Archive for GAMIS

Hadith Khas Untuk Puak-Puak Dewan Pemuda PAS, GAMIS, SAMM Dan Seumpamanya

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , on December 21, 2011 by maharajazhou

Siapakah Yang Muda-Muda, Pendek Akal dan Baca Al Quran Setakat Di Kerongkong? Memang Kenalah Hadith Ini Dengan Puak-Puak Yang Digambarkan dalam Gambar Ini...

GAMIS: Murtad Diam, AUKU “Bising”

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , on September 18, 2011 by maharajazhou

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan meneliti semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang saban tahun diperjuangkan oleh mahasiswa untuk memansuhkannya.

“Saya minta untuk kerajaan juga turut mengkaji dan memansuhkan akta Auku ini,” kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.~Gamis Gesa Kerajaan Hapus AUKU~

Begitulah mahasiswa pembangkang. Fikiran mereka hanya pada  politik  sempit mereka sahaja. Dakwah mereka hanya tertumpu kepada usrahkan orang kepada  PAS, demonstrasi dan tamrin panjang untuk memerangkap jiwa mahasiswa kepada  PAS sebagai hamba tebusan. Itu sahaja, betapa sempitnya perjuangan Islam bagi mereka.

Ruang sebagai da’ie amat luas. Jika tidak boleh berpolitik kononnya, puluhan ribu malahan ratusan ribu mad’u yang menunggu untuk diIslamkan begitu ramai di kampus-kampus. Tidak lagi termasuk kerja-kerja Islam sebenar,mengajak orang solat dengan betul, puasa dan sebagainya.

Apabila  tiba persoalan murtad, mereka menjadi Aiman tak kisah..bila timbul soal AUKU yang beberapa kerat pernah didakwa, mereka bingkas bangun seolah-olah seperti tidak masuk syurga  kalau tidak bercakap tentang AUKU.

Murtad Berleluasa Bila PAS Memerintah 2

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , , , , , , , on September 14, 2011 by maharajazhou

Penulis pernah menulis suatu artikel tentang berleluasanya murtad jikalau PAS memerintah sekitar Mei 2008. Telahan penulis adalah benar, Ogos 2011, hampir 3 tahun 3 bulan, ia menjadi kenyataan.

Dahulu, kita dikejutkan dengan permohonan seorang wanita bernama Fatimah Tan untuk murtad. Dan menyedihkan, peguam bela bagi kes berkenaan adalah seorang peguam syarie Ahmad Jailani Abdul Ghani. Dia merupakan salah seorang penceramah PAS dan pernah berceramah di dalam Forum Kemerdekaan Tahun 2006. Ketika keputusan menyebelahi kedua-dua makhluk ini, Ahmad Jailani ini tidak terbit langsung perasaan sesal ataupun sedih tetapi, bangga dan tersenyum lebar akan kejayaannya.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Sekarang ini, sekali lagi isu murtad kembali. Namun, respons dan tindak balas PAS sama sepertimana ketika berlakunya kes murtad Fatimah Tan. Boleh dikatakan PAS menjadi syaitan bisu dalam hal ini. Tiada demonstrasi dari pihak Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) yang merupakan aparat PAS di kampus-kampus. Sebenarnya, Gereja DUMC tidak jauh lokasinya dari Universiti Malaya.

Gereja DUMC tidak jauh dari Universiti Malaya. Apa PMIUM buat? Tidor?

Tiada apa yang dilakukan oleh bekas-bekas pimpinan PMIUM di Parlimen seperti Mohd Nasir Zakaria, MP Padang Terap dan Muhammad Hussin,MP Pasir Putih. Apakah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki tidak memberikan nasihat kepada anak-anak buahnya semasa Kuliah Ilmu atau semasa tamrin untuk bertindak?

Jadi melihatkan kes Fatimah Tan, adakah satu hari nanti bisnes murtad akan menjadi-jadi? Adakah satu hari nanti peguam syari’e parti PAS yang korup mengambil laba dari “exit fees” (yuran keluar Islam) bagi sesiapa yang mahu murtad sebagai bisnes yang menguntungkan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

Umat Islam yang bijak tidak akan mengundi Pakatan untuk keselamatan aqidah anak cucu mereka!

