Archive for Riduan Mohammad

Kenapa Jemaah Islam Kampus Projeksikan Shafie dan Aizat?

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , on March 4, 2009 by maharajazhou

Putaran tarbiyyah PMIUM ataupun nama dalamannya Jemaah Islam Kampus(JIK) hampir lengkap kitarannya.Minggu pertama selepas tamatnya peperiksaan akhir semester dua ini bakal menyaksikan berapa ramai lagi mahasiswa dan mahasiswi lagi yang akan terperangkap dengan bai’ah.

Penulis telah memberi amaran kepada pihak SPKUM supaya memantau perjalanan usrah dan tamrin.Anak-anak usrah sepatutnya diterangkan akan natijahnya menyertai tamrin PMIUM.

Maka, pada saat-saat akhir inilah tamrin terakhir sebelum Tamrin Panjang akan diadakan.Ketika ini, fikrah anak usrah akan dijelaskan dan merit akan diberikan.

Anak usrah yang belum jelas lagi akan diberi peluang kerana pada zaman mutakhir ini walaupun telah berjaya merebut jawatan Presiden MPM,tetapi golongan yang jelas fikrah terutamanya dari fakulti tidak seramai dahulu.

Terdapat dua watak yang selalu di”highlight”kan oleh Mahasiswakini kebelakangan ini.Mohd Shafie Hashim (Setiausaha Politik Presiden MPMUM) dan Mohd Aizat Mohd Salleh.Yang hairannya,Shafie hashim bukanlah sesiapun dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa, dan Aizat pula hanyalah manusia yang menang tanpa bertanding di API.

Jika dibandingkan dengan Hafiz Ilyas,siapakah Shafie?Namun, Hafiz Ilyas hanya terkontang-kanting dan terhegeh-hegeh dihantar MPM kononnya untuk menyelesaikan masalah penghuni Kolej Kesepuluh.Ayuni pula diam seribu bahasa.Nama-nama yang dipopularkan oleh Pro-Mahasiswa, hanya tinggal kenangan.

Yang dipopularkan adalah orang-orang yang tidak dipilih secara demokratik.Tetapi, ini tidak menjadi persoalan kerana “kerajaan” yang ada di UM pun hanyalah kerajaan minoriti,mereka yang ada 19 kerusi menguasai yang majoriti iaitu 20.

Jadi jangan hairanlah, apabila mereka berkuasa,orang yang tiada kena mengena dengan pengundian dinaikkan dan dipopularkan mengatasi mereka yang dipilih oleh mahasiswa.Mungkin inilah yang tidak dapat dibayangkan oleh wakil-wakil Bebas dari Undang-undang.Maka, tuai sahajalah hasil yang ditanam.

Jemaah Islam Kampus sudah pasti mempunyai pengganti kepada Haafizuddin Abierah.Nama Haafizuddin juga telah senyap dalam lipatan sejarah. Sekali-sekala muncul nama Bendaharinya.Tetapi yang lain menuruti Yang Dipertua mereka.

Apakah Shafie Hashim,Amir Kampus baru kepada Jemaah Islam Kampus?Adakah segala publisiti yang diberikan kepadanya tanda membiasakan orang ramai dengan “kredibiliti” Shafie?Adakah sebab itu seorang Setpol yang tidak pernah dipilih oleh mahasiswa mendapat tempat lebih dalam mesin propaganda Pro-M?

Maka, ingatlah bahawa tipu-daya Pro-M tidak ubah seperti taktik Yahudi yang mempromosikan Obama sejak 2006 lagi.Hasilnya, dalam kotak pemikiran rakyat jelata Amerika, Obama sahajalah harapan mereka.

Ya, perubahan, tetapi perubahan untuk agenda politik sempit mereka yang menguasai mesin propaganda.

