Archive for Saiful Bukhari

Ada Apa Bila Bapa Saiful Bukhari “Main Belakang”?

Posted in Politik Nasional with tags , , , on March 8, 2013 by maharajazhou

Penulis dihubungi oleh rakan tentang “turn-over” bapa Saiful Bukhari, Azlan seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini  sebagai “telah memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.”

Bagi penyokong pembangkang, episod mohon maaf ini sudah tentunya akan dan sedang dirayakan dengan meriah sekali.

Habislah Saiful Bukhari kali ini. Dah sudah tentulah habis BN kali ini juga. Semua ini adalah fitnah. Malah ayat “power” Encik Azlan ini tentu menyegarkan wajah Brother Anwar Bin Ibrahim seceria-cerianya:

“Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya  semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.”

Rakyat mudah lupa, memang itulah faktanya. Kena ada  pengorek-pengorek maklumat untuk dedahkan segala-galanya.

Satu fakta yang mesti kita ingat, Saiful Bukhari dijaga oleh ibunya selepas perceraian Azlan dengan ibunya sejak Saiful Bukhari berusia 7 tahun. Dan selepas ibunya meninggal, Uncle Pet telah diamanahkan untuk menjaga Saiful.

Oleh itu, kita tidak hairan bahawa Azlan boleh berpaling tadah dengan tiba-tibanya. Jika Uncle Pet yang berubah, ini sudah lain cerita.

Kita nasihatkan kepada Encik Azlan, cukup-cukuplah masa yang lepas terbuang dalam mencurahkan kasih-sayang kepada Saiful. Jagalah Saiful sebaik-baiknya, kerana bukan amalan Anwar Ibrahim yang bakal sampai kepada anda bila anda mati nanti!

Di masa yang sama kita harus ucapkan tahniah dan syabas Saiful kerana terus istiqamah!!Lawan tetap lawan!!!

Sayabas Saiful kerana terus beristiqamah untuk mencari keadilan untuk dirinya yang dizalimi.

Najwan Halimi:Teman Rapat atau Musuh Ketat?

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , on October 13, 2011 by maharajazhou

Senyuman Najwan menunjukkan bahawa kepuasan dalam dirinya mencemar maruah Saiful Bukhari. Saiful barangkali mempunyai kesalahan, namun, adakah berkat hasil dendam kepada “rakan”nya itu di akhir kalam nanti?

 

Dendam kesumat Najwan Halimi terhadap Saiful Bukhari memang terbuku. Hairan sekali bagaimana pihak pembelaan boleh menjemput Najwan Halimi sebagai “saksi misteri”. Mungkinkah kedudukan Najwan sebagai “teman rapat” boleh menjadi keterangan hebat menentang pihak pendakwaan?

Kita harus lihat, bagaimana dendam Najwan memang terbuku terhadap Saiful. Kebencian Najwan terhadap Saiful boleh dilihat kepada 3 artikel yang ditulis dalam blognya (klik sini, sini dan sini).

Semuanya berpunca daripada “kebolehan” Saiful untuk membantu serta mendekati Anwar Ibrahim. Najwan bimbang jikalau Saiful yang dikatakan membenci Anwar menjadi pewaris Diari Merah Anwar. Puak-puak Anwar Ibrahim Club (AIC) tidak menyangka bahawa pilihanraya 2008 bakal mendatangkan kemenangan kepada Pakatan selepas teruk diganyang dalam pilihanraya umum 2004. Berikut adalah kenyataan Saiful membalas fitnah jahat Najwan terhadapnya dalam blog:

Assalammualaikum..

Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju..

Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya.. Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik.

Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG. Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya.

Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi
semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja.

Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman.

 Saiful bukhari–Mac 13, 2008 3:35 AM(klik sini)

PKR tidak mempunyai pekerja. AIC yang “gah” itu tidak pula membantu PKR seperti yang diharapkan. Ketika itu, Saiful yang diragui “fikrah”nya menjadi pembantu yang berguna kepada DSAI.

Lihatlah, artikel yang ditulis oleh Najwan pertama sekali tentang musang berbulu ayam ini hanya timbul selepas 3 hari PRU 2008. Dan Saiful pula menjawab 2 hari selepas serangan ini dilakukan.

Kenapa terjadi perkara ini, tidak lain dan tidak bukan kerana Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti Barisan Nasional, pertama kali dalam sejarah Malaysia Moden. Jikalau Pakatan kalah, sudah tentu tidak ada yang sibuk untuk menuntut laba ini.

Rahimi Osman yang dikatakan pemilik Diari Merah ini mengakui sumbangan Saiful dan mengetawakan sahaja hasad dengki Najwan dan kawan-kawannya:

Dah dah.. jangan bergaduh.
Kalah gaduh nak menang pun gaduh..

Semua,
Sdr Saiful memang banyak membantu saya dan DSAI sepanjang kempen pilihanraya lepas. DSAI dengan jujurnya pun amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Sdr Saiful. Termasuk juga staf-staf yang berkhidmat di pejabat DSAI.

Ramai yang minta untuk kerja di pejabat ini, banyak resume yang diterima membuat kami tertawa terbahak bahak… bukan kerana kelayakan, tapi dahulu semua ntah kemana sekarang semua nak kerja di pejabat DSAI!

Rahimi Osman–Mac 13, 2008 2:57 PM(klik sini)

Oleh itu, tidak hairanlah dari satu segi kenapa pejabat Anwar mengiktiraf jasa Saiful. Najwan Halimi cuma dapat memanjat pejabat Anwar setelah melakukan serangan peribadi terhadap Saiful. Dendam kesumat ini tidak akan membawa ke mana.

Yang pasti sikap “busuk perut” ini bakal memakan tuannya!

 

Makkal Sakhti:Plot Wayang Tamil Anwar-Saiful Bukhari

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , , , , , on March 6, 2009 by maharajazhou

Brother Anwar Bin Ibrahim memang terkenal dengan kebolehannya mengeksploitasikan emosi massa untuk kepentingan politiknya.Kita lihat sajalah bagaimana Brother Anwar memukau khalayak apabila berucap di hadapan masjid negara lebih 10 tahun yang lepas.Tiba-tiba sahaja rakyat menjadi histeria, terlupa dengan apa yang telah Brother Anwar lakukan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.Orang PAS yang masih belum sembuh luka perang jamaah pun tiba-tiba “mengampunkan” dosa-dosa Anwar kerana tersirna akan ucapan Anwar sehingga terlupa dan tidak mampu berfikir dengan waras.