GAMIS Seharusnya Sokong Dr Hassan Ali Dalam Isu Murtad

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , , , , , on August 5, 2011 by maharajazhou

GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung) amat tersohor dalam isu murtad. Zaharuddin Abdul Rahman memainkan isu ini sehingga dapat mengetuk pintu Ds Anwar Ibrahim. Ketika PAS tiada isu sekitar tahun 2004-2006, isu murtad dimainkan semula. Hanif Baderun memainkan isu ini dan fakta dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani dijadikan sebagai modal. Usaha ini amat gigih atas nama menegakkan agama. Forum-forum dan ceramah-ceramah di kampus samada secara zahir mahupun sirr, dijalankan untuk menyedarkan umat Islam umumnya dan ahli jamaah khususnya tentang murtad dan hukum-hakam di sebaliknya.

Sekarang ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima kecaman atas tindakannya melakukan perbuatan preventif mempertahankan aqidah umat. Dr Hassan Ali mempertahankan tindakan  JAIS dan mempercayai berlaku kegiatan penyebaran agama Kristian mazhab Methodist tersebut kepada 12 orang Islam dalam Majlis tersebut.

Tempat Dikatakan Dakyah Murtad Dijalankan

Sehubungan dengan itu, kita berharap bahawa Dr Hassan Ali akan kekal istiqamah dalam mempertahankan aqidah umat Islam laksana Sultan Abd Hamid II apabila ditawarkan langsaian hutang Kerajaan Turki Uthmaniyyah oleh hartawan-hartawan Yahudi dengan Tanah Suci Palestin sebagai cagaran.

Kita berharap GAMIS, SMM, PMIUM dan juga aparat-aparat PAS di kampus-kampus di ibu kota bangkit mempertahankan Dr Hassan Ali. Begitu juga, diharapkan tiada ahli politik dari UMNO yang akan mengambil jalan pintas 180 darjah menyokong gerakan murtad, kerana inilah saatnya umat menilai keikhlasan UMNO mempertahankan Islam tidak sebagaimana yang berlaku pada sebahagian ahli politik pembangkang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang mengecam JAIS dan juga sesiapa yang bersama dengannya.

Ingatlah bahawa bekas Paderi Joseph pernah mendedahkan bahawa kerajaan kita amat perihatin tentang isu murtad sehinggakan gerakan ini turut diberi perhatian oleh Bukit Aman.

UniSEL+TATI=Dr Rosti+Dr Zaki Muin=Masa Depan IPT di Bwh Pakatan Rakyat?

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , , , , , on August 4, 2011 by maharajazhou

Dr Rosti Saruwono telah meletakkan jawatan kerana tidak mahu menurunkan jawatan ataupun memecat 3 orang kakitangan Unisel atas sebab ia tidak melalui prosedur dan tatacara yang betul. Buat masa ini, digembar-gemburkan bahawa ada campurtangan politik di belakang kejadian ini.

Di dalam ramadhan yang mulia ini, seharuslah politiking, caci mencaci dan hasut-menghasut dihentikan apatah lagi jikalau membabitkan periuk nasi seseorang. Baru-baru ini, KUIN menyaksikan pelajar-pelajarnya digantung dan seorang timbalan dekan dipaksa berundur dari jawatannya. Namun, campurtangan orang politik (baca ahli politik UMNO dan BN) yang ditentang oleh mahasiswa terutamanya PMI dan GAMIS berlaku pada institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan pembangkang.

Amat sedih bagi idealis, sepatutnya Pakatan Rakyat memberikan teladan yang baik sebagai alternatif kepada kerajaan yang ada. Kerajaan Pakatan Rakyat harus teringat akan hadith Rasulullah SAW bahawa orang Islam tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Adakah Kerajaan PR Selangor bakal tumbang sebagaimana Kerajaan PAS Terengganu kerana memecat Dr Zaki di TATI?

Berikut adalah komen Tun Dr Mahathir pada 31 Disember 2001, 10 tahun yang lepas mengenai insiden tersebut:

“Tetapi bila dia (Kerajaan Pas Terengganu) diberi kuasa, tidak ada belas kasihan langsung dan ada peluang sahaja buang dan cantas orang. Itulah kezaliman Pas. Ambil orang bekerja, kemudian buang sewenang-wenangnya tanpa ada perbicaraan atau surat tunjuk sebab,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara perbarisan Tamat Latihan Rekrut Pengambilan ke-147 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson (Pusasda) di sini hari ini.