SPKUM Patut Pantau Kenyataan Media Riduan

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , on February 11, 2009 by maharajazhou

Penulis ingin mengucapkan syabas kepada Riduan selaku,Presiden MPP UM yang menyatakan sokongan kepada Canselor UM melalui kehadirannya dalam demonstrasi menjunjung kasih terhadap Sultan Perak.

daulattuankumj3

Riduan telah menunjukkan sikap terpuji dalam mengenepikan kepentingan politik bagi menunjukkan kasihnya kepada Canselor Universiti Malaya.Kita berharap sikap yang sama ditunjukkan oleh mahasiswa PAS terutamanya dalam Mahasiswakini yang mempertikaikan keputusan Sultan Perak tanpa menggunakan alasan undang-undang dan hanya menggunakan hujah emosional yang tidak berasas

Walaupun,tidak diundang secara rasmi, namun Riduan telah membuang egonya untuk bersama dengan Penggerak Mahasiswa.Sikap Riduan adalah amat terpuji dan harus diberikan penghormatan sepatutnya oleh SPKUM.

Malah, bagi penulis, sepatutnya SPKUM turut menjemput secara rasmi Riduan dan juga “orang-orang besar” Pro-M dan PMIUM untuk hadir dalam majlis tersebut dan juga dalam acara lain yang bakal dianjurkan.

Kita perlu menghormati Riduan sebagai Yang Di-Pertua yang telah menerima watikah dari Ayahanda Naib Canselor.Penggerak Mahasiswa harus berwaspada agar tidak menyamai sikap Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang tidak mengiktiraf kepimpinan baru Kerajaan Perak walaupun telah menerima watikah dari Sultan Perak.Inilah yang membezakan mahasiswa anti-PAS dan PAS serta anak-didik mereka.

Namun,sebagai golongan yang mewakili aspirasi sebenar mahasiswa UM,Penggerak Mahasiswa perlu sentiasa memastikan ‘check and balance’ terus hidup di dalam Universiti Malaya.

“Setiausaha Politik” bagi Riduan,Sdr. Shafie Hashim mengatakan MPP UM akan mengadakan sidang media untuk memperjelaskan isu pergolakan politik kerajaan negeri Perak.

Bagi penulis,SPKUM perlu memantau kenyataan ini agar tidak dimasukkan unsur politik kepartian sempit pihak tertentu. Kita berharap Riduan perlu memahami bahawa nama MPP UM bakal digunakan.

Oleh itu, wajarlah ia membayangkan aspirasi seluruh MPP yang turut diwakili oleh bukan ahli Unit Pro-M,Election Comittee,Bebas dan juga Penggerak Mahasiswa.

Aspirasi mahasiswa sebenar perlu dibayangkan.Dan aspirasi mahasiswa adalah untuk bersama dengan Tuanku Canselor Universiti Malaya.

Janganlah kerana politik sempit,kepentingan parti di luar tidak kira yang memerintah dan membangkang dijadikan agenda utama.Pendirian ini sepatutnya jelas berada dalam minda Riduan.

Namun, SPKUM perlu peka, jikalau unsur-unsur derhaka turut dimasukkan dalam kenyataan media YDP MPP UM tersebut.Jikalau terdapat unsur-unsur hasutan maka SPKUM tidak perlu berlengah-lengah lagi melaporkan perkara tersebut kepada pihak Universiti dan juga pihak Polis.

Oleh itu, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Riduan jika berjaya mengenepikan kepentingan peribadi sesetengah pihak dan mendepankan aspirasi mahasiswa dalam hal krisis Politik di Perak yang bakal diungkapkan petang ini dengan izin Allah.

Riduan Tidak Sayang Canselor UM?

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , , on February 9, 2009 by maharajazhou

Riduan Yang Di-Pertua,Kerajaan Minoriti MPPUM berkata,Sekretariat Presiden-Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) yang bercadang untuk melancarkan demontrasi mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan Azlan Shah di Dewan Tunku Canselor sebenarnya bertujuan untuk mempertahankan tindakan tidak demokratik oleh pihak-pihak tertentu.

Penulis hairan,kenapakah fikiran Riduan terlalu bersimpang-siur.Baru memegang jawatan sudah mula menghalang mahasiswa UM menunjukkan kasih terhadap Canselor Universiti Malaya.

demo_budakdikk

GAMIS mengaku bahawa mereka telah mengerahkan mahasiswa untuk berdemo di Masjid Ubudiyyah.Ini bermakna suara yang berdemonstrasi ini bukan suara rakyat Perak.Maka,atas kapasiti apakah GAMIS boleh masuk campur mencemari Masjid Ubudiyyah yang penuh bersejarah ini?

