Archive for Syazni Munir

Mat Sabu:Jangan Politikkan Isu Palestin!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , on February 2, 2009 by maharajazhou

Krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin semakin memuncak sejak bermula Sabtu lalu.Negara haram Yahudi tersebut memulakan operasi ketenteraannya dengan serangan udara besar-besaran apabila HAMAS tetap meneruskan serangan roketnya ke arah mereka.Sehingga saat artikel ini ditulis, sumber mengatakan bahawa 370 orang Palestin telah terbunuh. Setakat ini, hanya 4 orang warga Negara Haram berbangsa Yahudi terbunuh dan korban awam semakin meningkat di kalangan rakyat Palestin.

Pagi tadi, dianggarkan 500 orang yang kebanyakannya dari penyokong PAS telah melancarkan satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat membantah serangan ganas Negara Haram Yahudi tersebut.

Di antara yang hadir termasuklah Naib Presiden Mohamad Sabu; Bendaharinya  Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat, Syed Azman Syed Ahmad dan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Ghazali,wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah tulang belakang demonstrasi kali ini didominasi oleh kumpulan Erdogan PAS.

Namun,bagi penulis,sesiapa pun berhak menunjukkan simpati mereka kepada isu Palestin,bukan sahaja puak Jemaah Islah Malaysia (yang konsisten dengan isu Palestin) tetapi pelbagai pihak yang lain juga. Ahli Jamaah Islam Kampus,Syazni Munir juga diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapannya mewakili GAMIS.

Namun,penulis berasa terkilan apabila isu Palestin digunakan sebagai tempat untuk menghentam kerajaan.Mohd Sabu sebagai antara nama calon pilihanraya untuk PAS menyifatkan kenyataan Malaysia adalah terlalu lemah. Sedangkan Malaysia telah menyuarakan gesaan terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak terhadap krisis kemanusiaan tersebut dan telah menyatakan kekesalan terhadap keganasan negara Haram Yahudi tersebut.

Sebagai sebuah negara yang faham dengan tatacara diplomatik dan ahli kepada sebuah Badan Dunia kenyataan Perdana Menteri kita adalah memadai dan sesuai sebagai sebuah negara yang bertamadun. Kita tidak boleh mempolitikkan isu Palestin ini untuk kepentingan politik sempit semata-mata.

Kita tidak mahu pula apabila kuasa berada di tangan pihak tertentu untuk menjadi lebih Islam,seribu satu alasan diberikan untuk melaksanakan sesuatu yang dianggap kemestian. Sanggup menunggu 30 tahun,perlu kesefahaman multilateral,hudud bukan keutamaan dan pelbagai alasan kurang bijak dijadikan alasan padahal sewaktu tidak ada kuasa,pihak yang ada kuasa dituduh sebagai lemah, tidak mengutamakan hukum Allah dan sebagainya.

Kita tidak tahu apabila pihak tersebut berada di puncak kuasa,mereka mungkin tidak bersuara langsung untuk menjaga hati pihak yang lain pula. Kali ini,mungkin fobia campurtangan kuasa asing pula menjadi alasan untuk tidak melaksanakan hudud atau membantu Palestin.