Archive for Politik Perak

Maulud Nabi Kerajaan Negeri dan Batu Nisan Nizar Bawah Pohon

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , on March 10, 2009 by maharajazhou

Semalam, sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya di Ipoh dan turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak.

Baginda ditemani oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah, dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.

dun_tanam_pokok_new_one

Apabila orang sibuk mengingati Nabi, Nizar lebih sibuk mengingati pokok.Inilah yang mungkin dikehendaki oleh “saudara-saudara” Nizar di dunia dan mungkin juga di akhirat.

Ternyata, telahan penulis adalah benar.Jika hendak tahu siapa Menteri Besar Perak, tunggulah majlis-majlis seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya. Menteri Besar Perak dalam upacara rasmi seperti ini adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan ditemani oleh isterinya, Datin Sharipah Zulkifli.

Tiada kelibat Datuk Seri Nizar. Tiada pula usahanya untuk mengaku dirinya MB dengan terhegeh-hegeh masuk ke majlis.Tiada.Setahu penulis, tiada injunksi terhadap Nizar untuk masuk ke majlis seumpama ini.Ataupun, kesibukan untuk mengumpul dokumen bagi mengadap Sultan menyebabkan dia tidak sempat “menyibukkan” diri masuk ke majlis Maulidur Rasul.

Tetapi, adakah ini tanda Nizar bertaubat?

Tidak.Sehari sebelum itu, Nizar telah menanam lima pokok dan menanda tempat itu dengan “tugu”.Pokok itu dengan kelakarnya  dinamakan pokok demokrasi.

Kenapa ia kelakar?Kerana salah satu usul “demokratik” yang disahkan di bawah pokok itu melarang Zambry dan 6 wakil rakyat yang lain menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.Hebat.

dun_batu_tanda

“Tugu” ini simbol kepada demokrasinya kononnya.Jika ia tugu demokrasi, tidak sepatutnya ada usul menghalang wakil-wakil rakyat parti lawan untuk menghadiri sidang yang menentukan masa depan rakyat.Ini bukannya tugu tetapi batu nisan demokrasi rupanya.

Pokok lambang demokrasi itu adalah simbol kepada usaha menghalang wakil yang sah dipilih oleh rakyat untuk hadir ke sidang yang menentukan nasib rakyat.Demokrasi betul perlambangan pokok itu.Apakah gila Nizar, Sivakumar,Ngeh dan Ngar?Gila juga SU DUN suka-suka Misbahul Munir.

Memang benar ia bakal tarikan pelancong.Tarikan pelancong dari dalam dan luar sebagai saksi gilanya Nizar dan rakan-rakan.

nizarngehyeh2bwhpokok

Rasulullah pernah marah kepada sahabat-sahabat yang meminta  bagi mereka sepohon pokok untuk dibesar-besarkan seperti umat Nabi Musa dengan lembu emas mereka.Tidakkah perbuatan Nizar seperti perbuatan memperbesar-besarkan pokok itu?

Untuk “rakan-rakan” PAS,perbuatan Nizar menyerupai satu peristiwa dalam sirah Rasulullah SAW:

Telah sahih dalam riwayat bahawa suatu masa para sahabat r.anhum telah melewati sebatang pokok sidr yang terletak di jalan menuju ke Hunain dan orang-orang musyrikin membesar-besarkan pokok ini dan menggan­tungkan senjata-senjata mereka di pokok ini.

Para sahabat r.anhum telah berkata kepada Rasulullah SAW:

“Ya Rasulullah! Jadikanlah bagi kami sesuatu yang boleh kami gantungkan senjata-senjata kami sebagaimana mereka mempunyai sesuatu yang digantungkan kepadanya senjata-senjata mereka.”

Rasulullah SAW pun bersabda kepada mereka:

“Allahu Akbar! Kata-kata kamu ini adalah sebagaimana kata-kata kaum Musa (a.s): “Jadikanlah bagi kamu Tuhan sebagaimana Tuhan yang mereka miliki.”

Kemudian Musa berkata:

“Sesungguhnya kamu adalah satu kaum yang jahil, sesungguhnya kamu akan mengikuti jalan orang-orang yang sebelum kamu.”