Yang sepatutnya yang Riduan patut marah dan melalut adalah kepada GAMIS dan kemarahan ini bolehlah ditunjukkan kepada Shazni Munir,Speaker GAMIS.GAMIS mengaku berbuat biadap dengan mengerahkan mahasiswa untuk berdemonstrasi di Masjid Ubudiyyah.

Dalam peristiwa itu,kereta Raja Nazrin dihalang dan ada pula kereta-kereta yang dimiliki kerabat Diraja Perak dibaling.Kenapa perbuatan serong GAMIS yang mencemarkan Masjid Ubudiyyah tidak dikutuk?

Sikap Shazni Munir sebagai warga Universiti Malaya yakni sebagai mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Bioteknologi), Akademi Pengajian Islam amat dikesali akan peranannya dalam pertubuhan derhaka seperti GAMIS.Shazni sepatutnya meletakkan jawatan dari GAMIS dan bertaubat. Sepatutnya,pihak pengurusan UM perlu tegas kepada semua warga UM yang menganggotai pertubuhan derhaka ini.

Namun,lebih mengecewakan penyokong-penyokong bukan Ahli Unit Pro-M tentulah akan sikap dolak-dalik Riduan Mohamad.Sepatutnya,Riduan sebagai Yang Di-Pertua MPP UM perlu mengutamakan suara majoriti mahasiswa UM dan juga keutuhan Universiti Malaya.

ridzuanmd

Riduan sepatutnya bersama dengan SPKUM untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta terhadap Canselor UM.Bukannya mempolitikkan usaha murni ini.Mungkin melihat sekadar ini sahaja kemampuan pemikiran Riduan   mahasiswa UM hanya memberikannya undi ketiga tertinggi sahaja?

Perbuatannya mengaitkan tindakan SPKUM dengan UMNO adalah tidak wajar.Sepatutnya,Riduan tidak perlu mengaitkan soal politik luar dengan rasa kasih mahasiswa kepada Sultan Perak yang juga Canselor UM.Yang patut dikutuk dan dikritik Riduan adalah GAMIS dan Bersatu yang memperalatkan politik luar ke dalam isu perlantikan MB Perak yang melibatkan Sultan Perak,Seri Paduka Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak,Raja Dr. Nazrin Shah.

Ternyata,buat masa ini Riduan gagal dalam menyuarakan hati budi mahasiswa Universiti Malaya!Apa kata wakil Bebas dari Undang-undang?

Lojikanya Hafiz Ilyas Yang Dipertua MPPPUM!

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , , on February 3, 2009 by maharajazhou
Penulis agak kesibukan dengan tugas pejabat, oleh itu,tidak dapat mengemaskini blog ini awal pagi untuk maklumat terkini terutamanya berkenaan politik mahasiswa yang tengah panas ini.Sekarang mata tertumpu pula kepada Universiti Islam Antarabangsa.

Pengundian di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguhkan sehingga 29 Januari di UIA.Katakanlah jikalau bantahan mereka tidak diterima,maka ada pula yang menuduh pentadbir Universiti sedang main silap mata.

 

 

hafiz_ilyas

Lojiknya,Hafiz Ilyas sepatutnya menjadi Presiden MPPUM layak berdasarkan undi tertinggi kerusi Umum.Tetapi  tidak terasakah Hafiz bahawa PMI tidak yakin dirinya boleh menjadi Presiden sebagaimana mahasiswa UM?
Pemerhati politik kampus mengandaikan tiada perubahan berlaku.Tetapi,kadangkala, kejutan boleh berlaku.Jika bola itu bulat,politik mahasiswa juga begitu.Tidak hairanlah,jikalau ada yang sanggup meletakkan kepala babi di rumah ALlah yang suci.Seolah-olah tidak percaya,jalan yang lurus itulah yang Allah senangi, bukan cara yang Allah marah dan sesat.
Ada yang terus menerus lupa tentang sejarah bahawa tidak semestinya calon umum menjadi Presiden MPP.Sekarang ini, hukum asal tercipta cuba dinafi.Penulis dulu masih ingat sewaktu Wan Jemizan Wan Deraman (Presiden MPMUM 1997/98 ) diwarwarkan bakal memegang Presiden ketika itu,ada bunyi-bunyi di belakang yang tidak setuju.Terutamanya yang bukan AU (ahli PMI yang berbai’ah) kerana mereka itu bukan kayu.