Taktik yang sama turut digunakan untuk mengalihkan sokongan masyarakat India dari BN.Masyarakat India terkenal sejak dari zaman kemerdekaan lagi menyokong BN.Tetapi dengan menyatakan sokongan dengan Hindraf dan menyamakan dirinya dengan watak Rajnikanth, Sivaji dalam wayang Tamil, Sivaji The Boss, Anwar berjaya merentap sokongan masyarakat India.

Kali ini, penulis ingin berbicara dalam bahasa wayang Tamil kepada ramai.

Anwar semasa kempen-kempennya kepada masyarakat India,meletakkan dirinya macam Sivaji The Boss.Jika kita  tengok wayang Tamil sebenarnya,jarang ada cerita orang politik “teraniaya” lawan ahli politik lain, walau tak kira betapa jahatnya ahli politik itu.

sivaji_film_poster

Anwar selalu kata dia macam Sivaji.Tapi hairan geng-geng Hindraf boleh percaya.Patutnya, kalau ikut filim Tamil,orang politik selalu jadi jahat, dan orang macam Saiful selalu kena naya.

Yang ada selalunya adalah orang biasa lawan ahli politik jahat.Tidak kiralah ahli politik itu memerintah Tamil Nadu jadi Mudhalvan (Chief Minister) ataupun parti pembangkang.Wayang India pukul sama sahaja ruling party atau opposition.

Kalau hendak dikira, lebih tepat lagi kalau ada penulis skrip yang cepat “pick-up” akan ambil plot cerita Anwar dan Saiful sebagai wayang baru.

Ceritanya akan menjadi sebegini,Anand seorang ketua parti yang berkuasa dan berpengaruh.Cakap sahaja semua orang pakai. Sekali cakap, macam seribu kali cakap.

Jadi, Anand menjadi idola ramai.Dalam masa itu, ramai anak-anak muda lelaki yang ingin bergentayangan di keliling Anand kerana hendak menjadi tokoh politik.

(Filem Tamil,hero tak kena rogol ke liwat.Tapi kalau nak kena pun selalunya saudara mara.)Puthusamy ada seorang anak saudara lelaki.Dia memang fanatik Anand.Mana-mana Anand bagi ceramah, anak saudara Puthusamy mesti ikut.Sampai tak mengaji dan tak pass universiti.

Anand memang tertarik dengan anak menakan Puthusamy.Pastu lantik dia jadi tukang bancuh kopi dan pembantu peribadi.Tapi, biasalah dalam cerita India,disangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari.

Rupanya Anand nafsunya ada itu songsang.Habis dikerjakan anak saudara Puthusamy dari belakang.Maka, bermulalah gempar cerita Makkhal Sakhti.Anak Sedara Puthusamy report sama Puthusamy.Habis satu keluarga riuh-rendah (boleh bayangkan kot..semua dok ayo yoo satu rumah).Puthusamy nak balas dendam, lapor sama polis.

Polis tak mau terima report Puthusamy.Nanti satu Tamil Nadu terbakar punya kalau polis masuk campur.Penyokong Parti Anand,parti Makkhal memang orangnya terkenal suka bakar-bakar dan baring-baring.

Puthusamy tak putus asa. Jumpa sama Presiden parti lawan, Nalakaruppan.Nallakaruppan kata baguslah report tapi Nalla kata aku tak nak masuk campur.Nanti Nalla punya getah kena sama Nallakaruppan.

bashatelegudvd

Politik Malaysia pun ada macam politik wayang Tamil cuma tak sampai tahap parang lagi terutamanya politik Melayu.

Orang kuat Nalla kesian sama Puthusamy bawalah Puthusamy jumpa Polis dan bawa anak saudara Puthusamy buat medical check-up.Anand bila tahu mula tercirit-birit,lari kedutaan asing.Temberang sama penyokong, pengikut parti lawan mau bunuh sama dia, dan dia tarak percaya sama polis Tamil Nadu.

Dalam polis dan hospital,biasalah ada polis jahat, ada doktor jahat.Kali ini, semua pengikut Anand kejar sama Puthusamy anak beranak.Bawak itu parang juga.

Polis baik kata mau tolong. Tapi, mau Anand punya DNA supaya boleh matching sama DNA dalam lubang kunyit anak sedara Puthusamy. Polis suruh Anand bagi DNA, tapi dia tarak mau bagi.

Ahli parti politik lawan dan sekutu Anand Parti Hindu Tamil Nadu suruh anak saudara Puthusamy dengan Anand angkat sumpah kat kuil.Anak saudara Puthusamy sanggup pergi angkat sumpah tapi Anand tak mau angkat sumpah.On the way, nak angkat sumpah, macam-macam jadilah,Puthusamy kena kejar dengan lori balak dan macam-macam lagi.

Tapi, sudah sampai tokong pun ada problem juga.Ada sami jahat dalam itu kuil cuba sabotaj sama majlis angkat sumpah. Nasib baik ada ular itu tolong patuk sama sami jahat(cerita india tarak ini punya unsur tak sah), dan majlis angkat sumpah pun jalan baik, nalla punya. Cuma sami jahat itu buat cerita sama media parti Makkhal, dia kena paksa jadi saksi.

Jadi, rakyat masih tarak percaya sama anak saudara Puthusamy.Walaupun anak saudara Puthusamy sudah sumpah itu dalam kuil.Anand pun gelak macam Jun err Jin banyak happy.

Plot akhir, macam mana mau ambil DNA si Anand untuk jadi bukti.Puthusamy pergi rumah Agam Anand dengan motor kapcai.Penyokong-penyokong parti Makkhal pun bertumbuk dengan Puthusamy yang datang sorang-sorang.Dusyum sana, dusyum sini.Terbalik sana-terbalik sini.

Last-last, jumpalah Anand, walaupun umur hampir-hampir macam Rajnikanth(60 tahun lebih dah), tapi power juga macam Rajnikanth.Dusyum sana, dusyum sini.Last Dusyum, si Puthusamy jeritlah “Makkhal Sakhti”.Anand pun tertiarap teruk. Macam biasalah, hero Tamil dalam cerita macam ni mesti menang dan dapat jugak DNA Anand dari tumbukannya yang terakhir.

Polis pun serbulah rumah Agam Anand, tahan sama Anand dan penyokongnya.Akhirnya, Puthusamy dan kawan-kawan pun berjogetlah sambil baling-baling tepung kaler-kaler.THE END.

Watak Puthusamy mengambil watak Uncle Pet, pelakon dicadangkan mungkin Arjun tak pun Ajit.Kamal Hassan pun boleh tapi Kamal Hassan tak berlakon dah cerita-cerita macam ni.Vijay pun boleh, tak pun Danush menantu Rajnikanth pun sesuai jugak.