Tidakkah perbuatan Nizar seakan-akan perbuatan memperbesar-besarkan dan memuliakan pokok seperti amalan jahiliyyah?

Advertisements

Kami tidak bermusuh dengan Sultan – MB Nizar

Posted in Politik Nasional with tags , , , , on March 6, 2009 by maharajazhou

KUALA KANGSAR, 6 Mac (Hrkh) “Jangan sekali-kali tuduh kami mengkhianati Sultan. Kami tidak pernah memusuhi baginda, oleh itu tiada sebab kami menaruh kebencian terhadapnya.

demomasjidubud

“Musuh kami bukan Sultan. Musuh kami bukan Istana, tetapi Najib Tun Razak,” kata Menteri Besar Perak, Dato’  Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa berceramah dalam rangka lawatannya ke seluruh negeri Perak di Sayong Tengah dekat sini kelmarin.

rajahilirpasbaring2

Tegasnya, Najib bersama Umno-Barisan Nasional yang telah mengkhianati Sultan menggunakan “kuasa Istana” untuk merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sah dari tangan rakyat.

DR ZAMBRY ABDUL KADIR

Katanya, Najiblah yang merobek, merompak tiga orang Adun Pakatan Rakyat dan menimbulkan kemelut krisis antara Sultan dengan rakyat Perak.

pasbaringbaring

“Padahal semasa kami memerintah hampir sebelas bulan Pakatan Rakyat Perak, hubungan saya dengan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah cukup intim di mana pada setiap minggu saya datang mengunjungi baginda. Begitu juga kemeseraan saya dengan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah cukup baik,” tegasnya.

harussani_zambry2

Kerana itu, kata Nizar, mereka cemburu. Mereka tidak sanggup melihat pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menguruskan kerajaanya dengan baik yang dapat diterima oleh Sultan dan pelbagai keturunan rakyat.

pangkor2

Katanya, Umno-BN tidak sanggup melihat kempimpinan kami begitu menarik diterima rakyat berteraskan konsep tugasan dengan keadilan, ketelusan dan kebajikan.

senarai-exco-perak

Sehubungan itu Nizar menyeru saki-baki ahli Umno supaya keluar daripada kerajaan haram sekarang dan masuk Pakatan Rakyat, kerajaan yang sah di sisi undang-undang.

majlislantikzambry

sultanrajamudaexcoperak

“Jangan sokong kerajaan haram, Dun haram, Exco haram,” tegas Nizar. – mns_

Pictures speak louder than words!!!

Sidang DUN Sivakumar Macam Kerajaan Pasir Dua Butir Daaa…

Posted in Politik Nasional with tags , , , , on March 3, 2009 by maharajazhou

Sehingga berita ini ditulis,”Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, V Sivakumar masih gagal memasuki Bangunan Dewan Undangan Negeri.Berita ini disahkan oleh Malaysiakini dan juga Tukang Jual Lambang Lelaki Sejati,Harakahdaily.

Ternyata, menurut hemat penulis, pihak pembangkang akan memainkan beberapa isu:

1.Polis tidak demokratik kerana menutup DUN dari dimasuki oleh wakil rakyat

2.Wakil rakyat adalah suara rakyat,maka tindakan polis dan kerajaan negeri menutup mulut rakyat

3.Kerajaan BN yang bertanggungjawab mengarahkan halangan terhadap “Arwah” MB Perak dan Speaker DUN Perak.

Pada pukul 10.15 dikatakan wakil rakyat pembangkang sedang berhimpun di luar pagar untuk mengadakan sidang ter”gempar”. Memang ia menggemparkan kerana ia laksana seperti sidang pemerintahan negeri Pasir Dua Butir,Filem Laksamana Do Re Mi sahaja yang beratapkan daun-daun pokok.

negeri-pasir-dua-butir

Beginilah gamaknya,V Sivakumar dan rakan-rakan mengadakan Sidang ter”gempaq” DUN Perak di bawah sepohon pokok di sebelah Bangunan Darul Ridzuan umpama kabinet Kerajaan Pasir Dua Butir Laksamana Do Re Mi.Memang lawak zam-zam ala kazam Nizar dan rakan-rakan!

