulu..

Nanti jadi PM bukang Ayoh Chik tapi Nuar Berahing.. angkat pemimping sekuler..Ayoh Chik, Nik Aziz puok-puok PAS belake.. jadi sesat belake puok-puok PAS..dok gitu?

Ustaz Azhar Idrus: Memunahkan DS Najib, Menyesatkan Ust Salaf Tapi Bersetuju dengan Nik Aziz Atas Perkara Yang Sama

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , , on November 21, 2011 by maharajazhou

Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang Ustaz yang makin popular terutamanya di Facebook, Youtube dan VCD-VCD.

Kecenderungan dia kepada aliran lama, anti kepada hujah-hujah salaf dan menyokong PAS bukanlah satu rahsia.  Malahan, terdapat blog pro-UMNO dan Kerajaan yang menutup mata kepada ustaz sebegini atas dasar “school of thought” ataupun kecenderungan agama yang sama  dan lebih cepat membantai dan mencurigai ustaz-ustaz dari kalangan Ulamak muda UMNO yang jelas fikrahnya dari sudut politik Islam dan ketaatan kepada pemerintah.

Dalam klip di atas dan dalam kuliah-kuliah ugamanya, sudah terang bahawa Nik Aziz dan Haji Hadi adalah “wahabi”. Soalan-soalan seperti di mana ALlah, sifat-sifat Allah, maulud Nabi, talqin, tahlil kesemuanya sama seperti pendapat ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang cenderung kepada salafi. Tetapi, yang membezakan “wahabi” Nik Aziz/ Haji Hadi dengan “wahabi” salafi adalah atas isu masuklah Islam secara keseluruhan. Politik salafi adalah taat kepada pemerintah, ibadah salafi adalah ibadah kerana Allah, dan kecederungan salafi adalah mengikut sebenar-benarnya Al Quran dan sunnah, atsar para sahabah dan juga pendapat-pendapat ulamak-ulamak salaf yang tidak bercanggah dengan ketiga-tiga sumber yang sebelum ini.

Oleh itu, kami di Maharaja Zhou menyeru kepada Ustaz Azhar Idrus supaya berlaku adil, jangan kerana hendak menjaga hati peminat kuliah, “wahabi” yang terang “sesat” (mengikut kefahaman guru-guru dan aliran Azhar Idrus) seperti Hj Hadi dan Nik Aziz tidak disesatkan, tetapi “wahabi” yang tidak mendatangkan untung dan mendatangkan jumlah pengunjung, peminat dan customer pula disesatkan dan dikatakan jahil, bodoh, anjing dan sebagainya.

Yang dinamakan ulamak pengampu itu bukanlah semata-mata dalam ertikata mengampu pemerintah untuk mendapatkan laba dunia dan pangkat semata-mata, tetapi dinamakan juga ulamak pengampu dan penjilat itu ulamak-ulamak yang menyembunyikan yang benar untuk mengampu pendengar-pendengar dan pengikut-pengikut degan mengikut kehendak hawa mereka supaya mereka ini kekal menyumbang untuk kedudukan dan kehidupan duniawi mereka yag dinamakan ulamak ini.

Jawapan Sah ke Tidak Haji DS Najib Dari Bekas Aktivis PAS

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , , , , , on November 11, 2011 by maharajazhou

Nota: Dr Haji Abdul Rahman Abdul Kadir diberitakan merupakan seorang bekas ahli Jemaah Islam Kampus (JIK) iaitu sayap bawah tanah kepada PAS di Universiti Malaya. Oleh itu, selain dari pendedahan penulis dari sumber-sumber yang pernah/sedang berkhidmat di Universiti Malaya dan juga bekas-bekas ahli Jamaah PAS dari Universiti Malaya, penulisan Dr Haji Abdul Rahman juga merupakan sumber sejarah dan aktiviti Jamaah yang tidak boleh diabaikan (klik sini).