Siapa biasa tengok cerita Bashaa, mesti kenal Raghuvaran ( dalam Sivaji The Boss,dia jadi doktor Sivaji).Ini punya penjahat mesti sesuai punya, dan sesuai dengan watak Anand.Heroin dicadangkan Aasin le kot.

Kalau ada produser dari India ada baca, jangan lupa kredit sama Maharaja Zhou…

Polis Jangan Tangkap Anwar Malam Ini!

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on February 5, 2009 by maharajazhou

Menurut Harakah,semua orang besar-besar Pakatan Rakyat telah berkumpul di Kediaman Menteri Besar.

Bingai betul pemikiran pemimpin Pakatan Rakyat.Tidak sedarkah mereka yang mereka sedang diperbodohkan oleh Anwar.Tidak sedarkah mereka bahawa Anwar sekarang dibicarakan atas tuduhan liwat Saiful Bukhari?Anwar memang mahu ditahan polis supaya tidak perlu dibicarakan atas kes ini!

Kita berharap pihak Keselamatan Negara berfikir panjang dan tidak melatah dengan Anwar.Jika polis menahan atau menangkap Anwar atas kesalahan ISA,maka terselamatlah Anwar dari kemungkinan disabitkan kesalahan liwat tersebut.

Malaysiakini mengatakan Nizar dan exco Pakatan Rakyat telah berkubu di Kediaman Menteri Besar.Penulis berpendapat biarkan.Biarkan Nizar kencing,berak dan berkulat di Kediaman tersebut.Biarkan,biarkan 2-3 bulan pun tidak apa.Kerana Sultan akan bertambah murka,rakyat akan bertambah jelik.

Mereka harap polis akan merempuh masuk,dan memaksa mereka keluar dengan kasar.Kediaman Menteri Besar hanyalah simbol.Tapi yang haqiqi adalah titah perkenan Sultan Perak.Itulah yang lebih penting.

Dalam dunia teknologi sekarang,di mana-mana sahaja kita boleh memerintah apabila kuasa di tangan kita.Yang penting,kerajaan baru boleh menjalankan amanah.Mereka boleh menjalankan amanah di pejabat BN negeri, dan di mana-mana sahaja yang sesuai.Biarkan rakyat getik dengan Nizar yang tidak sedar untung itu.

Polis harapnya jangan berkasar dengan rakyat jelata.Awasi sahaja. Pihak Keselamatan Negara,penulis rayu jangan melatah!

Rakyat jelata ramai yang datang hanya untuk melihat sahaja.Jangan ulangi zaman reformasi,di mana ada rakyat yang bershopping turut menjadi mangsa.

Biarkan kali ini,Nizar,Anwar,Hadi dan LimKit Siang dihukum oleh Makkal Sakhti!

Sumpah Saiful Bukhari:Lebih Sebulan Menanti Laknat,Anwar Bila Pula?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , on February 1, 2009 by maharajazhou

Penulis membaca beberapa artikel dalam Harakahdaily baru tadi. Masih tinggi angan-angan beberapa penulis PAS yang pro Erdogan seperti Wan Nordin Wan Yaacob untuk menulis tentang 16 September ataupun 16 haribulan yang lain. Yang pasti ia mungkin tidak lebih dari ratapan Syiah pada 10 Muharram semata-mata. Merataplah dan meratiblah mengingati 16 September yang tidak kunjung tiba itu.

anwar-saiful

Saiful telah bersumpah,Anwar bila lagi?

Mungkin boleh disuruh agar Anwar menyorok di mana-mana gua di Batu Caves dan azamkanlah agar Anwar bisa muncul di akhir zaman untuk menjadi Pi Em nanti.Sementara itu, jangan lupa bawa limau, durian ataupun pisang untuk berhala Anwar di sana. Pemuja Anwar ramai yang Muslim bukan? Jadi takkanlah syirik kalau setakat bawa limau, oren dan durian untuk santapan “replika 12 meter” Anwar jikalau dia bercadang hendak menyorok macam Imam Mahdi AL Muntazar, Imam Syiah ke 12.

Mungkin rasanya orang PKR dan PAS sudah lupa bahawa Saiful Bukhari sudah bersumpah. Orang PKR kata, dulu semua yang kenakan Anwar dengan konspirasi ramai yang mati, cacat, gila dan mereng. Ada yang bilang Azizan, jalan tak betul di Melaka.

Orang PAS di Tranungkite kata betul-betul, Azizan mereng dan tak betul kerana sanggup mengaku bontotnya diliwat Anwar. Hakikatnya, siapa pun tidak dapat pastikan, Azizan sudah mereng ataupun masih lagi waras. Mungkin siapa-siapa boleh pastikan untuk penulis tentang kesahihan maklumat ini.

Penulis sedang menunggu bilakah Saiful akan dimakan sumpah? Kalau Saiful berbohong, tentu tak sampai 2-3 hari sudah nampak balanya. Sebab Mufti Perlis kata, sumpah Saiful itu keras bunyinya, dan kalau Saiful bohong, teruk akibatnya. Tetapi, sampai hari ini, Saiful tidak diberitakan cacat, gila ataupun mati lagi.

Tidak tahulah kalau Saiful macam Osama Bin Laden. Ada yang kata Osama sudah mati, tetapi dinampakkan seolah-olah masih hidup. Begitu juga dengan Fidel Castro, bekas Presiden Cuba dan Kim Jong Il,Presiden Korea Utara. Kalau begitu, hebat jugalah Saiful Bukhari setaraf tiga manusia tadi.

Penulis ingin bertanya adakah penyokong Anwar dari kalangan PKR, PAS ataupun apa-apa sahaja tidak pernah berfikir kenapa Anwar takut sangat bersumpah dan kenapa lama sangat bala hendak diturunkan ke atas si “penipu” bernama Saiful Bukhari?

Penulis pun hairan kenapa bloggers dan laman-laman UMNO tidak membuat countdown menunggu Saiful dimakan sumpah? Barangkali kasihan melihat anak muda ini “tension” dengan “over exposure” media-media tidak rasmi ini. Ataupun husnu zannya tidak mahu mengganggu kes yang bakal dibicarakan di mahkamah?

Oleh itu, kita menanti lagi sehinggalah beberapa bulan, bilakah Saiful bakal dimakan sumpah seperti yang diharapkan oleh pemuja-pemuja Anwar.

Tetapi, buat masa ini, kita perlu ingatkan mereka, bahawa Saiful telah bersumpah kerana dia yakin bahawa dia di pihak yang benar, dan kita harus terus mencabar agar Anwar bersumpah supaya jikalau Anwar benar, maka dia tidak perlu takut seperti Saiful yang masih berdiri tegak belum dimakan bumi lagi.