Beliau mengulas pemecatan Dr. Mohd. Zaki yang antara lain dikaitkan dengan keengganan Tati memulangkan semula wang yang diterima terus daripada Kementerian Pendidikan kepada kerajaan negeri”

Pemecatan Zaki perlihat kezaliman Pas – Dr. M

Melihatkan hampir sama insiden ini, rakyat dan mahasiswa harus tahu bahawa kerajaan yang ada tidaklah zalim dan kejam serta sangat berkebajikan sifatnya.

Maka, di bulan ramadhan ini, kita berdoa agar negara kita makmur, berdaulat dan mulia serta dimurahkan rezeki kita semua.

Itu Baru KUIN, Kalau Pegang KPT Macam mana?

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , on July 28, 2011 by maharajazhou

Maka, juak2 ini pun mulalah berdemonstrasi di depan tuan2 mereka. Baru mereka tahu, tuan mereka lebih zalim dari “musuh azali” mereka. Tetapi, tidak hairan, jikalau ini pun dibenarkan sebab kem2 yang wujud dalam PAS itu sendiri, kerana kalau ditanya, tiada beza antara BN ataupun PAS yang memerintah Kedah, cuma tukar baju saja.

Jikalau pegang KUIN pun dah zalim, kalau pegang KPT, penulis pun tidak pasti:

Kemelut Kuin kian meruncing

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 27 Julai – Kemelut pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang berada di bawah kerajaan Pas Kedah semakin meruncing apabila lebih 300 pelajarnya di sini mengadakan perhimpunan aman hari ini.

Perhimpunan itu bagi menuntut pengurusan kolej menggugurkan tindakan tatatertib terhadap enam penuntutnya yang terlibat dalam demonstrasi menentang pengambilalihan bangunan tahfiz di sini baru-baru ini.

Perhimpunan selama lebih sejam itu turut menuntut pentadbiran Kuin yang diketuai Rektornya, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman agar lebih menghormati hak dan kebebasan bersuara pelajar serta prihatin menyelesaikan kebajikan pelajar.

Para peserta perhimpunan itu berkumpul di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar Kuin pada pukul 2 petang sebelum berarak kira-kira 100 meter ke pejabat rektor bagi menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan.

Mereka melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan tuntutan tersebut sebelum bersurai meninggalkan kampus.

Sekumpulan 15 pelajar yang mewakili pertubuhan mahasiswa nasional turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan pelajar Kuin itu.

Mereka terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP) dan Aksi Mahasiswa Peduli.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab. Razak berkata, satu memorandum turut disediakan untuk diserahkan kepada pentadbiran Kuin berhubung masalah yang dihadapi oleh rakan mereka di kolej universiti itu.

Katanya, Memorandum Selamatkan Idealisme Mahasiswa itu ditandatangani oleh 2,005 mahasiswa dari Lembah Klang yang antara lain membantah tindakan Kuin mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam penuntut Kuin.

“Ini sebagai langkah terakhir di peringkat mahasiswa dalam menuntut pertimbangan budi bicara rektor Kuin sebelum langkah seterusnya diambil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Ahmad Syukri turut kesal kerana kerajaan Pas Kedah seolah-olah lepas tangan sedangkan masalah berkenaan boleh dipermudahkan secara rundingan.

Katanya, tindakan tatatertib yang dikenakan kepada enam pelajar terbabit tidak wajar dan seolah-olah menunjukkan kesalahan dilakukan mereka amat berat sedangkan demonstrasi yang dilakukan hanya untuk menyuarakan pandangan mahasiswa.

 

Riduan Tidak Sayang Canselor UM?

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , , on February 9, 2009 by maharajazhou

Riduan Yang Di-Pertua,Kerajaan Minoriti MPPUM berkata,Sekretariat Presiden-Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) yang bercadang untuk melancarkan demontrasi mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan Azlan Shah di Dewan Tunku Canselor sebenarnya bertujuan untuk mempertahankan tindakan tidak demokratik oleh pihak-pihak tertentu.