Difahamkan dari blog-blog dan juga rakan-rakan maya penulis, Dr Haji Abdul Rahman giat menulis di dalam facebook tentang tipu helah PAS dan juga giat berdakwah kepada sahabat-sahabat beliau yang masih di dalam PAS khususnya yang sudah berbai’ah di alam kampus untuk meninggalkan gerakan bathil ini. Penulis berharap beliau akan terus menulis malah penulis berharap jikalau ada penulisan yang baru tentang PAS secara am dan tentang JIK dan PMIUM secara khususnya, amatlah dialu-alukan.

1. Hari Raya Haji baru sahaja berlalu.

2. Ketika saya menulis nota ini, maka kita sedang melalui hari-hari Tasyrik. Umat Islam masih lagi melakukan ibadat korban dan masjid-masjid masih lagi mengalunkan bacaan Takbir Hari Raya setelah solat 5 waktu.

3. Di Malaysia dan juga di mana-mana pun seluruh dunia, suasana Hari Raya Haji tidak semeriah dan segemilang seperti suasana bagi orang-orang yang menyambutnya di Mekkah, iaitu para Jemaah Haji.

4. Bayangkan, segala kesusahan dan pengorbanan mereka meninggalkan ahli keluarga, berkorban wang ringgit dan harta benda, serta mengharungi kesesakan jutaan manusia dalam keadaan berpantang ihram semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah SWT dalam mengejakan Rukun Islam yang ke 5 ini.

5. Saya terpilih untuk mengerjakan Haji dan berkhidmat untuk negara pada tahun 2008 semasa Operasi Haji tahun itu.

6. Ia merupakan satu kenangan paling manis dalam hidup saya dan tidak dapat saya lupakan selamanya.

7. Ia tetap menjadi kenangan paling manis bagi saya, walaupun pada tahun itu saya mengharungi dua perkara paling mendukacitakan dalam hidup saya, iaitu kewafatan ayah saya dan kekecewaan di dalam kehidupan.

8. Seolah-olah Allah SWT menjemput saya ke rumahNya bagi mengubati hati saya serta menghiburkan saya seperti yang dilakukan Allah kepada Rasulullah pada Tahun Kedukacitaan.

9. Saya berada di sana selama 82 hari, satu tempoh yang cukup lama jika dibandingkan dengan Jemaah Haji Malaysia yang kebanyakannya duduk di Tanah Suci sekitar 45 hingga 52 hari sahaja.

10. Justeru itu, semasa berada di sana saya luangkan secara maksima untuk beribadat, berkhidmat, mengejar peluang berdoa di tempat-tempat mustajab serta menghayati serta menghayati sirah peninggalan Rasul.

11. Setiap tahun selepas dari itu, saya sentiasa merindui untuk pergi semula beribadat di sana. Tahun 2009, saya ditawarkan sekali lagi tetapi saya terpaksa menundanya kerana sedang melanjutkan pengajian.

12. Saya amat gembira melihat jemaah-jemaah haji bertolak saban tahun pergi ke Mekkah. Dari adik beradik saya, orang kampung dan jiran tetangga hinggalah kepada pemimpin negara atau negeri yang berkunjung saban tahun ke Tanah Suci, semua ini menggembirakan hati saya dan saya sentiasa mendoakan semoga ibadat haji mereka diterima dan mereka pulang sebagai insan yang lebih baik dari sebelumnya.

13. Malah ketika Nik Aziz menunaikan haji pun, saya bergembira dan mendoakan agar dia pulang dan meninggalkan politik khawarij dan kembali kepada sunnah yang sebenar.

14. Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah berangkat menunaikan haji bersama ahli keluarga terdekat dan beberapa pemimpin kerajaan. (Ini bukanlah Haji pertama bagi Perdana Menteri)

15. Malangnya, pemergian beliau tidak terlepas dari tohmahan dan diremeh-remehkan.

16. Saya cukup hairan, bermula dari hari pertama beliau tiba di Mekkah, gambar beliau diiringi askar Saudi untuk melakukan Tawaf disiarkan di media-media pro pembangkang serta blog-blog pro pembangkang juga di facebook wall rakan-rakan yang menyokong Pakatan.