Namun, harus diingat bahawa jikalau ada keputusan dari persidangan ini,ia tidak sah, kerana mengikut tafsiran pembangkang sewaktu menolak perlantikan MB Zambry,ia mesti dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri.Mereka menganggap perlantikan Zambry tidak sah kononnya ia dilakukan di luar DUN, dan apa yang mereka cuba lakukan pada hari ini sebenarnya menempelak tindakan mereka sendiri menolak MB Zambry.

PAS sedang menggambarkan bahawa peristiwa ini berlaku angkara Barisan Nasional.Tetapi persepektif ini tidak tepat.Ia bukan MB Zambry menentang Speaker DUN tetapi di antara Kerajaan Negeri Perak di bawah naungan Sultan Azlan Shah dan pelaksananya,SUK Negeri Perak.

Cubaan untuk menggambarkan perkara ini oleh Harakah Pengiklan Terbesar Minyak Maharaja adalah salah.Sekarang ini, birokrat Perak telah menyingsing lengan untuk bertempur dengan “kerajaan haram” Pakatan Rakyat.

En. Abdullah Antong Sabri, Setiausaha Speaker DUN, dipecat dan digantikan dengan Misbahul Munir Masduki.Tetapi, kita tidak yakin bahawa kerajaan negeri akan membayar gaji kepada Misbahul Munir.

pasolalwndo

Sivakumar dan Nizar macam Menteri Pasola yang menderhaka.Adakah SUK dan pegawai-pegawai kerajaan negeri Perak akan berjaya seperti Do mengalahkan Menteri Pasola yang durhaka ini?

Seperkara lagi yang harus diingat oleh V Sivakumar dan rakan-rakan.Usul undi percaya terhadap Nizar hanya oleh wakil rakyat DAP,PKR dan PAS.Dan lebih kelakar lagi apabila mereka ini membubarkan DUN Perak.

Masalahnya, adakah SPR akan menerima perintah ini?Adakah Sultan akan berkenan dengan pembubaran DUN ala-ala negeri Pasir Dua Butir ini?Peruntukan manakah yang akan digunakan untuk mengadakan pilihanraya semula?Dari kocek Nizar?Lelong Camry?

Siapa yang akan mengundi?Adakah rakyat Perak akan turun mengundi?Kalau SPR tak setuju, adakah Nizar boleh cari tong sampah untuk ganti peti undi?Beranikah SPR bersetuju dengan mengadakan pilihanraya tanpa izin Sultan?

Siapa yang akan kirakan undian?Unit Amal?Pemuda DAP?AMK?

Bagi penulis, semakin degil Nizar dalam isu ini, semakin kelakar jadinya politik Perak.Nasihat penulis, hentikanlah lawak-lawak ala-ala Laksamana Doremi  zam-zam alakazam ini.

Penulis juga ingin menasihatkan V. Sivakumar agar meletakkan jawatan sebagai Speaker.Mungkin tersiratnya setelah,”DUN dibubarkan” barangkali jawatan Speaker pun sudah terlucut dari Sivakumar dan wakil-wakil rakyat PR pun bukanlah wakil rakyat?

Oleh itu, kita menggesa Sivakumar agar meletakkan jawatan secara rasmi supaya nasib rakyat dan negeri Perak bakal terbela.

AGS 10:Aku Gedebe Sungguh-Nizar

Posted in Politik Nasional with tags , , , on February 28, 2009 by maharajazhou

Penulis tersilap info tempoh hari kerana menyangka Nizar telah menyerahkan kediaman rasmi bersama-sama dengannya kereta Camry kesayangannya.

Rupanya semalam,Malaysiakini melaporkan, Nizar tidak akan menyerahkan kereta Camry bernombor plat AGS 10 kepada kerajaan negeri Perak.Mungkin maksud AGS tersebut Aku Gedebe (Samseng) Sungguh.

Mungkin Nizar tidak kisah halal ataupun haram menggunakan sesuatu yang bukan miliknya.Sekurang-kurangnya,letakkanlah ia sebagai syubhat kalau yakin sangat.

nizar

Nizar masih merasakan dirinya MB.Adakah AGS 10 tandanya AKU GEDEBE SUNGGUH?