Penulis hairan,kenapakah fikiran Riduan terlalu bersimpang-siur.Baru memegang jawatan sudah mula menghalang mahasiswa UM menunjukkan kasih terhadap Canselor Universiti Malaya.

demo_budakdikk

GAMIS mengaku bahawa mereka telah mengerahkan mahasiswa untuk berdemo di Masjid Ubudiyyah.Ini bermakna suara yang berdemonstrasi ini bukan suara rakyat Perak.Maka,atas kapasiti apakah GAMIS boleh masuk campur mencemari Masjid Ubudiyyah yang penuh bersejarah ini?

Yang sepatutnya yang Riduan patut marah dan melalut adalah kepada GAMIS dan kemarahan ini bolehlah ditunjukkan kepada Shazni Munir,Speaker GAMIS.GAMIS mengaku berbuat biadap dengan mengerahkan mahasiswa untuk berdemonstrasi di Masjid Ubudiyyah.

Dalam peristiwa itu,kereta Raja Nazrin dihalang dan ada pula kereta-kereta yang dimiliki kerabat Diraja Perak dibaling.Kenapa perbuatan serong GAMIS yang mencemarkan Masjid Ubudiyyah tidak dikutuk?

Sikap Shazni Munir sebagai warga Universiti Malaya yakni sebagai mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Bioteknologi), Akademi Pengajian Islam amat dikesali akan peranannya dalam pertubuhan derhaka seperti GAMIS.Shazni sepatutnya meletakkan jawatan dari GAMIS dan bertaubat. Sepatutnya,pihak pengurusan UM perlu tegas kepada semua warga UM yang menganggotai pertubuhan derhaka ini.

Namun,lebih mengecewakan penyokong-penyokong bukan Ahli Unit Pro-M tentulah akan sikap dolak-dalik Riduan Mohamad.Sepatutnya,Riduan sebagai Yang Di-Pertua MPP UM perlu mengutamakan suara majoriti mahasiswa UM dan juga keutuhan Universiti Malaya.

ridzuanmd

Riduan sepatutnya bersama dengan SPKUM untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta terhadap Canselor UM.Bukannya mempolitikkan usaha murni ini.Mungkin melihat sekadar ini sahaja kemampuan pemikiran Riduan   mahasiswa UM hanya memberikannya undi ketiga tertinggi sahaja?

Perbuatannya mengaitkan tindakan SPKUM dengan UMNO adalah tidak wajar.Sepatutnya,Riduan tidak perlu mengaitkan soal politik luar dengan rasa kasih mahasiswa kepada Sultan Perak yang juga Canselor UM.Yang patut dikutuk dan dikritik Riduan adalah GAMIS dan Bersatu yang memperalatkan politik luar ke dalam isu perlantikan MB Perak yang melibatkan Sultan Perak,Seri Paduka Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak,Raja Dr. Nazrin Shah.

Ternyata,buat masa ini Riduan gagal dalam menyuarakan hati budi mahasiswa Universiti Malaya!Apa kata wakil Bebas dari Undang-undang?

PMIUM Hendak Derhaka Kepada Canselor UM?Siasat Pengendali Mahasiswakini!

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , , on February 7, 2009 by maharajazhou

sultanazlanshah

Mahasiswakini terang-terang menyokong pihak yang membat huru-hara di Masjis Ubudiyyah berdekatan Istana Tuanku Canselor UM.Mahasiswakini menyiarkan statement Pengerusi GAMIS yang menyanggah titah Tuanku Canselor.Kebiadapan ini harus ditolak oleh setiap warga Universiti Malaya.

Kita sendiri tahu siapa PMIUM.PAS cawangan Universiti Malaya.Amir-amir kampus Jemaah Islam Kampus selalu berkata demikian.

GAMIS sebagai badut kepada PAS pula membuat sembah derhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak.Dzulkhairi Mohd Noor  menyanggah ke bawah Duli Tuanku akan tindakan Seri Paduka tidak berkenan membubarkan DUN.