17. Seorang sahabat yang menyokong PAS mengirimkan gambar di atas kepada saya dan menulis,“aku nak komen skitla pic terkini ni…najib ni masih blum kukuh keimanan dia, masih bergntung harap pada org lain (askar yg mengelilinginya), moga diberi hidayah utk melihat Islam yg sebenar2nya…”

Gambar ini menjadi ukuran tahap keimanan seseorang? (Ihsan Dr Hj Abdul Rahman)

18. Saya cukup hairan dengan fikiran mereka-mereka yang taksub dengan pembangkang khususnya PAS ini.

19. Bagi mereka yang sudah biasa ke Tanah Suci, sudah semestinya mengetahui bahawa ini adalah merupakan protokol keselamatan Saudi bagi mana-mana pemimpin negara yang datang menunaikan Haji di Mekkah.

20. Malah para Imam Masjidil Mekah seperti Syaikh Abdul Rahman As Sudaisi dan Syaikh Syuraim yang bacaan Quran mereka sering berkumandang di radio-radio serta di dalam kereta kita masuk untuk mengimami solat 5 waktu di Mekah turut berada dalam kawalan keselamatan tentera Saudi sama seperti yang dilakukan terhadap Perdana Menteri kita.

21. Adakah para pentaksub ini ingin mengatakan bahawa para Imam Masjidil Haram Mekkah ini tidak kukuh keimanan mereka? Alangkah bodohnya orang yang beranggapan sedemikian.

22. Sesungguhnya kawalan keselamatan kepada Ketua-ketua kerajaan adalah merupakan Standard Operating Procedure(SOP) dan merupakan hak Raja Arab Saudi untuk memberikan penghormatan itu kepada tetamu baginda yang difikirkannya perlu.

23. Kawalan ini adalah perlu kerana sebarang perkara buruk yang berlaku ke atas pemimpin tersebut boleh menggugat hubungan diplomatik antara kerajaan.

24. Malah, Presiden Iran Ahmadinejad yang berakidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat juga dikawal sedemikian ketika datang ke Mekkah oleh Kerajaan Saudi! Inikan pula PM Najib Tun Razak yang berakidah Sunni.

Perhatikan tentera Saudi mengiringi Presiden Ahmadinejad. Konon Mamat ni takde tentera iring, kalau kena tikam tak ke perang Saudi-Iran? (Ihsan Dr Hj Abdul Rahman)

25. Isu kawalan keselamatan untuk Perdana Menteri ini bukan sahaja dimainkan dan dikritik oleh orang Islam, malah juga turut dipersendakan oleh orang bukan Islam.

26. Seorang sahabat saya telah memuatkan gambar PM dikawal tentera Saudi tadi di facebooknya dan kemudian mengatakan bahawa, “Bukankah sepatutnya semua manusia serupa di sisi Tuhan? Maka mengapakah keistimewaan sebegitu diberikan kpd PM?”

27. Saya menerangkan kepada beliau dan dalam proses itu saya terlibat di dalam satu perdebatan yang hangat dan panjang dengan seorang sahabat kepada sahabat saya ini yang merupakan seorang Atheist yang memandang agama sebagai satu penipuan sistematik.

28. Hujah si atheist ini sama dengan hujah rakan Muslim saya di atas, “Dia mempertikaikan, “Jika Tuhan begitu berkuasa, kenapakah perlu kepada kawalan keselamatan sebegitu rupa di Rumah Tuhan? Tidak yakinkah dengan kekuasaan Tuhan?”

Si Muslim tadi sebelum ini menulis,” Najib ni tak kukuh iman dia, masih bergantung harap pada askar yang mengelilinginya.”

29. Ini adalah merupakan satu kefahaman yang sesat dikalangan umat Islam. Apabila kita melihat ular di dalam rumah, kita akan lari atau mencari buluh untuk menghalau dan membunuhnya. Apabila kita melihat api, kita akan cuba memadamkannya atau memanggil bomba untuk mengawal kebakaran. Kita tidak duduk bersila di hadapan ular atau api tersebut dan berdoa semoga Allah menghalau ular dan memadamkan api. Ini adalah satu kebodohan, kerana Allah telah menganugerahkan fikiran dan otak untuk kita berfikir. Dalam kita berdoa, kita tetap perlu berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan kita.