Alasannya,Nizar masih MB yang sah dan hanya akan menyerahkan AGS 10 tersebut jikalau mahkamah memutuskan Nizar bukan lagi MB.

Kita berharap rakyat tidak tertipu dengan kata-kata Nizar.Nizar sebelum Sultan membuat keputusan mengikut undang-undang Tubuh Negeri Perak artikel 16 fasal 6,berasa yakin kepada Tuanku Sultan Perak dan berpendapat segala keputusan Tuanku adalah adil.

Ngeh:Apa Ada Dengan Gaji?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , on February 26, 2009 by maharajazhou

Kenyataan penulis 6 Februari yang lepas rupanya tepat.Kalau nak tahu siapa MB,tunggulah slip gaji.

sultanrajamudaexcoperak

Ada yang memandai-mandai menyuruh MB dan barisan Exco yang sah dilantik mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak supaya jangan mengambil gaji mereka?Adakah orang itu lebih berkuasa dari Sultan yang mengiktiraf MB dan Exco tersebut?

Ngeh Koo Ham menyuruh MB Perak yang sebenar,tidak mengambil gaji dan elaun-elaun lain,kononnya sehingga mahkamah memutuskannya.

Konon Ngeh lagi, ada “rakyat bakal membayar dua gaji”.Berangankah Si Ngeh bahawa akaun Nizar telah masuk gaji MB?

nizarngeh

Lu tutuk la sama itu lumah,wa kata tatak halam.Itu Zambly amik itu gaji manyak halam loo.Lu tatak caya lu tanya ustad Ngar.Gelenti ngar ngar,sengeh-sengeh denga wa punya patwa.

Bila soal pulus, laju sahaja 3N(Ngeh,Ngar dan Nizar) ini.Nasib baik, Nizar sudah berambus dari Kediaman MB dan kereta Camry.

Kenapa bila Nizar masih makan,minum,tidur,mandi,kencing dan berak di Kediaman MB,Ngeh tak mengeluarkan kenyataan minta Nizar keluar dari rumah rasmi tersebut?

Kenapa tidak keluar awal-awal sebelum ini jikalau benar mahukan mahkamah putuskan?

Inilah “double-standard” pembangkang.Kerana percayakan Pak Ngehnya,Nizar secara haram telah menggunakan kediaman rasmi MB tersebut walaupun Sultan telah melantik MB yang lain.

Alasan Nizar untuk terbit keluar dari rumah dan kenderaan itu adalah kerana menghormati SUK Negeri Perak,kononnya.

“Fatwa” Pak Ngehnya yang menghalalkan si Nizar dan anak-beranak menggunakan fasiliti dan segala isi perut kediaman rasmi tersebut.Tidakkah nanti segala apa yang digunakan oleh Nizar and Family akan ditanya di Akhirat nanti?

Bagaimana pula setelah dilanyak Camry ke hulu-hilir sebelum ini,adakah setiap milimeter itu halal digunakan oleh Nizar?Apatah lagi jika membawa keluarga Nizar menemaninya?

Kita Cabar Nizar Mengadap Sultan Perak Untuk Jawatan MB!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on February 24, 2009 by maharajazhou

Bekas atau “Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat sekarang adalah majoriti berbanding dengan BN.Hujahnya,selepas V Sivakumar menggantung MB Perak yang dilantik oleh Sultan,Dr Zambry Abd Kadir,dan barisan exconya,BN hanya mempunyai 21 orang ADUN dibandingkan 28 orang ADUN Pakatan Rakyat.

Kononnya,Nizar boleh gulingkan kerajaan BN yang ada,tetapi pemalu.Pakatan Rakyat mengikut undang-undang dan peraturan,bukan seperti BN katanya yang merampas kuasa dengan jijik.

Jika benar seperti yang dikata,tentang betapa pemalunya Nizar dan kawan-kawan,tentulah Nizar memulangkan Kereta Camry dan rumah kediaman Menteri Besar selepas Sultan melantik Dr Zambry sebagai MB yang baru.

demomasjidubud

Nizar kata mereka ikut undang-undang dan peraturan,jadi ikut peraturan rupanya demonstrasi derhaka kepada Sultan,6 Februari lepas.