Dzulkhairi bukan lagi Presiden PMIUM.Dzulkhairi bukan mahasiswa UM lagi,maka tiadalah dia derhaka kepada Canselor Universiti Malaya.Pendirian GAMIS tidak kita hairan,kerana mereka cuma takut tulah Haji Hadi dan murabbi kampus sahaja.

Namun,bagaimana dengan PMIUM?Haafizuddin Abirerah yang kadang-kadang muncul sebagai jurucakap SMM (awalnya,selepas disindir penjaga Solidariti barulah kurang dengan pertubuhan haram ini) dan jarang-jarang sebagai jurucakap GAMIS  apa standnya pula?

PMIUM sebagai sebuah entiti di bawah Universiti Malaya sepatutnya menjaga tatatertib ahlinya yang menjaga Mahasiswakini yang terang-terang menyanggah titah Seri Paduka Baginda Canselor UM yang juga Sultan Perak.

Penulis berharap pihak Naib Canselor Universiti Malaya agar segera menyiasat mereka yang mengendalikan blog ini yang menghasut, menyeru dan menyokong pihak-pihak yang menderhaka ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Canselor Universiti Malaya.

Penderhakaan mereka kepada Canselor UM adalah penderhakaan kepada Universiti Malaya dan negara kita,Malaysia.

Link-link yang membuktikan sokongan penderhakaan kepada Canselor Universiti Malaya:

http://mahasiswakini.com/archives/1292

http://mahasiswakini.com/archives/1300

Diharapkan Ayahanda Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon dapat segera bertindak!

Mat Sabu:Jangan Politikkan Isu Palestin!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , on February 2, 2009 by maharajazhou

Krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin semakin memuncak sejak bermula Sabtu lalu.Negara haram Yahudi tersebut memulakan operasi ketenteraannya dengan serangan udara besar-besaran apabila HAMAS tetap meneruskan serangan roketnya ke arah mereka.Sehingga saat artikel ini ditulis, sumber mengatakan bahawa 370 orang Palestin telah terbunuh. Setakat ini, hanya 4 orang warga Negara Haram berbangsa Yahudi terbunuh dan korban awam semakin meningkat di kalangan rakyat Palestin.

Pagi tadi, dianggarkan 500 orang yang kebanyakannya dari penyokong PAS telah melancarkan satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat membantah serangan ganas Negara Haram Yahudi tersebut.

Di antara yang hadir termasuklah Naib Presiden Mohamad Sabu; Bendaharinya  Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat, Syed Azman Syed Ahmad dan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Ghazali,wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah tulang belakang demonstrasi kali ini didominasi oleh kumpulan Erdogan PAS.

Namun,bagi penulis,sesiapa pun berhak menunjukkan simpati mereka kepada isu Palestin,bukan sahaja puak Jemaah Islah Malaysia (yang konsisten dengan isu Palestin) tetapi pelbagai pihak yang lain juga. Ahli Jamaah Islam Kampus,Syazni Munir juga diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapannya mewakili GAMIS.

Namun,penulis berasa terkilan apabila isu Palestin digunakan sebagai tempat untuk menghentam kerajaan.Mohd Sabu sebagai antara nama calon pilihanraya untuk PAS menyifatkan kenyataan Malaysia adalah terlalu lemah. Sedangkan Malaysia telah menyuarakan gesaan terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak terhadap krisis kemanusiaan tersebut dan telah menyatakan kekesalan terhadap keganasan negara Haram Yahudi tersebut.

Sebagai sebuah negara yang faham dengan tatacara diplomatik dan ahli kepada sebuah Badan Dunia kenyataan Perdana Menteri kita adalah memadai dan sesuai sebagai sebuah negara yang bertamadun. Kita tidak boleh mempolitikkan isu Palestin ini untuk kepentingan politik sempit semata-mata.

Kita tidak mahu pula apabila kuasa berada di tangan pihak tertentu untuk menjadi lebih Islam,seribu satu alasan diberikan untuk melaksanakan sesuatu yang dianggap kemestian. Sanggup menunggu 30 tahun,perlu kesefahaman multilateral,hudud bukan keutamaan dan pelbagai alasan kurang bijak dijadikan alasan padahal sewaktu tidak ada kuasa,pihak yang ada kuasa dituduh sebagai lemah, tidak mengutamakan hukum Allah dan sebagainya.