30. Memang di dalam Islam, semua manusia adalah sama, tetapi agama kita juga mengajar kita untuk memuliakan dan mempertahankan serta melindungi pemimpin kita dari ancaman. Apakah kamu tidak berfikir??

31. Setelah isu kawalan keselamatan Saudi itu, gambar-gambar Perdana Menteri melakukan ibadat serta menziarahi para jemaah Haji Malaysia khususnya di Abraj Al Janadriyah (Ibupejabat Tabung Haji di Mekkah) menjadi bahan untuk kritikan para penyokong Pakatan.

32. Mereka mengatakan bahawa ini perbuatan menunjuk-nunjuk, riak dan amalan ibadat Perdana Menteri tidak diterima. Baca saja komen-komen di Malaysiakini yang cukup memualkan dari mereka-mereka yang merasakan diri mereka lebih Islam dari yang lain, berhak memberi komen berkenaan ibadat haji Perdana Menteri, sedangkan mereka ini tak pernah pun ke sana malah mak dan ayah mereka pun belum tentu sudah jejakkan kaki ke Tanah Suci.

33. Mengapakah neraca pengadilan para pentaksub ini berbeza-beza? Ketika Nik Aziz menunaikan Haji, penuh di blog-blog dan Harakah gambar Nik Aziz melakukan ibadat Haji, bersolat, tidur, gambar di tempat penginapan dan sebagainya. Semua gambar-gambar ini dipuja oleh para pentaksub ini. Tak pulak mereka kata ini menunjuk-nunjuk dan riak. Malah gambar-gambar ini ditatap dengan penuh takjub sambil air liur mereka meleleh memikirkan darjat tingkat syurga mana yang Allah tetapkan untuk Nik Aziz.

34. Mujurlah ketika Nik Aziz mandi ataupun berak tidak ada kamera. Jika tidak, itupun akan dilihat para pentaksub ini, mungkin hingga inzal.

35. Saya hanya menggelengkan kepala melihat ketaksuban para penyokong tegar PAS ini.

36. Kemuncaknya adalah apabila saya membaca Malaysiakini hari ini. Dimuatkan di berita utama Malaysiakini BM bahawa, Mufti Terkejut Perdana Menteri, Rosmah selesai tunai Ibadah Haji.

37. Di dalam versi Malaysiakini Bahasa Inggeris, berita ini diletakkan di bawah sedikit.

38. Ini jelas merupakan kesinambungan perbuatan jahat untuk menggambarkan bahawa Ibadah Haji Perdana Menteri telah rosak.

39. Lalu berkokok dan menyalaklah para pentaksub Pakatan ini dan menulis di sini sana bahawa Perdana Menteri jahil dan ibadah hajinya tidak diterima.

40. Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di sana (Mekkah) sahaja yang tahu rasanya menunaikan ibadat haji.

41. Semasa berniat ihram hinggalah melakukan semua kerja-kerja haji, setiap jemaah haji terikat kepada pantang larang haji seperti tidak boleh memakai wangi-wangian, diharamkan memakai pakaian berjahit, hanyalah dua helai kain ihram yang menyelimuti badan, haram menutup kepala, mencabut rambut atau bulu dan kuku dan banyak lagi.

42. Mereka berada dalam pantang larang ihram ini berhari-hari lamanya malah mungkin berminggu.

43. Setelah mereka berwukuf di Padang Arafah dan bermabit di Muzdalifah, maka mereka semua akan berangkat untuk bermabit di Mina.

44. Setelah tiba di Mina, iaitu pada hari Nahar (10 Zulhijjah, Hari Raya Haji), para jemaah akan berpusu-pusu untuk melontar di Jamratul Kubra yang merupakan Tahiyyatul Mina (penghormatan buat Mina).

45. Saat melontar pada 10 Zulhijjah itu adalah merupakan masa yang paling menggembirakan, mengharukan, saat yang kita rasakan kita begitu dekat dan disayangi oleh pencipta kita. Air mata akan bercucuran walaupun seberapa ‘brutal’, macho dan muka ‘legend’ sekalipun kita.

46. Ini kerana setelah melontar ini, dan bertahalul awal, maka para jemaah haji akan terbebas dari 10 daripada 13 pantang larang ihram.