Jikalau benarlah Nizar dan kawan-kawan mengikut undang-undang,tentulah tidak berlaku perhimpunan memalukan yang memperalatkan Masjid Ubudiyyah di bawah kerahan PAS pada 6 Februari yang lepas.

Nizar dan kawan-kawannya boleh lupa, tetapi rakyat tidak lupa.Rakyat tidak boleh lupa dengan penderhakaan Nizar yang terang-terang disebutnya.Nizar terkedu kerana Mufti Perak yang banyak membela Pakatan Rakyat sebelum ini pun sudah mengatakan Nizar derhaka.

Kononnya,mengikut Mat Sabu,mungkin akan ada 17 MB (Menteri Besar bukan Megabyte) sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti di Perak dengan kemelut yang berlaku di Perak.

mh_021

Sultan Perak menitahkan Nizar supaya meletakkan jawatan setelah hilang majoriti ataupun jawatan MB itu hilang dari tangannya secara automatik.Adakah Nizar ingin memperbodohkan pemikiran rakyat Felcra Serigala di Slim River?

Nizar dengan angkuh juga berkata:

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi.”

Lupakah Nizar bahawa jikalau Nizar sudah hilang majoriti,maka secara automatik jawatan itu dianggap kosong?Inilah isi penting dalam kenyataan rasmi media Istana Perak terhadap kedudukan Nizar sebagai MB Perak.Oleh itu, kepada siapa Nizar cuba berbohong?

Jika begitu yakinnya Nizar terhadap kebenaran dirinya bahawa dialah MB yang “baru mendapat” majoriti setelah tindakan Speaker menggantung MB Perak dan exconya yang sah,maka kita mencabar Nizar menghadap Sultan Perak untuk mendapatkan semula jawatannya itu!

Jika Nizar tidak malu maka pergilah menghadap Sultan setelah pelbagai onar,cercaan dan hinaan dilakukan oleh PAS dan aparat-aparat PR ke atas Sultan dan Istana Perak.

Adakah Nizar berani sebagai anak jantan dan sanggup berdepan dengan Sultan Perak?Kalau tak malu,pergilah!

Siapa Lebih Dahulu Derhaka?PAS atau UMNO?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , , on February 16, 2009 by maharajazhou

PAS sekarang sangat berada dalam keadaan tertekan kerana tindakan mereka menganjurkan demonstrasi di Masjid Ubudiyyah,Kuala Kangsar untuk menghalang Sultan Perak melantik Datuk Zambry Abd Kadir sebagai MB Perak yang baru.Kejahatan PAS melalui lidahnya,Harakah Al Kopijandaily,terlihat melalui penyiaran artikel-artikel dari blog yang anti-Raja seperti Telaah Politik melalui rencananya yang berbunyi Reformasi Kedua di Kuala Kangsar .

Setelah gagal menghalang perkenan Sultan dan rakyat mulai sedar dengan tindak-tanduk biadap parti siasah tersebut,PAS cuba lari dari persoalan isu derhaka.Ini dapat dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub tentang kononnya PAS sangat beriltizam mempertahankan institusi Raja-raja Melayu.

sultanselangor1

Sultan Selangor murka dengan sikap PAS yang sanggup bertindak biadap kepada Sultan Perak dan kerabatnya.Sikap ini digambarkan oleh baginda sebagai angkuh,biadap,kemaruk kuasa dan jahil ilmu.

Sebelum ini,Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menyampaikan titah dalam nada sindiran yang berbunyi:

“Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Sikap ini tentulah merujuk kepada sikap Nizar Jamaluddin dan PAS yang menolak keputusan Sultan Perak yang juga bekas Hakim Negara dengan tiada asas ilmu yang kukuh dengan cara yang biadap.Ini juga mempertontonkan sikap PAS yang menggenggam kuasa seolah-olah seperti tiada hari esok bagimu.

Baginda Sultan Selangor juga bertitah seperti memberikan amaran kepada raja-raja Melayu yang lain tentang perihal golongan ini:

“Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, barulah kita kenal siapa kaca, siapa permata. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar.”