Pro Mahasiswa, Ahli Jamaah Kampus dan Tuan Guru dengan Jubah Barunya

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , on February 1, 2009 by maharajazhou

Kekadang adalah agak lucu melihat aksi-aksi aparat PAS apabila kritikan dan pandangan diketengahkan terhadap pemimpin mereka. Mereka tidak segan untuk mengatakan bahawa pimpinan mereka sahaja yang betul, seolah-olah sudah pimpinan mereka seumpama ayatullah-ayatullah Syiah yang ada wilayah faqih.

hadi_jubah

Jamaah PAS tidak menggalakkan kritikan.Jika ini berterusan,Tuan Guru mungkin akan syok sendiri seperti kisah Maharaja dengan baju baru.Kali ini bukan baju baru tetapi jubah baru.

Maka, apabila berlaku kesalahan yang menjolok mata, mereka sekadar mengangguk-angguk dan memuji seperti Tuan Guru dengan Jubah Barunya. Padahal, Tuan Gutu hanya memakai serban sahaja dan tidak lebih dari itu. Namun, ahli jamaah terus memuji Tuan Guru dan keputusannya memakai Jubah Barunya itu dengan segala puji-pujian walhal nampak semua aurat dan benda sulitnya.

Dengan itu, maka, sebenarnya jauh lagilah pemikiran mereka yang dikatakan kononnya pro-mahasiswa kita. Golongan yang kononnya Pro-Mahasiswa kita masih chauvinist dan partisan membuta tuli. Jikalau begini, maka tidak perlu kita menjerit-jerit bahawa pejabat TNC HEP perlu diserahkan kepada mahasiswa, kerana mahasiswa yang kononnya dikatakan pro-M otaknya adalah korup.

Pemikiran yang korup dan tidak intelek ini boleh dilihat dari usaha keji mereka untuk menakutkan mahasiswa bahawa menyertai Aspirasi seperti menjadi Saiful Bukhari. Ini dilakukan kerana Saiful Bukhari mengaku diliwat oleh Brother Anwar Ibrahim dan sesiapa yang menyertai Aspirasi mungkin akan diliwat. Inilah pewarnaan yang keji yang cuba dilakukan oleh unit saraf aparat-aparat PAS di kampus. 

Namun, mereka lupa, jikalau itu yang dijadikan modal, tidakkah ia memberi erti yang buruk kepada aparat-aparat PAS itu sendiri? Ia membawa implikasi bahawa adakah bekas pemimpin mahasiswa (lebih nakal lagi jikalau dia berasal dari Pulau Pinang) yang lantang menentang kerajaan, berjanggut setompok dan rajin memakai baju melayu itu berpotensi sebagai seorang peliwat walaupun kelak sudah berusia 60-an? Oleh itu, saraf perlu berhati-hati. Jangan senjata memakan diri.Kasihanilah pimpinan ataupun bekas pimpinan anda itu dengan saraf anda.

Sebenarnya, sejarah membuktikan bahawa Aspirasi bukanlah mahasiswa totok UMNO tetapi adalah dari pelbagai golongan tetapi bukan PAS Kampus. Noramin Ahmad pernah menjawat Timbalan Presiden MPP UPM yang tidak suka establishment adalah Aspirasi.

Malahan, di zaman BMB dahulu di Universiti Malaya sendiri, ia adalah sebenarnya usaha kolektif di antara mahasiswa-mahasiswa anti-PAS berbilang bangsa, agama dan jamaah, dan mereka bukannya penyokong kerajaan. Hatta, Jamaah Tabligh juga aktif menentang PMI di Fakulti Pergigian di bawah sepanduk BMB pada tahun 1995-96.

Maka, harus diingat bahawa mahasiswa tidak sepatutnya membiarkan PAS Kampus ini terus bertapak di kampus-kampus. Mereka sering bersembunyi dengan sepanduk kebajikan di laman-laman mereka, tetapi apabila kita lihat sejarah laman-laman tersebut, “usaha baik” mereka hanyalah bermula selepas bulan Ogos. Oleh itu, di manakah mereka bersembunyi sebelum saat itu?

Untuk pengetahuan semua. mereka tiada masa untuk kebajikan mahasiswa kerana mereka lebih sibuk bertamrin, berusrah dan bermesyuarat dengan Pemuda PAS. Untuk menghabiskan upacara tahunan mereka dengan aktiviti gempur dan tarbiyyah ini telah menyesakkan dada dan nafas ahli-ahli mereka sehingga mereka tercungap-cungap untuk survive di dalam kampus.

Oleh itu, tidak dihairankan kenapa mereka hanya mampu menjadi burung kakaktua sahaja kepada PAS dan gagal menganalisa isu-isu dengan akal mereka. Itu sebabnya hanya seorang dua sahaja yang kritis sehingga rajin menulis di merata-rata tempat tetapi malangnya, mereka masih dalam kepompong yang sama dan idea mereka tidak mampu untuk keluar dari sempadan tersebut.

Jadi, mahasiswa perlu bertanya wajarkah mereka menyokong kelompok yang-

1. Menyokong, memuja dan memaparkan wajah seorang yang sudah disabitkan kesalahan rasuah dan pesalah itu tidak membantah atau merayu sabitnya kesalahan itu?

2. Tidak menyatakan bantahan terhadap rasuah seks terhadap Ahli Majlis Daerah Perak Tengah dari PKR dan hanya menunggu tindakan Kerajaan Pembangkang.

3.Menyokong, memuja dan memaparkan wajah seorang yang sedang dituduh meliwat. Benar, seseorang itu tidak bersalah melainkan diisytiharkan benar-benar bersalah. Tetapi, wajarkah kita memilih yang syubahat sedangkan yang halal itu banyak?

Maka, perkara-perkara inilah yang harus dipantau dan diamati oleh mahasiswa. Mahasiswa sepatutnya memikirkan apakah masa depan negara ini jikalau orang yang sekadar menjadi pak angguk ini diberi peluang untuk mentadbir kampus.

Mereka hanya akan memberikan kuasa ini kepada kelompok-kelompok mereka sahaja walaupun kelompok mereka ini bukanlah pandai buat kerja ataupun diketahui mahasiswa sekolej sebagai korup dalam konteks mahasiswa(tidak tahu bayar hutang, janji tidak pernah tepat, pinjam barang tidak diberi balik).

Oleh itu, sempena AidilFitri ini mahasiswa harus membersihkan diri dan akal mereka dari pengaruh berbahaya ini. Semoga Aidilfitri ini membawa rahmat kepada semua, khususnya mahasiswa.