47. Mereka sudah boleh berwangi-wangian, merapikan janggut dan bercukur serta memakai pakaian-pakaian Hari Raya yang berwarna-warni.

48. Mereka tinggal di Mina dan relax sahaja dari 10 hingga 13 Zulhijjah sambil menunggu masa melontar ketiga-tiga Jamrah, sebelum kembali ke Mekah menghabiskan kerja-kerja Haji lain yang simple.

49. Di Mina lagi para Jemaah Haji akan saling usik mengusik sesama mereka dengan memanggil sesama mereka Ya Haji Si Polan bin Si Polan dan Ya Hajjah Si Polanah bte Si Polanah. Sungguh meriah!

50. Dan setelah melontar pada Hari Nahar tadi itulah, maka kebiasaannya Jemaah Haji akan menelefon para ahli keluarga serta kenalan rapat di Tanah Air untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa ‘urusan haji mereka selesai’.

51. Saya sendiri menelefon ibu saya dengan tangisan kegembiraan setelah melontar sambil memaklumkan, “Dah melontar mak. Dah selesai dah…tinggal 3 lagi pantang larang sahaja yang perlu dipatuhi.”

52. Ini bukan bermakna kita telah complete melakukan ibadah haji. Tetapi kita berkongsi kegembiraan bahawa ibadah haji kita hampir selesai tinggal beberapa saja yang ‘kacang’.

53. Saya percaya bahawa twitter Perdana Menteri pada 6 November bahawa,”Alhamdulillah, urusan Haji kami sudah selesai” bermaksud sebegitu. Perdana Menteri menzahirkan kegembiraannya bahawa urusan Haji beliau hampir selesai.

54. Adalah hampir mustahil bahawa Perdana Menteri yang bukan mengerjakan Haji untuk kali pertama, serta sudah pasti diiringi oleh Pegawai Agama dan Ketua Rombongan Haji Malaysia serta Konsul Haji akan meninggalkan kerja-kerja hajinya dan merosakkan haji. Ini perkara ibadat, bukan main-main.

55. Hanya berdasarkan satu kenyataan twitter beliau yang sebaris itu, maka ramai yang menghukum seorang sembrono bahawa ibadat haji Perdana Menteri tidak sah, Haji Marlboro etc.

56. Kita dituntut untuk bersangka baik sesama Islam.

57. Saya juga ingin menasihatkan Mufti Perlis Dr Juanda. Saya percaya beliau diperdayakan Malaysiakini untuk mengeluarkan kenyataan terhadap Perdana Menteri.

Wahai Mufti, hayatilah ayat Quran dalam Surah Al Hujurat,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Al Hujurat ayat 6

58. Mufti Perlis sedang berada di Mina juga ketika ini melakukan kerja-kerja hajinya. Maka, adalah lebih molek jika Mufti Perlis bertanya terus dengan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media fasiq seperti Malaysiakini.

59. Saya yakin beliau diperdayakan dalam mengeluarkan kenyataan umum terhadap VVIP (jelas beliau tidak menamakan siapa). Mungkin sekadar ditelefon Malaysiakini sambil ditanya, “Bolehkah seseorang selesai Hajinya pada 6 November”, dan beliau berikan respond terbuka.

60. Keyakinan saya itu adalah kerana saya yakin Mufti Perlis seorang yang berprinsip salaf sesuai dengan Negeri Perlis dan Raja nya yang mengamalkan La Mazhabiyah.

Dari Iyadh bin Ghunaim radliyallahu ‘anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa maka janganlah melakukannya dengan terang-terangan di hadapan umum. Akan tetapi dengan cara mengambil tangan penguasa tersebut dan menyendiri. Jika ia menerimanya maka inilah yang diharapkan, jika tidak menerimanya maka ia telah melakukan kewajibannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Al Hakim, dan Baihaqi. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal).

61. Saya mendoakan agar ibadah haji semua Jemaah Haji Malaysia diterima oleh Allah SWT.

62. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita kembali kepada sunnah dan meninggalkan bidaah yang menyesatkan.

Dikir Barat Yang Buat Nik Aziz Sesak Nafas!

Posted in Politik Nasional with tags , , on October 31, 2011 by maharajazhou