Kita tidak tahu apabila pihak tersebut berada di puncak kuasa,mereka mungkin tidak bersuara langsung untuk menjaga hati pihak yang lain pula. Kali ini,mungkin fobia campurtangan kuasa asing pula menjadi alasan untuk tidak melaksanakan hudud atau membantu Palestin.

GAMIS & PMN Masih Dalam Paradigma Lama

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , on January 31, 2009 by maharajazhou

Masakini, massa masih lagi melihat ke arah Brother Anwar Bin Ibrahim. Sakit belakang, telanjang dan DNA, mungkin menjadi keywords bagi brother kita itu. Kagum juga, peguam Anwar bijak dan pandai menyelamatkan Anwar dari ujian DNA tapi gagal menyelamatkan Anwar dari dibogelkan katanya. Pihak hospital sepatutnya boleh memberitahu berapa saat dan minit kes bogel itu berlaku serta disertakai dengan dokumen prosedur piawai.

Jabatan Kimia juga boleh menerangkan, mereka tidak memerlukan sampel darah Anwar tetapi cukup dengan gurisan sel-sel pipi Anwar. Kita hendak periksa DNA bukan periksa kandungan kolesterol, asid urik dan pelbagai lagi bahan larut penanda penyakit. Dengan cara itu barulah, Anwar boleh terbungkam. Orang macam Brader, hanya dengan cara itu saja yang boleh diajar.

Kita berbalik kepada tajuk hari ini. Paradigma sebenarnya adalah perkataan yang dipopularkan oleh Brother Anwar yang hilang sakit belakang ketika menari dalam pilihanraya Ijok dan ketika berdiri berjam-jam menyampaikan ceramah. Dan perkataan paradigma penting dalam menerangkan halatuju organisasi dan di mana organisasi itu hendak dibawa. Itulah kepentingan paradigma.

Parti Mahasiswa Negara (PMN), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) adalah front yang diwujudkan asalnya oleh PMIUM. Kerana dari awalnya, PMIUMlah antara teras dan punca sejarah  dan tradisi politik mahasiswa. Malahan, kes peperangan antara Jamaah yakni ABIM dan PAS di kampus juga berpunca dari rampasan kuasa Muhammad Hussin dalam muktamar PMI supaya PMI dikuasai oleh PAS. Maka, sekiranya kita hendak mengkaji paradigma ketiga-tiga persatuan ini, maka mestilah dikaji dari sejarah PMIUM. Sesiapa yang berkata front-front ini ditubuhkan tanpa campurtangan parti politik, maka orang itu samada buta sejarah ataupun berbohong.

Ada yang mengatakan bahawa GAMIS akan hebat dan dikagumi jikalau mula menjadi jurubicara Ummah. Difahami jurubicara Ummah ini secara simplistiknya ialah mesti lawan kerajaan. Itu  baru jurubicara Ummah. Jikalau katalah Koperasi AL Hilal kepunyaan PAS menyeleweng dan lesap wangnya, katakanlah sehingga memberi kesan kepada ribuan orang, GAMIS sepatutnya tidak masuk campur. Kerana yang menyeleweng itu bukan kerajaan ataupun parti pemerintah. Jikalau dilawan, tidak gahlah GAMIS dan sebagainya, kerana yang menjadi antagonisnya bukanlah parti pemerintah ataupun kerajaan.

Tidak juga menjadi jurucakap Ummah jika membina sistem pangkalan data untuk mengumpul maklumat orang miskin di kampung-kampung dan juga pautkannya kepada pejabat zakat dengan pemantauan dari GAMIS supaya semua orang miskin dapat duit zakat. Sepatutnya mudah, kerana ramai graduan agama yang kerja di pejabat-pejabat Zakat. Hairan, jikalau benar hendak membina kerajaan yang adil dan kemiskinan sifar, kenapa pejabat zakat yang ramai penyokong Jamaah semakin besar tetapi orang miskin pula terpaksa mengemis dalam program Bersamamu?