Alasan mereka sama dengan alasan Pro-M mutakhir.Mana bisa calon yang dipilih oleh sekumpulan manusia di Fakulti boleh menjawat jawatan Presiden satu Universiti! Undang-undang ini tidak adil! Bentak mereka!Marah.

Tapi,dek kerana dijual PMI,akhirnya manusia-manusia itu setuju.Pertama,PMI adalah Sadiq Segaraga kepada MPP,mereka adalah majoriti.Mereka adalah tuan kepada ini rumah.Fakulti yang bukan dikuasai PMI adalah Kejuruteraan,Sains,Undang-undang dan beberapa lagi yang menjadi kubu tradisi Cina.

Apa auta PMI masa itu kepada pengundi mereka yang kritis?Temberang mereka ialah Wan Jemizan adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM.Ketua ustaz-ustaz.Tidak timbul soal Cina atau India bertanya,kerana NADI ketika itu masih berperang dengan orang bukan Melayu/Islam yang semuanya bernaung di bawah Barisan Mahasiswa Bersatu.

Oleh itu,disebabkan malu alah,kritikan didiamkan.Maka, buat pertama kalinya dalam sejarah Universiti Malaya,mahasiswa UM dipimpin oleh calon dari fakulti dan calon itu tidak pula bertanding.Sudahlah calon dari fakulti,menang tanpa bertanding pula itu.

Tetapi,tidak pula timbul soal fakulti ataupun umum.Tidak ada soal yang dilantik Presiden itu cara diktatorkah,demokrasi terpimpinkah atau apa lagi temberang PMI ketika itu.Kerana Presiden MPP,ana yang punya, bilang PMI.

Namun,sekarang terbalik pula.Isu hanya orang yang majoriti umum sahaja yang boleh memegang Presiden MPP ditimbulkan.Mahukah kita tarik sahaja sijil Wan Jemizan,kenyataan-kenyataan akhbar Wan Jemizan dan surat-surat yang ditandatangani Wan Jemizan?Jika Pro-M masih berkeras dengan dalil mereka,maka wajarlah kes Wan Jemizan dirujuk.

Jikalau ditanya kedua-dua wakil bebas dari Undang-undang itu,nescaya mereka akan marah dengan nafsu serakah PMI yang cuba memadamkan sejarah dengan tangan-tangan jahat mereka itu.Tanyalah mereka,seperti Common Law Inggeris,jikalau ia pernah diamalkan dan ditulis,maka sebarang perkara kemudian yang menyerupai kes berkenaan wajar mengikut undang-undang ataupun hukuman awal yang dipersetujui umum.

Bagi penulis,jikalau PMI masih berkeras hendakkan orang mereka (yang penulis nampak seperti Mohamad Riduan Mohammad) kerana menggunakan isu calon umum,maka hanya Mohd Hafiz Ilyas yang layak kerana majoriti mahasiswa mahukan Hafiz.Lebih 525 orang mengundi Hafiz berbanding Riduan.

Riduan adalah calon lelaki terendah dalam kesemua pemenang lelaki Melayu yang ada.Maka, Riduan langsung tidak layak dan tidak wajar dipilih sebagai calon Pro-M untuk kerusi YDP.Jika mereka berkeras juga,maka ia lebih kepada agenda pihak tertentu untuk memperkudakan MPP UM bagi agenda jahat mereka.

Oleh itu,YB-YB sekalian yang majoritinya bukan ahli Unit PMIUM (walaupun dari Pro-M),adakah anda hendak membenarkan PMI menghina undi mahasiswa UM?