Maka,terbongkarlah sikap Pakatan Rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Tatkala ini,pihak Pakatan Rakyat telah cuba menyembunyikan bangkai gajah yang telah mereka hasilkan dengan tuduhan siapa lebih derhaka?

Mereka cuba menyedapkan hati masing-masing dengan mengatakan UMNO lebih derhaka.mereka mengatakan UMNO lebih derhaka dengan insiden perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai MB,kekecewaan Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis,Pindaan Perlembagaan tahun 1993 dan juga tahun 1983.Semua itu ditimbulkan semula untuk menunjukkan bahawa UMNOlah yang lebih derhaka.

Untuk menasakhkan hujah mereka ini tidak sukar.pihak yang menentang keputusan istana di negeri-negeri tersebut akur selepas penerimaan watikah oleh MB-MB dari sultan masing-masing.UMNO redha dengan keputusan Raja.Tetapi, PAS dan Nizar terus mengaku MB walaupun Sultan telah melantik MB yang baru.Satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana insan Melayu/Islam sebelum ini di Malaysia.

Soalan yang ditimbulkan oleh mereka siapa yang lebih dahulu derhaka?Maka, mereka cuba menakutkan orang UMNO bahawa UMNOlah yang derhaka dahulu dari tahun 1983 dan diakhiri pada tahun 1993.Tetapi, harus diingat bahawa hubungan Raja-raja Melayu dengan UMNO amatlah rapat malah atas faktor ini,PAS tidak mendapat sokongan raja dari dahulu.

PAS perlu ingat komponen yang membina mereka adalah daripada golongan kiri Melayu yang bertanggungjawab menyokong Melayu Raya dan juga anti kepada UMNO serta Raja-raja melayu.Lihatlah sikap Dr Burhanuddin Al Helmy yang merupakan Presiden PAS ketiga terhadap pengenalan Malayan Union pada awalnya.

Dr Burhanuddin menurut Prof.Dr Ramlah Adam dalam bukunya,Burhanuddin Al Helmy: Suatu Kemelut Politik,terbitan Dewan Bahasa Pustaka menyokong penubuhan Malayan Union kerana mahu mewujudkan idea negara Kesatuan dan yang paling penting baginya mengambil kesempatan ketika penyerahan tersebut berlangsung.

Dalam buku yang sama pada mukasurat 71,juga mendedahkan sikap Presiden PAS ketiga tersebut bekerjasama dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) merupakan pertubuhan radikal dibawah pengaruh komunis yang menentang UMNO dan raja-raja Melayu.Kekirian PAS sewaktu kepimpinan Dr. Burhanuddin digambarkan juga melalui sokongan mereka kepada Indonesia Raya.Ketika penubuhan Indonesia, Sukarno telah bertindak menghapuskan hampir semua dinasti Raja-raja Nusantara di Republik itu.

 

640px-umno_malaysia_svg

Warna kuning dan keris merupakan lambang hubungan UMNO dengan Raja-raja Melayu.Puak-puak kiri yang memimpin PAS dan Barisan Sosialis pada tahun 60-an merasa jelik dengan dua perlambangan ini.

Kejelikan PAS terhadap institusi Raja-raja ditonjolkan lagi melalui sebuah artikel di dalam Harakah,tentang pemilihan keris dan warna kuning pada bendera UMNO sebagai:

“Tetapi Umno walaupun memilih juga merah putih mahukan ditampal dengan warna kuning dan keris hijau. Bagi PKMM tampalan kuning dan keris itu melambangkan feudalisme dan reaksioner, berbentuk tradisional; sedangkan mereka mahukan pertubuhan yang progresif.”

Apa maksud UMNO sebagai feudal dan konservatif dan PKMM sebagai pertubuhan progresif?Ini menunjukkan PAS sebenarnya mempuyai perasaan iri dan tidak senang terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Oleh itu, jikalau sekarang dibicara siapa yang derhaka terlebih dahulu kepada raja-raja?Pembaca sudah tahu apa jawapannya!

*Penulis mengiktiraf sumbangan Dr. Burhanuddin Al Helmy dalam memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi, sejarah menukilkan juga sikap Dr. Burhanuddin dan rakan-rakannya terhadap institusi Raja-raja melayu dan UMNO.