Tidak juga jadi jurucakap Ummah untuk membina sistem maklumat yang berintegrasi tentang laporan kesesakan lalulintas diawasi oleh BBMN. Ia hanya akan menjadi bicara si jurubicara Ummah apabila ia keluar dalam Harakah untuk kritik kerajaan kerana buat “roadblock” untuk menghalang PAS/PKR yang hendak buat demonstrasi (yang juga disertai jurucakap Ummah tadi).Itu barulah dinamakan mereka jurubicara ummah.

Jurubicara Ummah juga sepatutnya tidak malu menyelesaikan masalah kampus. Berapa banyak kursus yang belum diakreditasi di IPTA oleh MQA? Apakah nasib pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang tidak diakreditasi tetapi pinjamannya diluluskan oleh PTPTN? Adakah jurubicara Ummah ini dengan pakaian BBMN,GAMIS dan PMN ini ada perangkaannya? Ataupun mereka tidak peduli dengan semua ini kerana itu bukan masalah mereka?

Teringat penulis pada pimpinan GAMIS dan PMIUM generasi JPA sewaktu PTPTN baru diperkenalkan, semuanya tidak peduli dan buat tidak reti. Mereka tahu ada caj 4% tetapi tidak ada bantahan besar-besaran.Kerana bagi pimpinan masa itu, masalah PTPTN bukan “masalah aku”, “masalah aku” adalah bagaimana mahu tolong PAS dengan isu reformasi 1998. Mereka hanya berminat dengan isu-isu popular, asyik menelah samada Dato’ Seri Najib pernah berjumpa Altantuya ataupun tidak, tetapi tidak meluangkan masa untuk mengkaji dan menjangka C4 yang bakal merosakkan atau menyusahkan mahasiswa dengan dasar yang ada.

Kelemahan  “jurubicara ummah” dikatakan terletak kepada tarbiyyahnya. Mananya tidak lemah kerana di hujung-hujung tarbiyyah sebelum Tamrin Jelas Fikrah ataupun TAMPAN, tiada lagi penekanan terhadap silibus tentang aqidah, akhlak, ibadah dan lain-lain. Yang ada hanyalah politik. Mana mungkin ada keikhlasan kerana semuanya berpaksikan politik semata-mata. Mana mungkin akal boleh jadi kreatif jikalau silibusnya hanya mampu melahirkan robot semata-mata.

Asal tarbiyyah sepatutnya bersumberkan tauhid yang sebenar-benarnya. Jamaah hanyalah wadah yakni seumpama sebuah kereta dan Hari Akhir itu adalah seperti destinasi. Tetapi, akhirnya output dan produk jamaah hanyalah manusia yang memuja-muja kereta tersebut tetapi terlupa akan tujuan pertama kereta itu dibeli iaitu untuk sampai ke destinasi.

Maka ramailah yang terlebih basuh dan polish kereta itu, dan takut untuk melalui jalan yang berliku kerana takut kereta bercalar ataupun terkena selut. Ramai yang tak sampai ke destinasi sambil berasa gah memandu kereta tersebut walhal orang yang tidak memakai kereta itu yakni hanya berbasikal pun sampai dahulu. Walaupun digembar-gemburkan dalam grup sedemikian hanya pakai kereta sahaja yang boleh sampai ke destinasi idaman.

Malahan, ada yang sehingga sanggup tidak sampai ke tempat yang dituju kerana obses dengan kereta tersebut walaupun kereta itu pancit dan rosak. Oleh itu, silibus usrah hendaklah diubah sebagaimana yang dibuat hampir 1500 tahun yang lepas bukannya sekadar melihat isu semasa semata-mata.

Paradigma mereka akan dulu kini dan mungkin selamanya adalah sedemikian kerana masih gagal merubah wala’ mereka daripada PAS/JIK kepada Islam. Mereka berlaku zalim dan khianat kepada yang lain hanyalah kerana wala’ dan bai’ah mereka kepada PAS/JIK dan bukanlah kepada Islam.

Selama mereka masih berpaksikan apa yang ada di atas bumi sehingga itulah mereka tidak akan dapat menguasai bumi ini. Malah lebih malang, mereka tidak dapat membuat keputusan seperti orang merdeka dan menguasai diri mereka sendiri.

Ingatlah seorang hamba tidak akan dapat memerdekakan hamba yang lain apatah lagi orang yang sudah merdeka!