Kesalahan-Kesalahan PAS dari 8 Mac sehingga 16 September

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , on February 1, 2009 by maharajazhou

Penulis buat  masa ini belum melihat lagi apa-apa ulasan tentang kesalahan-kesalahan PAS sepanjang PRU 12 tempoh hari. Walaupun agak lama, tetapi isu ini wajar diambil iktibar oleh ramai orang terutamanya yang yakin sangat dengan “keputusan kepimpinan”. PAS seolah-olah kurang diberi perhatian kerana ramai termasuklah penulis sendiri mengacukan papan tulis ke arah Mami Anwar. Namun, kita harus ingat, bahawa sesiapa yang sayangkan Islam akan selalu memuhasabah UMNO dan juga PAS kerana ia adalah tonggak politik orang Melayu-Islam.

anwarkt

Antara kesalahan PAS terbesar adalah terlalu thiqah kepada Anwar sehingga tidak dapat membuat keputusan yang bijak berkenaan masa depan Islam dan hukumnya.Berikut adalah kesalahan-kesalahan siasah dan syarak tentang keputusan yang dilakukan oleh pimpinan PAS dalam beberapa isu:

1) Kes Saiful Bukhari

Penulis mengambil ini sebagai yang pertama kerana inilah sikap dan ijtihad pimpinan PAS yang paling berbahaya dan sebenarnya boleh dijadikan peluru percuma oleh musuh Islam yang sebenar.

Penulis telah perasan lompang besar ini tetapi bimbang jikalau artikel penulis boleh membuka ruang untuk pertikaian hukum Islam tatkala pimpinan PAS lebih sibuk berangan untuk menjatuhkan UMNO dan tidak bersedia untuk mendalami hukum fiqah bagi memuaskan hati.

Kes tuduhan liwat Saiful Bukhari adalah lompang kepada perlaksaan hukuman terhadap jenayah rogol mengikut hukum syarak. Saiful Bukhari mengaku dipaksa diliwat dalam laporan polisnya dan pimpinan PAS telah mengeluarkan hukum qazaf terhadap kes Saiful vs Anwar Ibrahim ini.

PAS bernasib baik kerana pihak Sisters in IIslam, harbiyyuun DAP dan aparat mereka di dalam DAP dan Majlis Peguam tidak mengambil kesempatan dari lompang dari kegopohan PAS membela Anwar dan menjatuhkan qazaf terhadap Saiful.

Andaikata pihak musuh Islam mengambil qias daripada kes Saiful, maka nyatalah undang-undang hudud yang dikemukakan oleh PAS tidak bersedia menghadapi kes rogol ataupun apa-apa jenayah seks paksa. Jikalau PAS lebih berhati-hati dalam menyatakan sokongan kepada Anwar dan tidak mengqazafkan Saiful maka perkara ini tidak berlaku.

Ini adalah kegopohan PAS yang penulis tidak dapat terima kerana mendahulukan matlamat politik dari keindahan syariah Islam dalam menghukumi serta mengadili suatu kes. Di sini penulis lebih berat kepada Mufti Perlis dan nyata di sini PAS kurang nijaksana dan perbuatan PAS boleh mendatangkan fitnah kepada Islam.

2) Muzakarah PAS-UMNO

Di sini PAS sekali lagi membuat kesalahan politik yang berat terhadap kelangsungan perlaksanaan hukum Islam di Malaysia.

PAS sepatutnya meletakkan syarat kepada UMNO yang sekarang “lemah” tentang perlaksanaan hukum syarak di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS. Harus diingat bahawa peluang untuk melaksanakan hukum Islam di negeri-negeri dikuasai PAS di bawah Pakatan Rakyat adalah tidak pasti. Pakatan Rakyat tidak komited dengan perlaksanaaan undang-undang jenayah Islam.

Bagi penulis, keadaan UMNO yang “lemah” dan cube “mengekalkan “kuasa” itu seharusnya diambil peluang oleh PAS untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan ,Perak dan Kedah serta  cubaan  yang sama di Terengganu dan Perlis yang masih dikuasai UMNO tetapi majoriti umat Islam.

PAS sepatutnya mengkaji sistem di Nigeria di mana bahagian utara negara itu dari kaum Fulani dan Hausa (beragama Islam) mengamalkan undang-undang Islam. Namun, tiada bukti bahawa PAS berusaha untuk menjalankan usaha ke arah itu dan perkara yang diketengahkan hanyalah soal kuasa semata-mata.

Jikalau PAS mendahulukan perkara perlaksanaan hukum Islam di negeri-negeri utara Malaysia yang dikuasai PAS tempoh hari, dan hanya akan bersetuju menyertai Barisan Nasional dengan prasyarat tersebut, maka kita boleh melihat sejauh manakah PAS ikhlas memperjuangkan hukum  Islam dan sejauh mana pula UMNO tidak mahukan Islam.

Tetapi, PAS gagal. PAS lebih berminat dengan kejatuhan UMNO dari kebangkitan Islam. Peluang untuk melaksanakan hukum Islam buat kali pertama dalam sejarah Malaysia gagal kerana kurang cerdiknya PAS dalam percaturan politik umat.

3) Penerimaan Jawatan MB Perak oleh Dato’ Seri Nizar

Sesungguhnya mengikut sunnah perjuangan Rasulullah, perkara yang diputuskan oleh PAS menerima jawatan MB Perak adalah mungkar.

Ini bersesuaian dengan sirah Rasulullah SAW yang menolak tawaran untuk menjadi Raja Makkah jikalau Rasulullah SAW berhenti berdakwah kepada musyrikin Makkah.Sepatutnya, jawatan itu diberikan sahaja kepada wakil kepada PKR kerana nyatalah perlaksanaan dakwah dan juga kekuatan Melayu-Islam ditentukan oleh DAP.

Sepanjang pemerintahan Nizar tidak ada kebaikan yang diperolehi oleh orang Islam di Perak. Hanya muktamar PAS sahaja yang nampak Islamik tetapi lain-lainnya lebih menguntungkan kaum Cina. Kita tidak dengar bantuan atau sumbangan kepada ma’ahad-ma’ahad ataupun pondok-pondok terutamanya di utara Perak sedangkan di situlah pengkalan pertama gerakan Islam di Malaysia yakni seperti Ma’had Ihya’ Al sharif Semanggol yang menerbitkan Partai Hizbul Muslimin sebelum PAS ditubuhkan. Harus diingat, kerusi PAS yang pertama adalah di kawasan Kerian yakni di Perak.

