Archive for Shafie Hashim

Kenapa Jemaah Islam Kampus Projeksikan Shafie dan Aizat?

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , on March 4, 2009 by maharajazhou

Putaran tarbiyyah PMIUM ataupun nama dalamannya Jemaah Islam Kampus(JIK) hampir lengkap kitarannya.Minggu pertama selepas tamatnya peperiksaan akhir semester dua ini bakal menyaksikan berapa ramai lagi mahasiswa dan mahasiswi lagi yang akan terperangkap dengan bai’ah.

Penulis telah memberi amaran kepada pihak SPKUM supaya memantau perjalanan usrah dan tamrin.Anak-anak usrah sepatutnya diterangkan akan natijahnya menyertai tamrin PMIUM.

Maka, pada saat-saat akhir inilah tamrin terakhir sebelum Tamrin Panjang akan diadakan.Ketika ini, fikrah anak usrah akan dijelaskan dan merit akan diberikan.

Anak usrah yang belum jelas lagi akan diberi peluang kerana pada zaman mutakhir ini walaupun telah berjaya merebut jawatan Presiden MPM,tetapi golongan yang jelas fikrah terutamanya dari fakulti tidak seramai dahulu.

Terdapat dua watak yang selalu di”highlight”kan oleh Mahasiswakini kebelakangan ini.Mohd Shafie Hashim (Setiausaha Politik Presiden MPMUM) dan Mohd Aizat Mohd Salleh.Yang hairannya,Shafie hashim bukanlah sesiapun dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa, dan Aizat pula hanyalah manusia yang menang tanpa bertanding di API.

Jika dibandingkan dengan Hafiz Ilyas,siapakah Shafie?Namun, Hafiz Ilyas hanya terkontang-kanting dan terhegeh-hegeh dihantar MPM kononnya untuk menyelesaikan masalah penghuni Kolej Kesepuluh.Ayuni pula diam seribu bahasa.Nama-nama yang dipopularkan oleh Pro-Mahasiswa, hanya tinggal kenangan.

Yang dipopularkan adalah orang-orang yang tidak dipilih secara demokratik.Tetapi, ini tidak menjadi persoalan kerana “kerajaan” yang ada di UM pun hanyalah kerajaan minoriti,mereka yang ada 19 kerusi menguasai yang majoriti iaitu 20.

Jadi jangan hairanlah, apabila mereka berkuasa,orang yang tiada kena mengena dengan pengundian dinaikkan dan dipopularkan mengatasi mereka yang dipilih oleh mahasiswa.Mungkin inilah yang tidak dapat dibayangkan oleh wakil-wakil Bebas dari Undang-undang.Maka, tuai sahajalah hasil yang ditanam.

Jemaah Islam Kampus sudah pasti mempunyai pengganti kepada Haafizuddin Abierah.Nama Haafizuddin juga telah senyap dalam lipatan sejarah. Sekali-sekala muncul nama Bendaharinya.Tetapi yang lain menuruti Yang Dipertua mereka.

Apakah Shafie Hashim,Amir Kampus baru kepada Jemaah Islam Kampus?Adakah segala publisiti yang diberikan kepadanya tanda membiasakan orang ramai dengan “kredibiliti” Shafie?Adakah sebab itu seorang Setpol yang tidak pernah dipilih oleh mahasiswa mendapat tempat lebih dalam mesin propaganda Pro-M?

Maka, ingatlah bahawa tipu-daya Pro-M tidak ubah seperti taktik Yahudi yang mempromosikan Obama sejak 2006 lagi.Hasilnya, dalam kotak pemikiran rakyat jelata Amerika, Obama sahajalah harapan mereka.

Ya, perubahan, tetapi perubahan untuk agenda politik sempit mereka yang menguasai mesin propaganda.

SPKUM Patut Pantau Kenyataan Media Riduan

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , on February 11, 2009 by maharajazhou

Penulis ingin mengucapkan syabas kepada Riduan selaku,Presiden MPP UM yang menyatakan sokongan kepada Canselor UM melalui kehadirannya dalam demonstrasi menjunjung kasih terhadap Sultan Perak.

daulattuankumj3

Riduan telah menunjukkan sikap terpuji dalam mengenepikan kepentingan politik bagi menunjukkan kasihnya kepada Canselor Universiti Malaya.Kita berharap sikap yang sama ditunjukkan oleh mahasiswa PAS terutamanya dalam Mahasiswakini yang mempertikaikan keputusan Sultan Perak tanpa menggunakan alasan undang-undang dan hanya menggunakan hujah emosional yang tidak berasas

Walaupun,tidak diundang secara rasmi, namun Riduan telah membuang egonya untuk bersama dengan Penggerak Mahasiswa.Sikap Riduan adalah amat terpuji dan harus diberikan penghormatan sepatutnya oleh SPKUM.

Malah, bagi penulis, sepatutnya SPKUM turut menjemput secara rasmi Riduan dan juga “orang-orang besar” Pro-M dan PMIUM untuk hadir dalam majlis tersebut dan juga dalam acara lain yang bakal dianjurkan.

Kita perlu menghormati Riduan sebagai Yang Di-Pertua yang telah menerima watikah dari Ayahanda Naib Canselor.Penggerak Mahasiswa harus berwaspada agar tidak menyamai sikap Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang tidak mengiktiraf kepimpinan baru Kerajaan Perak walaupun telah menerima watikah dari Sultan Perak.Inilah yang membezakan mahasiswa anti-PAS dan PAS serta anak-didik mereka.

Namun,sebagai golongan yang mewakili aspirasi sebenar mahasiswa UM,Penggerak Mahasiswa perlu sentiasa memastikan ‘check and balance’ terus hidup di dalam Universiti Malaya.

“Setiausaha Politik” bagi Riduan,Sdr. Shafie Hashim mengatakan MPP UM akan mengadakan sidang media untuk memperjelaskan isu pergolakan politik kerajaan negeri Perak.

Bagi penulis,SPKUM perlu memantau kenyataan ini agar tidak dimasukkan unsur politik kepartian sempit pihak tertentu. Kita berharap Riduan perlu memahami bahawa nama MPP UM bakal digunakan.

Oleh itu, wajarlah ia membayangkan aspirasi seluruh MPP yang turut diwakili oleh bukan ahli Unit Pro-M,Election Comittee,Bebas dan juga Penggerak Mahasiswa.

Aspirasi mahasiswa sebenar perlu dibayangkan.Dan aspirasi mahasiswa adalah untuk bersama dengan Tuanku Canselor Universiti Malaya.

Janganlah kerana politik sempit,kepentingan parti di luar tidak kira yang memerintah dan membangkang dijadikan agenda utama.Pendirian ini sepatutnya jelas berada dalam minda Riduan.

Namun, SPKUM perlu peka, jikalau unsur-unsur derhaka turut dimasukkan dalam kenyataan media YDP MPP UM tersebut.Jikalau terdapat unsur-unsur hasutan maka SPKUM tidak perlu berlengah-lengah lagi melaporkan perkara tersebut kepada pihak Universiti dan juga pihak Polis.

Oleh itu, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Riduan jika berjaya mengenepikan kepentingan peribadi sesetengah pihak dan mendepankan aspirasi mahasiswa dalam hal krisis Politik di Perak yang bakal diungkapkan petang ini dengan izin Allah.