PAS Tanya Ustazah Bridget Welsh Pasal Hudud!

"Ustazah" Bridget Welsh Ditanya Oleh Wartawan Harakah

“Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka.

Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise).

Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya ‘PAS adalah kuda tunggangan DAP’ akan dibuktikan dalam isu ini.

“Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP.

“Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, ‘kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri’, saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.

“Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu,” kata pemimpin PAS itu.

Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini.

PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini.

Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu.

“PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain,” kata beliau.

Namun, bagi Bridget Welsh, andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India.

Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi.”(klik sini)

PAS sekarang dalam dilema sehingga terpaksa mengambil pendapat “ustazah”  dalam membela dan mengabsahkan pendirian mereka jikalau mereka mati pucuk dalam Hudud.

Prof. Welsh juga lebih cenderung kepada “tak payah” Hudud dan utamakan perut. Welsh dikatakan agen CIA, dan malang sekali untuk isu Hudud ini Zulkifli Sulong terpaksa merujuk kepada Welsh untuk  perkara yang menjadi “makan minum” PAS.

Siapa “Ustazah” Welsh ini?

Bridget Welsh kini bergelar Profesor Bersekutu Sains Politik di Universiti
Pengurusan Singapura yang mana kini beliau sedang menyiapkan
penyelidikan yang bertajuk “Gender and Politics in Southeast Asia 
yang berfokuskan kajian mengenai persamaan gender di rantau ASEAN.
Sebelum ini beliau turut bergelar Profesor Bersekutu di Southeast Asia
Studies Program di Universiti Johns Hopkins,Amerika yang mana Anwar
turut menjadi Profesor jemputan di sana.

1. Freedom House

Hujah pertama yang mengatakan Bridget Welsh adalah agen CIA ialah apabila beliau bergelarKonsultan kepada Freedom House,
organisasi yang mempromosikan kebebasan melampau gaya Amerika. Freedom
House adalah terkenal di seluruh dunia sebagai operasi rahsia CIA,
apabila ia ditubuhkan serentak dengan NED dan menerima tajaan daripada
agensi itu. Buktinya anda boleh taip di enjin carian google mengenai
perkara ini ataupun klik sini sahaja untuk mengetahui kaitan langsung CIA,NED dan Freedom House.

Freedom House juga sering mengkritik kerajaan Malaysia kononnya tidak bebas seperti yang dimahukan mereka.

Apa yang paling melampau yang dilakukan oleh Freedom House adalah untuk memastikan seluruh timur tengah mencontohi negara Israel
yang dikatakan mereka sebagai negara paling bebas di timur tengah dan
dunia. Antara lain perkara ini membuktikan modus operandi mereka yang
mahu menjadikan timur tengah seperti Israel. Antara yang terlibat
secara tidak langsung dalam membawa kebebasan gaya Amerika di timur
tengah ini ialah Yayasan Masa Hadapan atau Foundation For The Future yang turut pernah dianggotai Anwar sebagai Pengerusi dan juga kekasih Wolfowitz, Shaha Riza.

Tugas Bridget Welsh di Malaysia pula adalah membawa agenda Freedom House ini ke Malaysia dengan mencanangkan Malaysia sebagai negara yang tidak bebas dan tidak demokrasi, ini dapat dilihat melalui setiap tulisan beliau terhadap Malaysia.

2. Asia Barometer dan Merdeka Centre

Bridget Welsh juga merupakan Pengarah Malaysia Asia Barometer Project
Survey yang menumpukan kajian mengenai demokrasi di Malaysia. Melalui Asia Barometer ini juga beliau berkerjasama dengan Ibrahim
Suffian,Pengarah Merdeka Centre untuk menjalankan kajian politik di
Malaysia antaranya ialah “Malaysia Country Report: Second Wave of Asian
Barometer Survey,yang diterbitkan pada tahun 2007.

3. Malaysiakini

Bridget
Welsh turut membawa propagandanya ke dalam Media Malaysia dengan
menjadi kolumnis tetap Malaysiakini akhbar internet yang mendapat
tajaan terus NED. Bukti paling besar kaitan terus Bridget Welsh,
Malaysiakini,Freedom House dan juga NED apabila Bridget Welsh secara
individu, Premesh Chandran daripada Malaysiakini yang mendapat tajaan NED tahun lepas,Sarah Cook daripada Freedom House dan John Knaus daripada NED berkerjasama menjayakansatu forum mengenai kebebasan media internet di Malaysia anjuran NED pada tahun lepas di Washington.

Penglibatan
semua agensi yang berkaitan dengan Bridget Welsh dalam satu forum ini
yang menunjukkan secara simbolik beliau adalah agen CIA. Kerana semua
agensi itu Malaysiakini,Freedom House dan juga NED mempunyai kaitan
dengan CIA secara langsung atau secara tidak langsung.

Sumber asal:Siapa Bridget Welsh Yang Bantu Anwar di  Malaysia?

Leave a comment