Bahkan, jikalau PAS Perak benar-benar sayangkan Islam, muzakarah UMNO-PAS sepatutnya mengutamakan pembentukan kerajaan berteraskan syari’ah di Perak dengan majoriti dari UMNO-PAS. Tetapi, PAS lebih mengutamakan kuasa dan malangnya PAS hanya tinggal lebai malang sahaja di kerusi MB itu.

Keuntungan PAS hanya satu, memperolehi MB yang tahu cakap Mandarin dan Tamil sahaja, tetapi Islam tidak dapat apa-apa.

4) Sokongan Terhadap Perubahan Kerajaan

Pas berulangkali diingatkan bahawa mereka mempunyai potensi sebagai ” The Kingmaker” tetapi mereka tidak pernah menggunakan peluang itu sebaik-baiknya demi Islam.

PAS lebih banyak menari mengikut paluan gendang orang lain dari menentukan paluang gendang itu sendiri. PAS acapkali dicabar dengan isu Forum Memeluk Islam, Isu Azan dan pelbagai lagi. Tetapi, PAS tidak mendepani isu.

PAS tidak mengambil peluang memberi kata dua terhadap Anwar dan bertegas dengan perlaksanaan undang-undang Islam. PAS hanya menanti apakah perkara yang berlaku selepas kejatuhan Barisan dan bukannya mahu kata putus dengan jaminan bertulis adakah Islam akan didaulatkan oleh kerajaan baru tersebut.

PAS melukut di tepi gantang walhal tanpa penyertaan PAS, Anwar memerlukan lebih 50 orang ahli parlimen untuknya menubuhkan kerajaan. Tetapi, PAS gagal menggunakan posisi tersebut untuk kepentingan Islam.

PAS sepatutnya menggunakan peluang tersebut semasa Anwar bertanding Parlimen tetapi pimpinan PAS terlalu bacul untuk memberi kata dua. Anwar tidak akan menang jikalau PAS memboikot pilihanraya kecil tempoh hari sekiranya Anwar tidak mahu komited terhadap perjuangan Islam.

Begitulah 4 kesalahan besar PAS sepanjang tempoh dari 8 Mac sehinggalah 16 September yang lalu. Ketumpulan pemikiran dan penyusunan strategi PAS dalam mendaulatkan Islam dan juga kebodohan PAS dalam embuka ruang melemahkan  Islam menyebabkan peluang perlaksanaan hukum islam terbantut.

Ada yang mungkin masih menjadi Mat Jenin mengatakan bahawa mungkin kerajaan PR akan melaksanakan hukum Islam 100% dan bukan seperti cadangan penulis iaitu di negeri majoriti Islam. Namun, buat masa ini dengan mengharapkan PR, mimpi tersebut tidak akan menjadi kenyataan dengan DAP sebagai duri besar dalam daging.Malahan PAS sudah malu untuk mempertahankan dasar negara Islam dan juga perlaksanaan jenayah syariah untuk menyukakan hati orang kafir walaupun Allah amat membencinya.

Kesimpulan yang telah lama dibuat oleh pengikut JIM/IRC, Hizbut Tahrir, Rufaqa’ Al Arqam dan Tabligh berdasarkan analisa penulis adalah politik PAS bukanlah untuk memperjuangkan Islam tetapi adalah lebih untuk kuasa bagi kumpulan manusia tertentu dan 3/4 darinya didasari oleh sifat dengki khianat, hasad dan perut hijau mereka terhadap UMNO semata-mata.

Perebutan Diari Merah Anwar: Tamatkah Dengan Keputusan Kes Anwar-Saiful?

Posted in Politik Mahasiswa, Politik Nasional with tags , , , , , on January 30, 2009 by maharajazhou

Apabila Nik Nazmi menjadi ADUN Seri Setia Selangor, maka dengan tidak semena-mena, ramai di kalangan anak muda yang bergentayangan di sekeliling Anwar berangan-angan untuk memegang Diari Merah Anwar. Barangkali, itulah makam yang paling tinggi untuk mahasiswa-mahasiswa penyokong Keadilan.

Kadang-kadang terasa, kita bukan melihat politik Melayu tetapi seperti membaca komik Cina. Seperti membaca komik Senjata Misteri adakalanya. Maka, di sini mungkin kelebihan mahasiswa ahli jamaah. Tiada relik yang hendak dikejar. Tiada serban merah Nik Aziz ataupun ketayap merah Haji Hadi. Cumanya, ada yang mahu menjadi ikon gerakan mahasiswa, yakni melalui apa cara sekalipun, tidak kisahlah termasuklah melanggar hukum qazaf ataupun menyatakan parti pemerintah sebagai parti syirik untuk mempopularkan diri ataupun hendak mengatakan fikrah merekalah yang paling jelas.

Gerakan pemuja Anwar rupanya telah beralih kiblat dari IPTA khususnya UM dan UIA ke universiti swasta. Barangkali, ini ada kesan dari dominasi gerakan mahasiswa pembangkang oleh jamaah PAS dan juga penguasaan Aspirasi ke atas IPTA baru khususnya bekas-bekas Kolej Universiti. Ditambah pula UNITEN pernah dihuni dan dijadikan tempat belajar oleh anak Anwar sendiri.

Selepas kes tuduhan liwat Anwar 28 Jun, nama Saiful Bukhari tiba-tiba muncul. Sebelum ini, namanya hanyalah tertumpu di UNITEN. Lebih-lebih sedikit, namanya menjadi bualan hangat sekumpulan mahasiswa yang bergentayangan di dalam grup Anwar Ibrahim Club (AIC). Maka, marahlah sekian rakyat jelata di dalam AIC melihatkan kenaikan mendadak Saiful Bukhari memanjat dan mendaki jawatan di Pejabat Anwar. Tidak disangka-sangka bagi mereka bahawa orang yang mereka seranahkan selama ini, akhirnya naik lebih tinggi dari mereka.

Malang sekali bagi Saiful, sejarah ditulis oleh dua golongan. Golongan yang menang dan golongan yang menguasai media. Saiful diserang hebat sejak dia “bergraduasi awal” dari kampus UNITEN. Oleh itu, sebenarnya Saiful pun bercadang mengorak  untuk meninggalkan dunia politik yang tidak ubah seperti dunia mafia baginya, untuk mencapai cita-citanya sebagai juruterbang.

Namun, PRU ke 12 mengubah segala-galanya.Sebermula dari Rahimi Osman yang menjadi seolah-olah dewa bertangan lapan menyelesaikan masalah Anwar sebagai Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik dalam kemelut pilihanraya. Dari situ, ini menunjukkan PKR yang gah sebenarnya kurang bala tentera. Kebanyakan penyokong hanya mampu berzikir reformasi tetapi hanya setakat di dalam hati dan mulut sahaja. Panglima di Kedai Kopi tarafnya.

