Archive for Nasruddin Hassan

PAS Terima Syiah, Apa Nak Jadi?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on December 5, 2011 by maharajazhou

Nasruddin Hassan Ketua Pemuda PAS bukan seperti KJ.

Orang Melayu yang tidak mengaji ugama khususnya di negara Timur Tengah tidak mengetahui bahaya Syiah. Jika yang tahu, kebanyakannya menganggap ia sekadar masalah berbeza pendapat.

Jawapan yang diberikan oleh Ketua DPP Pusat itu, boleh bagi orang yang tidak mengaji ugama, tetapi bagi orang yang tahu, jawapan itu adalah berat. Jika KJ yang menjawab boleh, itu adalah kerana “what do you expect from him?”.

Jika inilah sikap PAS yang boleh belaka, asalkan menyokong mereka, maka akan tenatlah Islam di Malaysia. Ya, mungkin ada yang berkata bukankah Syiah pun Muslim juga, individual basisnya, kita berharap ya, tetapi dengan Aqidah mereka secara umumnya yang melaknat dan menyumpah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman serta Saidina Muawiyyah, dan mengangkat Imam-imam mereka sebagai maksum, maka kita harus berfikir lebih jauh dari itu.

Hantu Bonceng: Harakah Kantoikan Pemuda PAS?

Posted in Politik Nasional with tags , , on September 22, 2011 by maharajazhou

2 hari lepas, Ketua Dewan pemuda PAS bersemangat membantai filem ‘Hantu Bonceng’. Katanya ‘Hantu Bonceng’ perlu dihentikan segera kerana  mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

“Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog “asyhadu anna Muhammadar… syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

“Menyebut  perkataan “Muhammadar Syaithan” yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

“Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah,” ujarnya. (klik sini)

Malah, betapa semangatnya Nasruddin Hassan sehingga Pemuda PAS menghantar memorandum ke Jakim (klik sini). Betapa hebat iltizam dengan ‘Hantu Bonceng’ berbanding dengan Gereja DUMC. Tiada arahan dari Dewan Pemuda PAS sehingga ke hari ini kepada aparat mereka di kampus-kampus Lembah Kelang untuk berdemonstrasi menentang murtad.

Ustaz Azhar Idrus yang dikenali pro-PAS mengkantoikan Dewan Pemuda PAS dengan tersiratnya membela Zizan Raja Lawak atas dasar jahil.

Ustaz Azhar Idrus dirujuk oleh Harakah dalam ceramahnya menyebut  bahawa skrip tersebut bukan bertujuan untuk mempersendakan Islam (klik sini):

“Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH” tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

“Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.

Hairan dengan agenda Harakah.Adalah hairan bagi Harakah untuk merujuk ulamak di luar kepompong mereka untuk memberi fatwa melainkan ada udang di sebalik batu.

Apakah agenda mereka tiba-tiba menukar gear reverse?

Apakah takut dengan sambutan hangat sehingga mampu memungut RM 5 juta sempena Hari Raya terutamanya di kalangan pengundi muda?

Ataupun ini tanda Harakah dan PAS sudah mula menekan mana-mana individu yang ingin mempertahankan kalimah Islam sebagai “kurang jelas” fikrah?

Yang pasti, ini adalah ‘boncengan gratis’ PAS terhadap filem Hantu Bonceng!