Dari situ, Saiful Bukhari dikatakan datang membantu. Tatkala, mereka yang berzikir akan nama Brother Anwar Bin Ibrahim selesa di kampus dan tempat kerja, anak muda inilah yang menghunuskan pedangnya di medan kempen dan pilihanraya. Tidur 2-5 jam sehari tidak menjadi masalah, kerana ingin menolong kawan dan juga PKR.

Namun, atas dasar itulah yakni obervasi Brother Anwar Bin Ibrahim, Saiful Bukhari memanjat tangga sebagai orang harapan Anwar dan bukannya orang-orang AIC. Tetapi, penulis sangsi dengan cara orang-orang AIC berfikir. Mereka marahkan Saiful Bukhari kerana “berjaya” menawan hati Anwar. Jikalau benar, adakah wajar dimarahkan musang makan ayam kerana memang itu makanan musang? Tidakkah yang patut dimarah si empunya ayam kerana membiarkan rebannya bocor dan tidak terjaga?

AIC sepatutnya tatkala itu, patut menyedari bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim bukanlah seorang jeneral dan strategis perang yang bijaksana dan baik seperti yang digembar-gemburkan. Jikalau “agen” musuh pun tidak dapat dihidu, apatah pula dengan cabaran yang lebih besar dari itu? Kenapakah Saiful sahaja yang dimaki dan dikeji oleh geng Najwan Halimi dan Ainis Azreen? Tidakkah sang pencinta musang pun patut dikaji dan dianalisis kesalahan dan ketidakbijaksanaannya?

Tetapi, di dalam dunia ini, seperti biasa, orang hanya mahu melihat dan percaya apa yang mereka mahu percaya walaupun sebenarnya, suara hati mereka tahu bahawa apa yang mereka percaya itu salah.

Oleh itu, kita akan lihat selepas ini, apakah perjuangan memiliki ‘Diari Merah Anwar’ akan terus menjadi igauan puak-puak mahasiswa pemuja Anwar? Jawapannya hanya menunggu tatkala siapakah yang benar, Saiful ataupun Anwar!

Mubahalah Liwat Anwar-Saiful: Benarkah Nik Aziz Terlebih Pandai?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , on January 30, 2009 by maharajazhou

Isu liwat masih tidak sudah. Isu ini agak berpanjangan dari 28 Jun yang lepas selepas Saiful Bukhari Azlan melaporkan bahawa dirinya diliwat. Maka, ramai yang sangsi. Ada yang beranggapan ia satu konspirasi, tetapi ada juga yang kata mungkin ianya asli. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, Mufti Perlis Dr Asri berkata, harus dilakukan Mubahalah. Datuk Nik Aziz juga bersetuju begitu juga dengan sayap pemuda Jamaah di Selangor.

Namun, ada yang tidak bersetuju. Sejak Sabtu lepas, Zulkifli Noordin, pemuka PKR sudah membantah. Katanya, bersumpah sambil junjung al Quran cadangan Yang Berbahagia Dr. Mufti itu bukan dari sunnah. Mungkin pemuka PKR ini sudah keliru, bahawa bukan Dr Asri yang mencadangkan junjung-menjunjung ini, tetapi “ketua kampung” PR, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, ini cara Kristian, bukan cara Islam. Dikatakan lagi sumpah menyumpah ini tiada dalam Islam dan bukan dari hadith mahupun al Quran. Takjub penulis. Kalau Mufti Perlis tak ikut hadith dan Al Quran, siapa lagi pula, yang berkempen ikut hadith dan Al Quran.

Seolah-olah, hendak dikata bahawa PAS hendak menganjurkan konsert tayang punggung kalau benar Dr Asri mengeluarkan nasihat bukan dari al Quran dan hadith. Itulah analogi dan perumpamaan yang sahih.Begitulah yang boleh disimpulkan, kadangkala sokong membawa rebah. Pemuka PKR sepatutnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar tidak salah tuduh.

Dinukilkan di dalam Harakahdaily bahawa Mufti Perak, Datuk Harussani pula tidak bersetuju dengan upacara sumpah Anwar ini. Dalam kenyataan asalnya, Mufti Perak berkata mereka yang mencadangkan mubahalah ini sebagai:”cadangan dari orang yang terlebih pandai.”  Mereka sepatutnya memetik kenyataan ini terus dari Dr Asri sendiri bukannya terlebih pandai mengatakan beliau dalang yang mencadangkan upacara angkat Al Quran.

Jikalau ini kualiti kewartawanan Harakah, maka sukarlah rakyat henak percaya dengan kethiqahan Harakah selepas ini dan ini boleh mendatangkan fitnah kepada orang yang tidak bersalah. Namun, persoalannya, kenapakah pandangan Datuk Nik Aziz, Pemuda PAS Selangor dan Dr Asri ini seolah-olah diperlekehkan oleh media utama PAS? Kenapakah kedegilan Anwar untuk bersumpah dan pandangan Datuk Harussani lebih diangkat dan dipuja? Milik siapakah Harakah? Anwar atau PAS? Ataupun tindak taduk Harakah dikuasai oleh aparat Anwar yang masuk PAS tetapi sanggup membelakangkan jamaah demi bos lama?

Maka, melihatkan seolah-olah media PAS sendiri tidak senada dengan suaranya, mungkinkah kenyataan terbaru MB Kelantan yang tidak mahu menjadi orang tengah itu dipengaruhi oleh sikap Harakah yang tidak menghormati pandangannya? Pelbagai spekulasi dan andaian yang boleh ditafsirkan daripada tindakan “ketua kampung” Pakatan Rakyat tersebut.

Ketakutan dan belitan Anwar untuk bersumpah dapat dilihat dengan tindakannya untuk membabitkan ulama’ luar negara. Prosedur yang mudah disusahkan seperti permintaaan Puteri Gunung Ledang nampakanya. Apa susahnya bersumpah dengan nama Allah mengikut prosedur yang digariskan oleh Mufti Perlis tersebut?Tetapi, dilaporkan bahawa Saiful Bukhari sendiri telah mencabar Anwar untuk bersumpah. Maka, tidakkah Anwar terasa tercabar untuk menjaga maruah dirinya dan ahli keluarganya?

Ternyatalah jika Anwar masih berdolak-dalik dalam hal sumpah ini, maka nyatalah si cicak mengkarung bernama Saiful Bukhari Azlan telah berjaya mencalarkan Brother Anwar Bin Ibrahim ini secara saraf dalam pencak silat mempertahankan maruah diri dan keluarga. 

Zalim dan Fasiqkah PMI/Kampusnegara Jika Tidak Menghukum Zainulfaqar?

Posted in Politik Mahasiswa with tags , , , , , , on January 30, 2009 by maharajazhou

zainulfaqar1

Zainulfaqar pernah menuduh seorang bekas TNC HEP mempunyai skandal seks tanpa mengemukakan 4 saksi yang hak.Tuduhan Zainulfaqar boleh dilihat di link ini.

Penulis melihat terdapat sedikit perdebatan di antara pembaca blog penulis tentang wajarkah Otai PMN dikenakan Qazaf. Ada juga yang sampai sanggup keluar dengan beruk katanya berkenaan hal ini. Pada dasarnya, adakah patut jatuh kewajipan menjalankan hukum itu ke atas si penuduh apa nama bekas TNC UM itu. Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada As Sunnah dan juga pandangan ulama’. Oleh kerana orang PMI masih thiqah dengan Zaharuddin, maka penulis akan mengambil pandangannya dan kupasannya dalam hal ini. 

Hukum qazaf adalah berdasarkan ayat berikut:

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Pada pendapat Imam Qurtubi: Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi). [1]

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433) [1]

Zaharuddin juga menambah bahawa selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh. Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah. [1]

Maka, harus diingat bahawa tuduhan terhadap bekas TNC tersebut dilakukan tanpa melihat sendiri perbuatan zina tersebut dan telah disebarkan dengan meluas di internet. Harus diingat bahawa mengikut kupasan Zaharuddin, penuduh tersebut adalah fasiq dan sebarang kesaksian darinya mesti ditolak.

Barangkali ada yang mahu mengambil hukum yang paling ringan (tetapi ada risiko kerana para tabi’in dan ulama’ salafus soleh banyak yang menolak kaedah ini), tetapi setakat ini penulis tidak melihat ada usaha untuk meminta maaf secara terbuka ataupun cubaan untuk menarik balik tuduhan, yang dikaluti adalah persediaan hendak mengadu domba mahasiswa dengan kerajaan dan pihak keselamatan pada hari ini di Stadium Kelana Jaya. Seolah-olah, tiada sikit pun rasa kesal di hati nampaknya.

Meskipun PMI/JIK ataupun PAS tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan hadd kerana tiada kuasa sebagai pemerintah, tetapi mereka boleh memboikot, menggantung keahlian atau melarang sebarang kerja kewartawanan dijalankan (oleh sang penuduh kerana larangan penerimaan kesaksian darinya oleh Allah) jika pihak berkenaan ikhlas memperjuangkan perlaksanaan hukum Allah di atas muka bumi ini.

Jika tidak, maka mereka telah mengingkari hukum Allah kerana Allah telah memberi amaran bahawa haram mengambil persaksian dari orang yang fasiq. Dan ingatlah bahawa orang yang tidak menjalankan hukum Allah boleh jatuh dalam tiga kategori iaitu kafir, zalim ataupun fasiq. Maka , PMI boleh memilih salah satu dari tiga perkara ini jika tidak takutkan Allah Taala. Dan mana-mana orang PMI pun tidak seharusnya cenderung kepada orang yang patut kena qazaf ini jika benar-benar takut pada Allah Taala.

Sekarang wujud persoalan bahawa perlukah bekas TNC tersebut bersumpah bahawa beliau tidak pernah berskandal? Sebenarnya, beban itu adalah pada yang tertuduh bukan pada yang dituduh. Ini adalah konsep yang diterima pakai di mana-mana tempat dan masa, fi kulli makan wa fi kulli zaman. Maka bebanan itu, tiadalah pada pundak bekas TNC tersebut sedikitpun.

Kes otai dan apa nama bekas TNC ini adalah berlainan dengan kes Anwar-Saiful Bukhari. Melainkanlah tuduhan asal skandal seks itu adalah  lubang kunyit si otai ini pernah mengandungi DNA bekas TNC tersebut, maka bolehlah dicabar kedua-dua pihak bersumpah. Inilah keindahan hukum Islam.

Malah, jika kita merujuk pelbagai hadith tentang hukum hadd ke atas zina pun, Nabi kurang mahu menjalankan hukum rejam ke atas pengaku dan menyuruh pengaku tersebut supaya pulang sahaja. Namun, selepas berulangkali si pengaku datang untuk dijalankan hukum Allah, maka barulah Rasulullah menjalankan kewajiban tersebut.

Hukum meminta la’nat ini adalah untuk terutamanya si suami yang syak bahawa anaknya itu bukan anaknya dan dia tidak ada saksi untuk pertuduhan zina isterinya tersebut walaupun berlaku perbuatan keji itu berlaku di hadapan matanya. Oleh itu, diminta kedua-dua belah untuk meminta la’nat jikalau salah satu bersalah dan mereka akan bercerai selama-lamanya. Ini adalah hukum yang difahami umum.

Maka, DNA hanyalah sebagai qarinah sahaja tetapi bukan sumber hukum yang muktamad. Barangkali pembuktian melalui DNA ini hanyalah penguat syak ataupun pemati syak sebelum upacara li’an dijalankan. Oleh itu, dikiaskan hukum li’an ini untuk kes Anwar-Saiful Bukhari kerana Saiful tiada saksi yang membolehkan kesahihan liwat ini berlaku serta Anwar dikiaskan berada di pihak isteri yang dikatakan berzina maka Anwar perlu membalas balik pertuduhan tersebut melalui sumpah la’nat. Diharapkan kebenaran selepas itu akan muncul sebagai petanda kebenaran.

Hakikatnya, menuduh lelaki ataupun perempuan yang sebagai penzina ataupun peliwat ini adalah salah besar dari hukum agama. Namun, sekarang kita akan melihat keikhlasan sebuah jamaah Islam di Kampus melaksanakan hukum Allah apabila terkena pada salah satu orang kuatnya.

Adakah kampusnegara, mahasiswakini ataupun Harakah akan terus membenarkan orang yang patut kena qazaf ini terus mengadu domba mahasiswa dan rakyat? Adakah PAS dan alatnya akan terus mengambil berita, meneruskan polisi pengendalian maklumat ataupun laporan dari makhluk ini?

Jikalau mereka teruskan, tanyalah mereka samada mereka patuh kepada hukum Allah Taala menurut ayat 4 Surah An Nur ataupun golongan inilah yang Allah Taala maksudkan dalam ayat 3 surah As Saff (surah favourite budak-budak PMI dalam tamrin dan solat jamaah).

[1] Liwat: boleh percaya atau tidak.Dipetik dari www.zaharuddin.net (6 Julai 2008 )